Pelamin Berendoi Cantik Majlis Akikah Aali Hasil Izzahbridalhouse Muar Johor

Alhamdulillah, setel dah majlis akikah anak suami & Dhia yang kitorang tunggu selama 7 tahun untuk keluar. Hehe.

pelamin murah cantik mewah muar johor

Lega dah setel. Majlis ni buat kat rumah pusaka atok kat kg jayor, pagoh. 

Seawal 5 pagi Dya dah bangun untuk tolong mama masak, memandangkan hanya kami adik beradik saja yang ada di rumah. Menu majlis akikah Aali antaranya daging kambing masak hitam, ayam masak merah, acar, rojak, pulut kuning, nasi jagung. 

Majlis ni buat simple je dan hanya jemput untuk yasinan perempuan waktu siang. Jadi, tetamu pun dalam anggaran bawah 50 orang.

Dah tak muat sebab dah beco sangatt. Haha
Jemputan tak ramai, tapi proses nak masak tu rasa nak patah pinggang woo. Kepala sakit,pinggang, kaki semua sakit. Haha!

Total semua adalah dalam RM2K. Antara kos yang terlibat untuk majlis akikah Aali:


  1. Seekor kambing   = RM800 (kat kampung buat sekor, sekor lagi kat rumah sendiri. hehe)
  2. Pelamin berendoi = RM500-1000 
  3. Telur Grade AA X 3 papan = RM40.50
  4. Beras pulut 6kg    = RM29.70
  5. Bunga telur 100pcs = RM46
  6. Beg goodies x 30pcs = RM23.70
  7. Macarons 100 biji = RM55.80
  8. Tempah baju melayu Aali = RM30
  9. Kain baju melayu Aali = RM15
  10. Samping Aali = RM60
  11. Beras 10kg, ayam 10 ekor, telur masin 2 kotak, tupperware, mangkuk, cawan polistrin, bahan masak = RM500

TOTAL KOS = RM2100+

Menu Majlis berendoi anggaran 50 orang:
  • Pulut kuning 
  • Kambing masak hitam
  • Ayam masak merah
  • Acar
  • Nasi jagung
  • Air sirap
  • Rojak 
Simple. Nampak je simple tapi sakit satu badan nak siapkan semua. haha! Apapun syukur sebab semua berjalan lancar.

Pelamin Berendoi Cantik Majlis Akikah Aali Hasil Izzahbridalhouse Muar Johor


Tapi, benda paling best sekali untuk majlis ni, tang pelamin. Serius cantik gila & puas hati. Yelah, dulu masa Dya kahwin semua buat sendiri termasuk pelamin. Haha. Sebab masa tu nak cari pelamin idaman memang takda sekitar muar & Pagoh. Yang ada pattern jenis lama.

pelamin murah cantik mewah muar johor
pelamin murah cantik by izzahbridalhouse
Sekarang ni, bila tau je izzahbridalhouse buat pelamin cantik & harga berbaloi. Terus Dya dm & nak book, takda pikir panjang dah.

Design pelamin izzahbridalhouse ni semua modern dan nampak mewah. Nak cari pelamin sekitar pagoh cantik macamni agak sukar sebenarnya. Bila jumpa je IBH, takda dah nak search tempat lain lepastu. Hihi.

Tengok kat IG Izzagbridalhouse memang rambang mata. Dah macam nak cari pelamin kahwin pulak gayanya. Rasa macam nak sanding lagi sekali pun ada. Sebab cantik sangat!

Mini Pelamin Akikah Simple Tapi Nampak Mewah


Dya mintak simple tapi akak izzahbridal ni baik sangat sebab buat pelamin nampak lebih mewah & menarik. TQ izzahbridalhouse!

PUAS HATI & HIGHLY RECOMMENDED

Kalau korang yang tengah duk mencari pelamin area sekitar muar & johor, Dya sarankan book je ngan izzahbridalhouse. Confirm puas hati & diorang baik sangat. 

Muda2 orangnya. First time tengok akak izzahbridal kat butik, dalam hati cakap "mudanyaa! and lawa sangat". Kita ni je sememeh sepah. Hahah.

Alhamdulillah, murah rezeki Aali dapat pelamin shantik, dapat wet becek dari ramai orang, baju cantik, samping cantik, makanan syidap (macih nenda macak sedap), etc.

pelamin berendoi cantik murah muar johor

Next baby (ehh, haha!) cadang nak book dengan Izzahbridalhouse je.. 

Ehem, Dya ada adik masih single lagi ni. Confirm nak kahwin nanti dia ambik kat sini jugak. Hahaha.

mamacu
Info

Phone/whatsapp: 0123695134(izzah)

Gambar sekitar majlis

ayah & bonda

pelamin murah cantik mewah muar johor
Ayahngah & mamangah
nenda & sepupu2
pelamin murah cantik mewah muar johor
Aali sebelum makeover
Aali muka ngantuk
Cik dayah (makcik) & azim (sepupu)
cantik tak nenda Aali?
pelamin berendoi cantik murah muar johor
family
pelamin berendoi cantik murah muar johor
Aali hensem macam ayah
nenda masak ayam ni. Sedap sangatt
hensyem nya Aali
makcik sepupu Aali
cik Ila (makcik AALI)
Tok long tabur bunga
Ayah jangan potong banyak sangat rambut Aali yang secoet tu
Aali tengah fokus kunyah wet becek
terima kasih pada yang bagi wet jajan untuk Aali. hehe

Pelamin Berendoi Cantik Majlis Akikah Aali Hasil Izzahbridalhouse Muar Johor Pelamin Berendoi Cantik Majlis Akikah Aali Hasil Izzahbridalhouse Muar Johor Reviewed by dhiavivadea on 3:50:00 PM Rating: 5