Kena Paksa Beli Banyak Ikan Kering Kat Pasar Filipin Sabah

Dya dan keluarga baru je balik dari Kota Kinabalu, Sabah semalam. Percutian pertama kali dengan si kecik Aali. Kami bercuti 5 hari 4 malam di Sabah.

Cuma percutian ke Sabah kalini tak singgah pulau memandangkan Aali masih kecik. Bonda dia takut nak naik bot bawak si kecik. Haha.

Hari terakhir kat Kk, biasanya Dya akan singgah kat Pasar Filipin bahagian jual ikan kering. Beli bilis, amplang, ikan terubuk kat sini. 

Kat sini korang kena pandai tawar menawar. Kalau tak tawar memang kena ketuk harga la jawabnya. Haha. 

Biasanya Dya akan singgah beli kat satu kedai je. Cuma kalini Dya saja cuba beli kat gerai orang lain pulak. 


Kena Paksa Beli Banyak Ikan Kering Kat Pasar Filipin Sabah


Bila beli kat tempat orang lain,  gerai kat tengah tak ingat no berapa. Dia tawar harga ok la. Cumanya dia paksa kita beli banyak. Aihh. 

Memang takda la nak tambah banyak kan. Cuma cara dia tu, buat Dya decide beli beberapa barang lain kat situ jugak..Sebab caranya memaksa. 

Tapi memang kebetulan Dya nak beli barang lain jugak cuma terpaksa beli kat kedai dia lah. 

Antara yang dya beli kuih cincin,  terubuk ikan masin, ikan bilis besar2 (tak tau nama dia apa).  Kos total dalam RM52.




Ikan kering lumie, bilis mata biru & ikan bulu ayam Dya beli kat kedai lain. Sebab kat kedai ni harga taknak kasi kurang. Haha. Kat kedai lain dapat la kurang sikit. 





Ikan bulu ayam kat NSK lagi murah berbanding kat Sabah. Gi NSK sekilo baru RM42+ kalau kat pasar Filipin ni 1/2 kg RM25. Sekilo dah RM52. Aihh.. Baru perasan.

Dya sebenarnya tak minat kuih cincin sebab tak sedap kat tekak ni. Haha. Beli sebab ada orang kirim. 

Tapi kalau ikan lumie, bulu ayam memang feveret sebab bila digoreng macam makan keropok. Makan pulak dengan nasi panas-panas. Fuhh..

Kat Pasar Filipin ni bagi Dya biasa je. Sebab kat NSK lagi banyak choice & murah. Haha. 








Kena Paksa Beli Banyak Ikan Kering Kat Pasar Filipin Sabah Kena Paksa Beli Banyak Ikan Kering Kat Pasar Filipin Sabah Reviewed by dhiavivadea on 1:01:00 PM Rating: 5

No comments