Senangnya Cara Daftar eISBN Untuk Terbitkan Ebook Sendiri

Alhamdulillah hari pertama puasa urusan pendaftaran eISBN untuk terbitkan eBook pertama Dya dah pun berjaya.

Senangnya Cara Daftar eISBN Untuk Terbitkan Ebook Sendiri

cara mudah daftar isbn ebook

TQ pihak PNM sebab sangat pantas approve permohonan ISBN saya. Senang sangat rupanya. Hihi.

eISBN ni khas untuk terbitkan ebook.

Kalau nak terbitkan ebook sendiri, kena ada daftar eISBN untuk melindungi hakcipta penulisan korang.

Akhirnya Aku Hamil

Memandangkan eBook pertama Dya, "Akhirnya Aku Hamil" dah siap disusun untuk kemudahan pembaca, Dya fikir dah alang-alang nak keluarkan eBook, kita daftar jelah kod bar eISBN kan?

Dya ingat proses ni akan ambil masa, rupanya sekejap saja.

Dalam sehari dua dah selesai. Semua proses hanya melalui emel sahaja.

Nak mohon eISBN ni pun percuma je. Tak perlu bayar apa-apa.

Cuma kita kena sediakan beberapa dokumen/lampiran masa nak mohon tu.


Step by Step Mohon Program International Standard Book Number (ISBN)


1. Benda first sekali, ebook tu kena pastikan dah lengkap dan siap semuanya.

Macam dya, ada mukasurat cover ebook diikuti isi kandungan, penafian, hakcipta terpelihara, kata pengantar, isi cerita ebook, cover belakang ebook.

2. Bila ebook dah lengkap, pergi ke website ISBN

3. Scroll ke bahagian prosedur permohonan eISBN.

Senangnya Cara Daftar eISBN Untuk Terbitkan Ebook Sendiri
Ikut step yang ditunjuk kat web pnm tu
4. Untuk penerbit baru, isi borang B1 & B2

Dalam borang ni kena pastikan korang ada cop syarikat ya.

5. Dah isi borang, emel ke alamat isbn@pnm.gov.my 


Dya tulis kat emel:

Tajuk: PERMOHONAN eISBN untuk Penerbit Baru

Kemudian letak beberapa lampiran iaitu:
  1. Mukasurat yang menulis tentang hakcipta
  2. Mukasurat cover depan ebook
  3. mukasurat cover belakang ebook
  4. Salinan SSM syarikat
  5. Borang B1 & B2 yang dah siap diisi dan disain beserta cop syarikat
Pnm akan proses permohonan dalam masa 1-2 hari bekerja.

6. Lepas dah dapat no eISBN dari pnm, korang wajib hantar 2 salinan (Cd-rom) dalam masa sebulan dari tarikh penerbitan.


Hantar ke alamat:
 Timb Pengarah Kanan, Pusat penyerahan terbitan negara, aras 2, anjung bestari, Perpustakaan Negara Malaysia, 232 Jln Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur

7. Lepas dapat no ISBN, letak kat dalam ebook korang.

Cara Nak Generate barkod eISBN


Untuk buat barkod ISBN, [KLIK SINI] ISBN Free barcode generator

Dya generate guna kod eISBN yang diberi pnm dan save dalam bentuk png.

Sebab nanti nak kena letak kat eBook Akhirnya Aku Hamil.

Okay, Dah boleh letak kod eISBN kat ebook di mukasurat belakang bahagian kanan bawah.. Yay!
Senangnya Cara Daftar eISBN Untuk Terbitkan Ebook Sendiri Senangnya Cara Daftar eISBN Untuk Terbitkan Ebook Sendiri Reviewed by dhiavivadea on 10:16:00 PM Rating: 5

No comments