Header AD

Pengalaman Rawat Kucing Sporo Kat Rumah



Cara Rawat Kucing Sporo Di Rumah
Harini tergerak hati nak cerita tentang kucing yang Dhia dah jaga sejak tahun lepas. Usia kucing setahun 1 bulan. Masa mula kena sporo Dhia tak tau langsung yang luka pada peha Mel adalah sporo. 

Dhia tak snap gambar masa mula kena. Pada anggapan Diya luka pada kaki Mel tu luka biasa. Mel dari kecik memang dah siap full vaksin & dah disunatkan. 
Mula-mula dulu 2 lubang je, lepas 1 bulan luka merebak dan 2 lubang tu jadi satu. Ni gambar sebelum makan ubat sporanox & liv52
Tujuan sunat? Untuk mengurangkan risiko bergaduh kucing kat luar & tak nak dia terseksa batin. Sebab bila sampai waktu untuk mengawan dia kena cari pasangan. Dan nak cari pasangan bukan mudah. Lagi2 duduk kawasan taman perumahan. 

Paling tragis nak cari pasangan tu, kucing kena bersaing dengan kucing lain. Bila bersaing akan bawak jadi gaduh. Kan? Kadang tu, kat luar ramai cakap jangan sunatkan. Kesian kalau sunatkan semua. Tapi kalau tak sunatkan kucing korang. Then ada buntingkan kucing lain, korang nak jaga jugak anak kucing yg bersepah tu nanti? 

Bila tak jaga pulak, bersepah anak kucing kat luar kena langgar kenderaan la, kena penyakit itula inila. Lagi kesian. Jadi pada saya sunat kan kucing anda adalah wajar untuk kesihatan kucing.

Kecuali kalau korang sanggup untuk jaga kucing dan anak-anak kucing lain. Ataupun memang nak biakkan kucing, so tak payahla sunatkan.

Ni masa sihat, berjalan ke luar je kerjanya. Sekarang kena kuarantin dalam sangkar tak boleh keluar langsung


Pengalaman Rawat Kucing Sporo Kat Rumah 


Ok balik kepada kes sporo ni.

Walaupun Mel ni dah sunat, dia masih suka merayap ke luar. Entah berjalan ke mana. Degil betul.
Sampaila satu hari, balik rumah dengan 2 lubang luka kat peha. Bila nampak luka tu Dhia jadi panik. Tapi dalam masa yang sama Dhia fikir camni "maybe luka gaduh dengan anjing kat luar". Sebab lubang luka tu macam kesan gigitan. 

Mel ni full vaksin dari kecik, kucing yang pembersih & saya memang make sure dia bersih selalu. Tapi dia kuat jalan main tanah kat luar. Kalau gaduh pun sebab taiko luar buli dia. Penakut si Mel ni. 

Lepas sebulan, luka Mel masih tak baik-baik. Luka tu berkuping la. Macam kering sikit tapi masih tak baik. Sampaila masuk bulan kedua tu, Dya terdetik nak bawak dia pergi klinik kenapa sampai jadi camtu. 

1st ke klinik, doktor saspek sporo. Tapi Dhia tak percaya sebab. Wehh, sporo kot??Benda serius yang memang Dhia cuba untuk elak selama ni.

So, Dhia pergi klinik kedua, doktor kalini chinese. Dan dia kata mustahil sporo sebab lokasi bukan kat tempat sporo. Kalau sporo, luka akan attack mulut,hidung, tapak kaki. So, rasa lega sikit la kan. 

Tapi lepas 3 week, dah sapu ubat luka pun masih tak baik-baik jugak.
Jadi, Dhia ulang ke klinik 1st tadi, mintak sahkan samada betul atau tak sporo. Doktor akan cek guna mikroskop. Lepas dah cek, memang confirm positif sporo. Peh, dalam hati macam. Tak taula nak sedih ke apa. 

Memula je sedih. Tapi, sekarang Diya dah tukar mind set, sakit sporo Mel boleh pulih. Mind set tuan kena betul. Kalau kita sedih dan risau, sakit tu akan menjadi-jadi nanti.

Kena Makan Ubat Apa Kalau Kucing Positif Sporo


Dya tak cuci luka si Mel dengan apa-apa ubat kecuali hanya lap dengan kain kasa beli kat farmasi. Antibiotik dan ubat cuci luka sebenarnya tak berkesan untuk luka fungus/sporo ni. Cuma lately dya ada beli Betadine cream kat farmasi & antifungus spray FIDO. Tu pun guna 2-3 kali je dalam sebulan.

Betadine cream RM10+, antifungus Spray FIDO belasan ringgit camtu. 

