Hi korang? Dah subscribe emel korang tak weh?? Sebab saya baru saja emel kepada subscriber pola jubah PERCUMA kat semua subsriber tau. Tapi saya tak pasti diorang dah dapat ke belum. Dalam sistem kata dah hantar. Jadi, untuk yang belum dapat boleh komen kat bawah ok?

Takpun korang join channel telegram.me/diyatheauthor ok? Saya masukkan nota pola semua kat situ nanti.

Senang Jer Pola Jubah Ala Bella Ammara 1
Suka sangattt dengan Belle, sebab cantik comel je..Pakai apa pun shantekk!

Saya buat pola ikut ukuran baju jubah Bella Ammara. Dan saya tahu sekarang tengah trend pattern jubah flowy kan kan? Lagi-lagi bila Bella Ammara nak keluarkan jubah ombre tone diorang. Lawa weh!!

Dan saya bagi pola percuma ni bukan tiru design, tapi jubah adalah design am yang semua orang buat. Yang membezakan ialah kain apa yang korang guna, material apa yang korang guna , dan juga ada masa ke nak jahit? Hihi.. Untuk yang agak-agak takda 3 ciri kat atas tu, baik korang beli terus jubah Bella Ammara. Jimat masa, dan kualiti serta corak kain ikut selera anda.

Cuma, kalau korang ada corak sendiri, kain sendiri, masa terlebih, bolehla korang start menjahit. Sebab bila jahit ni, kadang tu ada sesetengah orang, menjahit ni macam untuk release tension & untuk kepuasan diri sendiri. Betul tak weh? Sebab kadang bila aku serabut tahap gaban, mula la pom pam jahit baju untuk lepaskan perasaan tu. Haha!
Senang Jer Pola Jubah Ala Bella Ammara 2
Pola yang saya bagi ni mudah sangat nak faham sebenarnya..Mungkin dari segi ukuran tangan berbeza sebab saya guna formula sendiri ya. So, baju korang takkan sempit tang ketiak. Selamat menjahit! Heheh..

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *