Tempah Baju Eksklusif, Jahitan Kemas, Cepat Siap Di Butik Azammoff

Selama kehulu hilir kat area seksyen 7, Shah Alam ni, Dya tak perasan akan kewujudan butik Azammoff sebenarnya. Tak tahu pun kat sini ada butik yang pakar buat baju customade.

Aali pening pilih nak mana satu
Jadi, sebelum singgah masuk ke butik Azammoff yang terletak di seksyen 7, Shah Alam, Dhia sempat membelek IG butik ni. Untuk tahu apa servis yang ditawarkan dan rekaan baju yang ditawarkan.

Pemilik butik, Encik Azam Osman
First impression bila tengok koleksi RTW butik ni? Rekaan baju Azamoff nampak simple tapi ada kelas tersendiri. 

Dan semestinya Dhia sangat suka persalinan pakaian bercorak ringkas dan paling penting material yang digunakan.

Material Butik Azammoff Menggunakan Pelbagai  Jenis Kain Kapas & Linen


Untuk produk RTW,  koleksi daripada butik ni banyak guna material cotton pelbagai. Ada cotton polyster, linen, dll.

Dhia suka material kat butik ni sebab kain dia bila kita sentuh, dah terasa selesa. Tekstur kain tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis.

Rekaan butik Azammoff pulak memang kebanyakannya rekaan yang ringkas tapi dalam masa yang sama ada gaya dan praktikal untuk dipakai.

Harga Koleksi RTW Mampu Milik


Anggaran harga baju kat sini bermula serendah RM99 sehingga mencecah RM399. Bagi Dhia harga ni agak berpatutan dengan material yang digunakan. Material sedap pakai, nampak cantik terletak & paling penting selesa.

Rekaan RTW yang paling Dhia suka,  kebaya putih ada lace ni. Cantik sangat,  dan dalam kepala dah terfikir baju macamni sesuai dipadankan untuk semua jenis majlis.




A post shared by BLOGGER & ASMR Youtuber (@dhiavivadea) on

Sebab kadang bila nak ke majlis tertentu,  Dhia tak suka pakai baju yang terlampau sarat dengan corak.

Cukup dengan rekaan yang simple & corak yang sedap dipandang.

Dah lama tak jumpa diorang ni. Hihi

Tempah Baju Jahitan Kemas Cepat Siap Di Butik Azamoff Seksyen 7 Shah Alam


Selain koleksi RTW,  butik Azammoff juga ada kepakaran menghasilkan koleksi "customade" untuk lelaki, wanita, korporat, dan kanak2.

Masa kat butik,  Dya kagum bila ternampak hasil jahitan sut lelaki. Nampak kemas sangat jahitan butik ni.

Sempat juga tanya tempoh waktu untuk siapkan tempahan kat sini, paling cepat 24jam, paling lambat sebulan.

Dan butik Azammoff sangat pentingkan kualiti produk keluaran mereka. Sebab tu kuantiti koleksi RTW pun sangat limited dan eksklusif.

Koleksi RTW kemeja 
Koleksi RTW pakaian wanita


Butik Azammoff seksyen 7, Shah Alam

Anggaran Harga Untuk Tempah Baju?

Bergantung pada bajet pelanggan. Untuk tempah di butik ni, pemilik butik, Encik Azam akan bertanya dahulu anggaran bajet pelanggan.

Jadi, lebih mudah untuk memberi konsultansi material serta jenis rekaan apa yang sesuai dengan bajet tersebut.

Dya minat gila sut lelaki kat bawah ni. Nampak kemas & si pemakai pun nampak lebih maskulin bergaya.


Jenis Tempahan Baju Butik Azammoff


Seperti yang Dya dah maklumkan kat atas, semua jenis rekaan diterima untuk tempahan. Terutamanya sut pakaian lelaki & wanita. Sut yang sesuai dipakai untuk acara rasmi seperti ke majlis korporat, vvip, majlis perkahwinan, dll.

Boleh juga tempah set baju sekeluarga untuk kegunaan di hari raya, majlis akikah, majlis pertunangan, majlis persandingan, majlis harijadi, dll.

Paling penting sekali, jahitan butik ni sangat pantas dan kemas dipakai.

Cara Tempah Baju Kat Butik AzammOff


Untuk menempah baju, korang boleh terus ke seksyen 7, Shah Alam (belakang Jakel) ataupun hubungi nombor:

Tel: 0355116200
H/P: 0122342517 (encik Azam Osman)
IG: Azamoffofficial
FB: Azamoffboutique

Tempah Baju Eksklusif, Jahitan Kemas, Cepat Siap Di Butik Azammoff Tempah Baju Eksklusif, Jahitan Kemas, Cepat Siap Di Butik Azammoff Reviewed by dhiavivadea on 9:50:00 AM Rating: 5

No comments