Rancang Perjalanan Dari MUAR ke KLIA2 Guna Bas. Jimat Kos 4 Kali Ganda

Biasanya sebelum ni, saya ni tak pandai nak naik bas, apalagi KTM. Terus terang cakap, takut nak naik bas sebab tak pernah naik langsung kecuali masa kecik-kecik dulu. Dan biasanya memang akan naik kereta sahaja. Malah, setiap kali nak rancang perjalanan dari Muar ke KLIA2 , masa akan buat saya pening. Hihi..

Rancang Perjalanan Dari MUAR ke KLIA2 Guna Bas. Jimat Kos 4 Kali Ganda 1
Credit pic to google

Tapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ni, saya redah je naik bas dan ktm. Dan kebanyakannya saya akan travel sorang je. Malah, naik flight pun biasanya sorang. Can you imagine? Bawak barang berat-berat, pikul sorang , berjalan cepat macam ape dah..

Naik bas lebih jimat duit dan tenaga sebab tak perlu drive jauh-jauh dah

Saya buat entri post tentang ni sebab, setiap kali saya seach google, sukar nak jumpa maklumat yang tepat dan ringkas berkenaan rancang perjalanan dari Muar ke KLIA2 dengan bas. Sebab saya kena rancang masa untuk sampai ke KLIA2 tepat pada waktu.

Baca Juga Ukuran Kain Yang Tepat Untuk Skirt Ala Dian Pelangi

Ok, biasanya waktu penerbangan saya akan ambil dalam jam 5pm ataupun baru-baru ni saya ambil jam 8pm ke atas. Owh, sebenarnya ada tiket bas dari Muar terus ke KLIA2 tapi kena beli tiket di stadium Muar. ( Tak pernah try lagi.haha ) Saya biasa beli kat stesen bas bentayan Muar je.

Kos keseluruhan menaiki bas dari Muar ke KLIA2 RM 29.60.

Berbanding kalau naik kereta dari Muar Ke KLIA2,  tol RM56 pergi balik, minyak RM60 ikut jenis kereta, Parking KLIA2 anggaran RM10 , total keseluruhan RM126, beza  4 kali ganda! Fuhh..

Pilih yang terbaik jimat duit anda, yelah zaman dah ada GST ni semua nak pakai duit lebih..

Untuk perjalanan flight  boarding time 8.45 pm :
  • Ambil tiket bas Cepat dari MUAR –> MELAKA ( 1jam perjalanan ) Kos Rm5.30, Perjalanan jam 2pm
Rancang Perjalanan Dari MUAR ke KLIA2 Guna Bas. Jimat Kos 4 Kali Ganda 2
Muar ke melaka
  • Beli tiket transnasional dari Melaka –> KLIA2 Jam 4 pm ( perjalanan ambil masa 2 jam setengah ), Harga tiket Rm24.30
Rancang Perjalanan Dari MUAR ke KLIA2 Guna Bas. Jimat Kos 4 Kali Ganda 3
melaka ke klia2
Jadi anggaran masa sampai dalam 7pm. Masih ada masa selama 1jam 45 minit sebelum boarding time airasia.. Haa, so, ok la kan? 
Kalau korang nak rancang perjalanan waktu yang berbeza dengan saya, boleh tengok pada berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke tiap destinasi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *