Makanan Terbaik Untuk Kucing Bulu Panjang

Sebelum bela kucing, biasanya saya bagi kucing makan nasi putih campur bilis, takpun bagi la tulang ayam ke, ikan ke. Rupanya makanan ni tak bagus untuk bulu kucing. Lagi-lagi kucing jenis bulu panjang. Tapi, tak taula kucing orang lain macamana gaya.

Mel jenis sensitif. Lagi-lagi bab makan. Kalau tak kena gaya memang cirit-birit lah jawabnya

So, duk belek kat petshop. Lama.. Tanya macam-macam kat orang petshop. Nasib baiklah, dia sabar je layan pertanyaan. Dan saranan penjual cuba makan royal canin persian kitten. Ada dijual dalam paket sekilo. Harga masa tu tak silap dalam RM24 kot. 
Apa lagi? Belilah kan. Dalam masa yang sama saya selangkan juga dengan makanan homemade berasaskan ayam atau ikan. Jadi, kucing tak boring makan benda sama.

Tips beli makanan kucing: jangan beli jenis “by product” sebab ia berasaskan organ2 dalaman haiwan.

Mula-mula makan memang najis cantik. Dan sampai satu masa, saya kena outstation. Saya decide tempatkan Mel kat hotel petshop dengan kadar RM10/day siap makanan. Balik je dari outstation, bulu Mel gugur banyak & berak cair.
Masa tu tak ingat yang Mel tak boleh makan sembarangan. Dan saya tak bekalkan makanan dari rumah pun. Siasat lah owner petshop bagi makan brand apa. Rupanya, brand cat eye, iams, pro diet, etc. Semua makanan ni tak sesuai untuk Mel.

Kucing tak boleh tukar-tukar jenis makanan sebab boleh berak cair jugak

Ok, start situ saya dah faham dah. Ekeke. Lepas dalam sebulan macam tu, bosan dengan Royal Canin, saya try beli Pro Pac Savanna Chicken. Jual dalam paket sekilo jugak dengan harga RM27.50. Ni makanan paling mahal dan paling bagus. Pro Pac sesuai dimakan kucing kitten dan adult.
Makanan Terbaik Untuk Kucing Bulu Panjang 1
ProPac Savanna Chicken
Pro Pac Savanna:
  • No grain
  • Hollistic food – aku tak ingat fungsi dia.haha.
  • Super premium 
  • Hairball control
  • Untuk indoor cat
  • Mengandungi sayur yang bagus untuk proses penghadaman
  • Gluten free
Serius lepas bagi makan Pro Pac, bulu Mel jadi macam berkilat dan bulu tepi muka start kembang. Tengok kaki Mel pun besar gemok2 jer.
Cara bagi makan pun tak banyak. Sebab ProPac ni mengenyangkan. Kucing makan sikit je dah cukup. Cuma bau dia mungkin tak selazat Royal Canin lah.
Adalah dalam sebulan dua makan Pro Pac nih. Tapi, masak lah weii. Tiap kali nak beli, sekilo cecah hampir RM30. 
Makanan Terbaik Untuk Kucing Bulu Panjang 2
Jadi, semalam saya try brand lain pula. Blackwood for kitten. Masa nak beli tu saya konfius nak pilih Blackwood atau Equilibrio? Owner petshop sarankan Blackwood sebab lebih bagus daripada Equilibrio. Harga pun sama je. Sepaket 1kg berharga RM20.75. Murah sikit berbanding Pro pac.
So far, najis Mel cantik. Siap ada hairball jugak dalam najis. Which means baguslah kan? Biasanya untuk bab hairball ni saya akan bagi Mel makan Brewer Yeast. RM10 jual dalam repack botol. Brewer Yeast memang best, hairball memang keluar dari najis kucing. Tapi, saya bagi makan kadang-kadang jer. Lagipun, makanan dia pun dah ada fungsi untuk hairball control.
Jadi, saranan saya kalau korang nak kucing sihat bulu cantik bagi makan 3 jenis nih:
  1. ProPac Savanna
  2. Blackwood
  3. Homemade food
Homemade food saya akan cerita kemudian ok? Hehe.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *