Kenapa Perlu Daftar Hakmilik Nama dan Logo Syarikat Di Myipo

Puas sebenarnya saya cuba cari maklumat di internet apa cara yang tepat untuk mendaftarkan logo/nama syarikat, sebagai tanda ia adalah milik kita dan berapa kos yang terlibat. Tapi , kebanyakannya jawapan memang menghampakan. Ada juga lah cuba buat research melalui web rasmi Myipo , tapi biasalah kan. Saya jamin ramai akan blur bila rujuk secara online sahaja. (Termasuk saya lah. haha)
Kenapa Perlu Daftar Hakmilik Nama dan Logo Syarikat Di Myipo

Sebenarnya step mudah je. Pergi terus berurusan di office Myipo tanya di kaunter dan diorang akan tunjuk bagaimana. See? I think people too lazy to do walk-in research. Haha! 

Ok, sebelum tu saya bagitau secara ringkas je lah. Ada 6 jenis bahagian yang anda boleh daftarkan iaitu:
  1. Hakcipta @ copyright
  2. Rekabentuk Perindustrian @ Industrial design
  3. Rekabentuk Susunatur Litar @ IC Layout Design
  4. Cap Dagangan @  Trademark
  5. Paten 
  6. Petunjuk Geografi @ Geographical Indication

Kenapa Perlu Daftar Hakmilik Nama dan Logo Syarikat Di Myipo

Biasanya 2 jenis je jadi perhatian untuk orang bisnes clothing line macam saya ni ( Paten & trademark ). Tapi untuk berkenaan paten, kenapa saya rasa tak perlu?

Sometimes terfikir apa perlunya daftar pattern untuk design tudung? Sedangkan di luar sana ramai orang boleh tiru dan jual demi mencari rezeki untuk mereka. Ini bukanlah masalah utama, lagipun sama-sama mencari rezeki. Fesyen bersilih ganti dan idea adalah milik semua bukan individu.

Tapi ada 2 perkara anda perlu ambil tahu dan yang jadi keutamaan ialah #No. 2 di bawah:

1: daftar paten/rekaan supaya si pentiru boleh disaman jika mendatangkan kerugian jutaan ringgit atas rekaan pemilik ( tapi kontranya adalah menghabiskan masa dan wang turun naik court + pentiru belum tentu boleh bayar saman )

2. Daftar nama/logo/trademark untuk menjaga hak, jika tak daftar, orang lain akan ambil dan daftar dan kemudian claim dia punya sedangkan ianya adalah milik kita pada mulanya. Yang ni sadis sangattt ok.

Dan akhirnya, ada 1 penyelesaian : people nowaday buy brand name (as their 1st option) & product jatuh kat tangga ke-2. Jadi, rasanya trademark nama brand lebih penting. 

Jadi, konklusinya anda daftar cap dagangan @ trademark untuk cop hakmilik anda. Realiti sebenar adalah anda jual nama brand dan bukan lah rekaan produk. Sebab pembeli lebih pentingkan brand dahulu sebelum fikir tentang produk.  

Harap korang faham lah apa yang saya bebel kat post ni.hahahah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *