Naik ERL ke KLIA2 Dari Seremban Lebih Jimat

Setiap kali nak naik flight dari Seremban ke Sabah, Dya dan suami akan minta tolong yang terdekat untuk tolong hantarkan ke KLIA2. 


Kalau naik kenderaan sendiri, kemudian parking kat KLIA2 mestilah rate parking mahal gila kan? Maunya beratus habis karang. 

Naik ERL ke KLIA2 Dari Seremban Lebih Jimat


Tapi yang terbaru ni, bila nak balik ke Sabah, kitorang buat keputusan untuk naik ERL Putrajaya terus ke KLIA2. 

Sebab fikir nak jimat masa, nak memudahkan diri sendiri dan taknak menyusahkan orang lain.

Tapi macamana nak naik ERL? Sebab kitorang duduk kat seremban. Kalau naik KTM, rasanya macam leceh sebab makan masa yang agak lama. 

Paham-paham je lah kelajuan KTM macamana kan? Hihi.


Cara Naik ERL ke KLIA2 Dari Seremban


Jadi, kitorang terfikir satu cara iaitu naik kereta sendiri dari Seremban & terus ke ERL Putrajaya.

Parking kereta kat ERL Putrajaya. Kemudian beli tiket terus menuju ke KLIA2.

Mudah dan jimat. 

Lebih Jimat Naik ERL ke KLIA2 Dari Seremban

Berapa Kos Naik ERL ke KLIA2?


Untuk perjalanan sehala ke KLIA2:

  • Kos untuk dewasa RM9.40 
  • Kalau korang bawak baby macam Dya, tiket hanya dikira Dya sorang je. Baby takda dikenakan bayaran.

Kos Parking ERL Putrajaya Lebih Murah


Kereta pulak kitorang letak je kat kawasan parking berbayar ERL Putrajaya tu.

Percutian Ke Sabah ambil masa selama 4 hari 3 malam.

Jadi, balik je dari Sabah, anggaran kos parking selama 4 hari dalam RM21+

Kira ok sangat sangat sangat! Haha!

Daripada kita parking kat KLIA yang mungkin makan duit atas RM50+, baik parking kat ERL je.

Kalau nak mintak tolong orang ambil & hantar kita ke airport, kos pun sama tinggi jugak. Tol, minyak, etc.

Jadi cara terbaik bawak kereta sendiri & parking kat ERL. Cepat, mudah dan simple. 

Naik ERL ke KLIA2 Dari Seremban Lebih Jimat Naik ERL ke KLIA2 Dari Seremban Lebih Jimat Reviewed by dhiavivadea on 10:26:00 PM Rating: 5

No comments