Fungsi spray ni untuk bersihkan luka & badan tanpa perlu sentuh luka tu. Spray je kat luka & badan. Sebab Dhia tak mandikan Mel sejak kena sporo. At least  cat spray Fido ni bantu untuk bersihkan badan Mel sikit.
Betadine ni pulak Dya beli sebab ada kandungan povidon dalam ni. Dya baca kat blog kalau cuci luka guna iodin sakit. Ramai suggest beli povidon. So jumpa produk ni kat farmasi. Tapi cara sapu, bersihkan dulu luka kucing dengan tekap kain kasa bersih. Then, letak dulu betadin sikit kat kain kasa pastu tekap slow-slow kat luka kucing. Letak sikit2 je. Then pakaikan collar pada kucing supaya kucing tak jilat. Dya tak tau berkesan atau tak betadin/povidon ni & tak tau samada kalau kucing terjilat boleh ke tak. Lepas dah kering dya akan spray luka dengan cat spray fido & bersihkan luka dengan kain kasa. Bersihkan balik sisa betadine tu. Buat hati-hati.
So, lepas dah disahkan sporo, Doktor bagi ubat antifungus & ubat hati jenama himalaya LIV52. Ubat liv52 memang kena makan sekali sebab ubat antifungus tu efek kuat. So LIV52 penting untuk hati kucing tahan dengan ubat antifungus. 

Ubat hati & antifungus ni korang tak payah susah2 nak pergi beli yang manusia punya. Sebab kat vet memang ada yang khas untuk kucing. Sebab Dya ada baca kat banyak blog, nak kena beli yang manusia punya. Leceh. 

Harga ubat antifungus + LIV52 untuk makan setiap hari + cek mikroskop pengesahan ada Sporo + stay kat pet hotel 3 hari =RM312. Memula ingatkan RM31.20 sekali cakap RM312 tersedak jugakla masa tu. Haha.

Ubat dari klinik vet ni berbeza dari ubat yang saya baca kat banyak blog. Ubat ni berbentuk kapsul jernih dan dalam kapsul macam ada biji2 putih kecil kat dalam. Jadi, bila nak bagi makan, saya akan bukak 1 kapsul tu & tuang dalam mulut Mel. Kemudian makan sebiji LIV52 jugak.

Tengok gambar Kapsul Antifungus kat artikel ni: Kos Rawat Kucing Sporo Murah

Kat bawah ni contoh ubat hati LIV52 khas untuk kucing & anjing:

Liv52 tablet khas untuk haiwan
Dua ubat ni je yang Dya bagi kat Mel (LIV52 + KAPSUL ANTIFUNGUS) , luka masih belum nampak perubahan masa minggu kedua. Masuk minggu ke-4, Dya beli produk makanan tambahan untuk manusia, Transfer Factor Formula. Kapsul ni untuk manusia, tapi baca kat blog ada yang guna TF ni pada kucing sporo, luka makin ok. Harga Transfer factor saja RM187 termasuk pos.

Kat bawah ni produk transfer factor yang dya beli:

Dhia baru guna Transfer Factor ni 3 hari. Luka macam makin cepat ok
So, dalam 3 hari Dya guna TF ni, Dhia akan buka kapsul TF dan tuang dalam makanan Mel & tabur kat luka jugak. Memang ada perubahan, luka macam dah makin mengecil

Jadi selain makan dua ubat dari vet, TF(transfer factor) ni antara faktor yang membantu percepatkan lagi proses penyembuhan.

Harini Dhia hantar ke vet untuk check-up, luka belum sembuh sepenuhnya tapi, untuk makluman kat mulut Mel ada jugak luka tapi sikit. Baru nak jadi kat mulut masa dia ada luka kat peha jugak. 

Masa belum tau Mel kena sporo, luka kat mulut mel tu jadi kudis tau & ada macam luka benjol camtu. So bila luka kering dya akan kopek luka tu. Tangan Dya jenis tak boleh tgok kucing kotor sebenarnya. Then lepas tau sporo, Dhia tak usik apa-apa kat luka. 
Luka kat mulut tu tu mula-mula benjol & berdarah. Lepas 3 minggu makan ubat dari vet, luka kat mulut mel dah takda darah. Luka kecik je pun. Tapi, lepas makan ubat vet, luka jadi kering & berkuping. Tapi benjol still ada. Kuping kudis pulak tanggal sendiri & darah pun takda.

Then lepas 3 hari bagi Mel makan transfer factor, luka kat mulut Mel makin mengecil. Benjol luka dah takda. Cuma kat peha lambat sikit baik sebab luka besar. Tapi, memang dah nampak perubahan la.

So, disebabkan luka masih belum baik sepenuhnya, Mel kena teruskan makan ubat antifungus + LIV52 sampai luka tu tertutup. Jadi next, Dya kena beli lagi ubat antifungus + LIV52 untuk makan sebulan lagi. 

Harap cepat sembuh sebab rindu nak tidor peluk Mel. Sebab Dhia & Mel selalu tidur sama ;-D

So, kepada pemilik kucing kat luar sana, jangan put to sleep kucing korang. Rawat dulu kucing tu sebab penyakit sporo boleh sembuh cuma ambil masa lama nak baik. Minima 3-6 bulan tempoh rawatan.

Diya akan update perkembangan seterusnya nanti.

Pengalaman Rawat Kucing Sporo Kat Rumah Pengalaman Rawat Kucing Sporo Kat Rumah Reviewed by Dhia Vivadea on 4:36:00 PM Rating: 5

Post AD