5 Produk Meditree Tea Tree 100% Guna Bahan Organik Untuk Kulit Cantik

Setiap kali Dhia berjalan kat mana-mana mall, memang confirm lalu lalang depan Watsons. Kalau dah lalu lalang tu pempaham je lah. Perangai perempuan memang suka cuci mata. Cuci mata sambil tangan capai barang masuk bakul. Bleghh.
Dan biasanya ada beberapa produk keluaran Watsons yang dijual lebih murah berbanding produk jenama lain. Biasanya Dhia akan pilih barangan jenama Watsons dulu sebab harga murah! Haha. Eh, tapi sekarang ni kita nak cerita pasal produk penjagaan kulit keluaran DKSH Malaysia Sdn Bhd lah. Hehe.

Makin Berusia Makin Perlu jaga Kulit

Usia makin lama makin bertambah. Kulit pun makin kurang vitamin dan kolagen. Sebab tu lah kena duduk lama-lama sikit dalam Watsons. Kita duk belek produk apa yang terbaik untuk kulit. Bukan sesaja ja duk bertenggek lama-lama kat dalam Watsons tu. Hehe

Dah tu, ingat kita kaum gegirls ni makin berusia makin kerepot ke? Makin tak perlu jaga kulit? Silap besar lah weh. Tau tak wajah wanita paling cantik waktu usia berapa?

Usia 29-35 adalah waktu terbaik untuk nampak kecantikan wanita yang paling ohsem & lawa. Wuu, sedangkan perempuan pun rasa insecure dengan kulit perempuan yang lain. Apalagi cik abang kat rumah tu kan?

Dah sah-sah la kaum bini-bini stailo taknak kalah dengan gegirls kat luar tu. Demi kulit lembut & cantik, antara tips Dhia adalah korang perlu pilih produk yang akan dipakai.

Pastikan Produk Kecantikan Anda Berasaskan Organik

Pastikan produk kosmetik & kecantikan ni dibuat daripada bahan organik dan tanpa bahan kimia. Kita fikir untuk jangka panjang kakak sekalian.

Sebab tu lah kalau tak jaga betul-betul ataupun semberono pakai produk, kulit muka boleh rosak. Nak jugak pakai lama untuk suami & kepuasan diri sendiri. Kan kan? Eley, takyah nak gebang cakap muka da sedia cantik si dia tetap setia. Lol.

Setia atau tak tu belakang cerita. Yang penting kulit muka kita jaga. Jadi sekarang ni cerita dia, Dhia baru tau ada produk kecantikan, Meditree Tea Tree keluaran DKSH Malaysia Sdn Bhd yang dibuat daripada 100% bahan organik & ada dijual kat Watsons.

Dengar organik je dah cukup teruja. Sisturr excited nak try pakai! Duk calit-calit kat tangan. Eh rasa macam lembut jugak kulit lepas guna. Bau pulak boleh tahan kuat. Haha.

5 Produk Penjagaan Wajah Meditree Tea Tree

Produk Meditree Tea Tree atau juga dikenali dengan nama Tea Tree/Ti-Tree, merupakan produk penjagaan kulit wajah & menggunakan tumbuhan yang hanya tumbuh di Australia sahaja untuk merawat kulit. Biasanya tumbuhan ni banyak digunapakai untuk indutri komestik seperti sabun, syampu, deodorant, antiseptic, losyen dan paling penting tumbuhan ni bagus untuk merawat kulit berjerawat.

5 Produk Meditree Tea Tree 100% Guna Bahan Organik Untuk Kulit Cantik
5 Produk Meditree Tea Tree 100% Guna Bahan Organik Untuk Kulit Cantik 
Ada 5 produk penjagaan wajah yang dikeluarkan oleh syarikat DKSH Malaysia Sdn Bhd iaitu:
1. Pencuci Muka Tea Tree Facial (100g) = RM29.90 tak termasuk GST

Pencuci muka ni sesuai untuk semua jenis kulit. Yang ada masalah kulit berjerawat pun boleh guna. Sebab pencuci muka ini ada kandungan Tea Tree & Willow Bark. Kedua bahan ini akan bersihkan muka korang dari bakteria & minyak pada kulit. Manakala kandungan aloe vera pula akan membantu melembutkan kulit wajah memasing.

