Header AD

Kos Rawat Kucing Sporo Guna Ubat Antifungus Dan LIV52 Murah Jer


Entry yang lepas Dhia ada bagitau kronologi macamana Mel disahkan sporo. Itu ikutkan masuk bulan ketiga kena sporo. Bulan pertama dan kedua takda rawatan sebab tak tau dan luka masa bulan 1 & 2 hanyalah dua lubang biasa dan tak banyak merebak macam bulan ke-3.


Masuk bulan ke-3 luka Sporo merebak. Cara dia merebak? Korang akan nampak luka lain tu macam lubang kecil kena cucuk jarum. Then luka tu sebenarnya makin lama makin besar. Sebab fungus Sporo tu makan dari dalam. 

Doktor cakap, sporo ni pandai. Dia duduk bawah sel darah ke apa tah. Jadi, sistem imun kucing tak dapat nak musnahkan fungus tu. Sistem imun kucing tau ada sporo tapi tak dapat nak bunuh fungus tu.

So bulan ketiga baru start jumpa doktor untuk sahkan. Korang kena cek sahkan confirm ada sporo atau tak. Doktor akan cek guna mikroskop. 

Sebulan pertama rawatan, luka nampak perubahan masa minggu ke-4 penggunaan ubat antifungus + liv52 + transfer factor.
Ni ubat antifungus yang saya cakap kat artikel sebelum ni. Berbeza daripada apa yang saya baca kat blog. Rata-rata orang guna ubat sporo untuk manusia. Tapi kat vet ni, guna ubat sporo jenis camni. 

Ubat antifungus khas untuk kucing dijangkiti sporo
Senang jugakla nak bagi makan. Nanti ada masa Dhia akan buat video cara bagi kucing makan ubat ok?


Tadi baru angkut Mel dari Vet. Dhia tinggalkan Mel kat pet hotel vet 3 hari sebab outstation. Dan kalini masih kena makan ubat yang sama sampai luka Mel tertutup sepenuhnya. Kos ubat takda la mahal pun.

Ubat antifungus (30 kapsul) = RM105
Ubat hati Himalaya LIV52 (30 kapsul)= RM30 
Cara makan: 1 biji setiap hari selepas makan. Tak boleh skip walaupun sehari

Untuk bulan ke-2 rawatan @ bulan ke4 dijangkiti sporo, Dhia masih perlu bagi Mel makan ubat setiap hari. Sampai je kat rumah, gigih angkut si Mel yang gemok ni. Berat dia sekarang dah 5kg. Mengah jugakla nak angkut weh. Berattt! Haha.

So, ni rupa luka masa Dhia belek kat rumah. Alhamdulillah, luka makin mengecil & luka sekeliling yang merebak tu mengecut, tak membesar macam sebelum ni. 

Ikutkan luka dia dah mengecil sebenarnya. Kalau sebelum ni luka kecik2 kat keliling tu basah, ada nanah & membesar. Yang luka utama pulak sebelum ni bulat dan kulit tengah luka besar ni takda masa luka tu makin membesar. Dan kalini luka macam nak bercantum dan mengecil balik.
Cara Mel makan memang camni. Makan pun baring. Pemalas budak gemok ni


So, 3 ubat ni penting untuk rawat kucing sporo kat rumah. Kalau korang punya kucing kena sporo, try la rawat guna cara camni. InshaAllah kalau diizinkan sembuhla kucing nanti ;-D
Kos Rawat Kucing Sporo Guna Ubat Antifungus Dan LIV52 Murah Jer Kos Rawat Kucing Sporo Guna Ubat Antifungus Dan LIV52 Murah Jer Reviewed by Dhia Vivadea on 1:12:00 PM Rating: 5

Post AD