Tips Bawa Baby Naik Kapal Terbang Tanpa Nangis

Ni pertama kali Dya balik Sabah bawak sekali si kecik, Aali yang dah berusia hampir 9 bulan. Fuhh, nak kata mencabar tu takdalah. Cuma part paling naik hangin bila Aali tunjuk tantrum dia masa kita tengah nak makan kat kedai. Fuhh.


Benda paling best bila kita naik kapal dan turun kapal/ Dya yakin mesti ramai parents akan risau tang ni. Sebab bila kapal terbang tengah naik atau turun nak mendarat, telinga akan berdengung. 

Alangkan kita yang dewasa ni pun kena telan air liur untuk hilangkan dengung. Kadang teknik tu tak berapa berkesan. Terpaksa acah-acah menguap untuk hilangkan dengung. Kan?

Tapi macamana dengan baby? Diorang pandai ke nak telan air liur atau acah menguap? Hihi.


Ada sesetengah baby mungkin kurang pandai lagi untuk hilangkan dengung. Jadi mereka akan menangis masa dalam kapal. Tapi, sebenarnya kita sebagai makpak ni boleh je usaha untuk bantu kurangkan dengung kat telinga baby.

Tips Bawa Baby Naik Kapal Terbang Tanpa Nangis


Antaranya tips-tips yang sangat membantu:

Tukar Lampin, Pastikan Baby Kenyang


Pertama sekali, pastikan sebelum naik atas flight, lampin dah tukar, baby dah makan. Jadi, takdala baby ngamuk sebab lapar atau tak selesa masa kat dalam kapal nanti.

Bagi Baby Susu & Permainan


Kemudian, bila dah dalam kapal terbang, biasanya baby mesti nak tidur atau main. Jadi, masa ni gunakan kesempatan yang ada untuk susukan baby. Sebab bila menyusu, sangat-sangat membantu hilangkan dengung kat telinga baby.

Kalau baby taknak menyusu, korang cuba alih perhatian diorang dengan main permainan yang sesuai. Takpun boleh jugak bagi diorang makan.

Sediakan Makanan Travel Untuk Bayi


Macam Dya, sebelum travel, Dya akan siapkan awal biskut kurma untuk baby Aali. Serius memang sangat penting dan membantu bila kita tengah travel.


Yelah, kadang tu sementara mencari makanan untuk baby kat negeri/negara orang akan ambil sedikit masa, jadi kita boleh guna biskut tu sebagai snack baby. Tujuan untuk hilangkan seketika lapar baby tu. 


Baby Aali Tidur Je Bila Kapal Naik & Mendarat

Alhamdulillah Aali sepanjang perjalanan pertama naik kapal terbang tak banyak songeh. Tak menangis pun. Cuma dia menjerit sampai satu kapal dengar. Menjerit sebab excited sangat nak main dalam kapal.



Ada jugak masa perjalanan balik sebelum nak mendarat, Aali tengah tidur tapi dia akan terjaga merengek sikit. Macam nak start menangis. Jadi, Dya cepat-cepat bagi susu sebab masa tu telinga baby dengung kuat sebenarnya.

Alangkan kita yang dewasa ni, telan air liur banyak kali pun masih berdengung. Ni kan pulak baby kan?

Jadi, Dya bagi susu baru Aali sambung tidur balik.

Jadi, untuk ibu ayah yang pertama kali naik kapal terbang dengan anak, korang boleh cuba tips2 ni untuk elak baby nangis masa dalam flight nanti.





















CARIAN BERKAITAN:


  • bawa bayi naik kapal terbang air asia
  • bawa stroller naik airasia 2019
  • checklist travel dengan baby


Tips Bawa Baby Naik Kapal Terbang Tanpa Nangis Tips Bawa Baby Naik Kapal Terbang Tanpa Nangis Reviewed by dhiavivadea on 2:58:00 PM Rating: 5

No comments