5 Produk Meditree Tea Tree 100% Guna Bahan Organik Untuk Kulit Cantik 1
Cara guna pencuci muka tea tree facial
Cara nak pakai? Sama je macam korang pakai pencuci muka biasa. Campur dengan air, gosok-gosok kat muka lepastu bilas muka lah. Pakai siang & malam. Tapi, kalau Dhia lebih suka pakai bila rasa muka ni berminyak sangat. Barulah lepastu kulit rasa segar je sepanjang masa.
2. Tea Tree Hydrator (50g) = RM23.75 tak termasuk GST

Lepas dah cuci muka, korang calit kat muka & ratakan dengan Tea Tree Hydrator. Kenapa? Sebab produk ni khas untuk menghidrasi kulit tanpa mengakibatkan kulit muka berminyak. Tumbuhan Tea Tree itu sendiri berfungsi sebagai antiseptik serta anti radang untuk kulit. Dan ada juga extrak chamomile yang menyingkirkan asid pada wajah serta berperanan untuk melembutkan kulit.

5 Produk Meditree Tea Tree 100% Guna Bahan Organik Untuk Kulit Cantik 2
lepas cuci muka, calit dengan hydrator. Dia macam losyen sebenarnya. Lepas pakai kulit rasa lebih balance
3. Tea Tree Acne Gel (15g) =RM14.55 tak termasuk GST

Kalau kulit korang dah sedia cantik, cukup dua produk kat atas untuk rawat kulit korang. Selebihnya, produk khas untuk yang ada masalah jerawat. Contoh macam Tea Tree Acne Gel ni. Cuit sikit & sapu kat kawasan yang ada jerawat tu.

5 Produk Meditree Tea Tree 100% Guna Bahan Organik Untuk Kulit Cantik 3
Tea Tree Acne Gel (15g) =RM14.55 tak termasuk GST
Ataupun kalau kena gigit serangga atau kulit ruam pun boleh guna jugak produk ni. Sebab kandungan minyak Tea Tree & Ekstrak Willow Bark akan bantu untuk bersihkan & rawat kulit bermasalah.

Dhia takda masalah jerawat. Jadi, untuk tea tree acne gel Dhia hanya calit pada masalah kulit kering dan ruam pada tangan. 

4. Perbersih Skrub & Masker Tea Tree (50g) =RM23.75 tak termasuk GST

Skrub pulak biasanya pakai seminggu sekali je. Tujuan pakai skrub ni untuk bersihkan kulit-kulit mati kat muka. Produk ni sesuai untuk semua jenis kulit. Fungsi ada dua. Satu untuk skrub & kalau rasa nak buat masker muka pun boleh.

5 Produk Meditree Tea Tree 100% Guna Bahan Organik Untuk Kulit Cantik 4
Skrub muka akan bersihkan kulit mati dari wajah

Biarkan tepek kat muka seketika sebelum bilas muka dengan air.

5 Produk Meditree Tea Tree 100% Guna Bahan Organik Untuk Kulit Cantik 5

Kandungan dalam produk ni berasaskan daun tea tree dan lychee. What? Lychee?? Haha. Ingat lychee untuk kita telan je. Rupanya bagus untuk kulit jugak.
5. Pati Minyak Tea Tree (100% pati 10ml) = RM28 tak termasuk GST

Produk ni serius cakap macam minyak essential yang duk pasang kat pewangi rumah tu. Bau dia kuat. Tapi, produk ni yang bestnya boleh guna pakai untuk kulit yang terengsa jugak. Fungsi pati minyak ni untuk rawat gigitan serangga selain boleh guna untuk sebar bauan menenangkan kat rumah.

5 Produk Meditree Tea Tree 100% Guna Bahan Organik Untuk Kulit Cantik 6
Pati Minyak Tea Tree (100% pati 10ml) = RM28 tak termasuk GST
2 kegunaan dalam 1 masa. Cara guna sapu 1-2 titik pati minyak pada tempat yang terkena gigitan serangga dan biarkan.

Sedap ke Bau Meditree Tea Tree?

Ok, jujur cakap untuk yang suka benda organik ni, dah tentu lah suka bau herba. That’s me! (lambai-lambai dari jauh). Produk Meditree Tea Tree ni mempunyai bau herba yang agak kuat baunya. Tapi, lepas dah lama-lama korang akan rasa biasa je. Bau dia lebih kepada bau segar & energetic.

5 Produk Meditree Tea Tree 100% Guna Bahan Organik Untuk Kulit Cantik 7
Muka selepas guna Meditree Tea Tree, memang pakai mekap. Tapi apa yang Dhia cuba nak sampaikan, kulit muka tak rasa mengerutu walaupun lepas mekap. Kalau sebelum ni. Bila mekap, kulit tetap rasa kasar. Lepas pakai produk, lebih senang nak mekap & tak perlu tepek mekap tebal sebab kulit dah bersih dah

Pendapat Peribadi Tentang Produk Meditree Tea Tree

Bau produk membantu Dhia untuk sentiasa rasa segar & bertenaga. Lepas pakai kulit rasa lebih lembut & macam kenyal anjal la. Ni baru pakai sekejap je. Kalau konsisten pakai? Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *