Trip Percutian Ke Sabah 4 Hari 3 Malam Dengan Family

Ikutkan selama ni, setiap kali trip bercuti dengan family memang Dya dan suami akan pergi sendiri. Kiranya kalini baru cuba bercuti 4 hari 3 malam ke Sabah dengan guna khidmat pakej pelancongan.

Baca Cara Nak Ke KLIA2 Naik ERL

Bulan ni saja, pergi Kota Kinabalu Sabah sampai 2 kali. Haha. 

Tak penat ke? 

Fuh, Takyah cerita lah. Memang sangat letih, terutamanya bila bercuti bawa anak yang tengah aktif ni.

Depan sulap homestay view gunung cantik gila!

Trip Percutian Ke Sabah 4 Hari 3 Malam Dengan Family

Trip 4 hari 3 malam ni santai je. Kami pilih untuk pergi ke tempat yang belum pernah jejak lagi. 

Tempat-tempat lain contohnya dairy farm, luanti, poring hot spring, pekan nabalu, pekan kundasang semua tempat tu terlalu biasa.

Baca kat Percutian 5 Hari 4 Malam Di Sabah

Semua tempat tu dah selalu sangat pergi.

Jadi, kenalah tukar tempat lain pulak. Sabah sangat besar. Korang wajib explore kesemuanya. Hehe.

Itinerary 4 Hari 3 Malam, 7 Tempat Pilihan Percutian Sekitar Sabah 

Macam yang Dya dah maklumkan, percutian kalini memang sangat-sangat santai.

Dya dan suami pilih untuk lawat tempat yang bersesuaian bila bawa baby Aali.

Antara aktiviti & tempat pilihan kami di kota kinabalu, Sabah:

Hari Pertama Sampai Di KK:

  • Check in kat AFS homestay (berdekatan dengan airport KKIA)
homestay kota kinabalu sabah murah
AFS Homestay 

Hari Kedua Di Kundasang

  • Lunch di BW Bus restaurant 
  • Arnab village, cat mania, hamster world, anggur borneo
  • Mesilau Strawberry Farm
  • Check in Sulap Homestay (gunung kinabalu depan homestay)
cat mania kundasang sabah
Cat mania - tido je
hamster world kundasang sabah
Ada guinea pig kat sini
ladang anggur kundasang sabah
Ladang anggur hijau (buah belum besar lagi)
arnab village kundasang sabah
Arnab village - Boleh bagi arnab minum susu
bwbus restaurant sabah
Bw Bus restaurant
strawberry farm kundasang sabah
strawberry farm kundasang sabah
sulap homestay kundasang sabah
sulap homestay kundasang sabah

Hari Ketiga Di Ranau

  • Fish Spa Marakau Bombon (lagi best daripada Luanti sebab ikan besarrrrr)
  • ATV Adventure ( aktiviti sederhana ekstrem yang buat peluh jantan keluar. haha!)
  • Paragliding
  • Check in AFS Homestay
fish spa marakau bombon ranau
fish spa marakau bombon - bukan luanti yerr
atv adventure ranau sabah
atv adventure ranau sabah
paragliding ranau sabah
paragliding ranau sabah


Hari ke-4 Di Kota Kinabalu

  • Mari-mari cultural village (best gila boleh belajar survival skill & budaya kaum di Sabah)
  • Check out
  • Balik KL
mari mari cultural village
mari mari cultural village
Semua aktiviti yang Dya pergi kalini best gila!! Terutamanya Mari-mari cultural village.

Sebab sekarang ni, kitorang tengah usaha nak belajar ilmu survival skill untuk persediaan masa hadapan.

Yela, kita terlampau bergantung pada benda dah siap ada depan mata.

Terutamanya sumber makanan seharian.

Survival skill ni penting untuk kelangsungan hidup bila kita takda kemudahan moden macam sekarang.

Memang best sangat belajar budaya kaum kat Sabah ni. 

Nak Cerita Penuh Pengalaman Bercuti?


Dya akan cerita full/penuh tentang trip setiap hari di Kota Kinabalu kat artikel bawah ni:

Owh, terlupa nak bagitau korang. Trip yang ni Dya 100% guna khidmat pakej pelancongan. 

Ada banyak beza antara melancong sendiri dengan melancong ikut pakej antaranya:

  • Jimat masa (tak perlu habiskan masa fikir nak pergi ke mana setiap hari, dalam pakej dah ada)
  • Jimat tenaga (boleh relax dan tidur sepanjang perjalanan ke kundasang. Jalan nak ke sana agak mencabar)
  • Jimat DUIT (kadang bila travel dengan keluarga/kawan-kawan, ada yang jenis buat dek tentang kos tersembunyi. Contohnya kos makan, minyak, etc. Gi ikut pakej tak payah dah pikir nak keluar kos lebih)
Bukan berkira, tapi kalau asyik kita je keluar duit bayar kos tersembunyi bayar untuk semua, yang lain buat dek..

Nanti poket bocor.. Haha!

Kalau korang nak pergi bercuti dan sejenis nak senang, cepat & jimat rujuk terus kat pakej percutian ke sabah

Trip Percutian Ke Sabah 4 Hari 3 Malam Dengan Family Trip Percutian Ke Sabah 4 Hari 3 Malam Dengan Family Reviewed by dhiavivadea on 12:09:00 AM Rating: 5

1 comment

  1. Menarik. boleh jdi next trip Sabah ni, hhehhe thanks for sharing !

    ReplyDelete