Selepas Usia Dua Bulan Baru Tau Ada Kahak Kat Baby Aali

Dari lahir sebenarnya Dya macam perasan bunyi nafas Aali lain sikit. Macam ada kahak tapi masa tu fikir mustahil ada sebab Aali takda batuk, selsema or demam.

Selepas Usia Dua Bulan Baru Tau Ada Kahak Kat Baby Aali 1

Malah adik Dya pun perasan benda yang sama. Dan bunyi tu hanya waktu pagi saja. Lepas mandi, dah takda bunyi tu. Adik siap tegur, tanya “ada kahak ke dalam tekak Aali ni?  Nafas dia lain & laju”.
Tapi, yelah hati dan instinct ibu ni kan lain. Kita je tau apa yang tak kena dengan anak. Jadi, gigih setiap kali checkup doktor kat klinik Dya akan tanya ada kahak ke kat tekak baby.. 
Tapi jawapan doktor mengecewakan. Jawapannya kata “saya tengok takda apa2 masalah”,  (dan doktor hanya berdasarkan tanda lekuk bawah tek baby) 
Kata doktor, kalau bawah tek tu berlekuk,  tanda baby selsema batuk. Tapi takda tanda tu. Aali tak selsema mahupun batuk apatah lagi demam. 
Bukan sorang doktor je Dya tanya. Dari doktor pagoh sampailah ke seremban. Jawapan diorang sama. 
Benda ni berlanjutan sampai Aali umur dua bulan. Dya terdetik nak beli minyak asmak. Tujuannya untuk kegunaan in case kalau baby Aali ada selsema batuk boleh guna nanti. 
Selama dua bulan Aali takda selsema batuk semua. Alhamdulillah. Tapi bunyi kahak tu masih ada cuma slow je lah bunyinya. 
Sampai satu hari tu, Dya terdetik nak guna minyak asmak sebab baca kertas panduan yang minyak ni boleh guna sebagai minyak telon jugak.

Selepas Usia Dua Bulan Baru Tau Ada Kahak Kat Baby Aali 2

Jadi saja lah guna minyak asmak seminggu lepas beli. 
Lepas guna minyak asmak, Dya perasan yang Aali setiap kali nak muntah susu /gumo akan keluar sebanyaknya. Cuma masa tu takda lendir ke apa. Cuma kerap muntah berbanding biasa dan bunyi kahak makin kuat. 

Selepas Usia Dua Bulan Baru Tau Ada Kahak Kat Baby Aali

Dan kebetulan satu hari tu, Dya ke kuantan attend wedding kawan. Habis wedding saja lah lawat sedara kat sana. Sambil tu,  duk berbual dengan sepupu dan bagitau pasal kahak tu. 
Sepantas kilat sepupu cakap memang ada kahak sebab baby dia pun kena benda yang sama. Katanya masa lahir tu,  nurse tak sedut habis cecair apa tah kat dalam. 
Bila ditanya doktor gomen jawapan sama macam apa yang dya alami jugak. Sampailah sepupu ke hospital swasta sebab baby sampai biru tak boleh bernafas ada benda tersekat camtu. 
Sehari sebelum jumpa sepupu tu pulak,  Dya tergerak hati nak tanya ada tak daun sireh. Sebab instinct kita sebagai ibu ni macam tau something. Gigih jugakla Dya baca petua keluarkan kahak dari baby kat gugel. 
Katanya guna daun sireh. Tu yang tergerak hati tanya sepupu tentang kahak pada baby ni. Rupanya memang betul naluri ibu ni. Lepas dua bulan baru la Dya tau benda ni. 
Setel petik daun sireh, haritu jugak terus letak daun sireh kat dada dan belakang dada baby. Sepupu buat Daun sireh dilayur atas api lepastu sapu minyak angin. 
Lepas Aali menyusu, sendawakan dia keluar gumo berlendir. Pheww.. Banyak jugak gumo tu.

Selepas Usia Dua Bulan Baru Tau Ada Kahak Kat Baby Aali 3
Ni antara gumo berlendir yg sempat snap. Sikit je ni. Yang tak sempat snap tu banyak gila2.
Balik rumah, cara Dya, daun sireh tu iron guna seterika lepastu sapu minyak asmak kat bahagian dada & perut, belakang dada.  Baru tepek daun sireh tu.

Selain tu jugak,  minyak asmak tu Dya sapu kat tapak kaki, belakang lutut & betis baby, dalam lubang hidung baby letak sikit dan bahagian tulang hidung hingga ke ubun2.

Kesan Guna Sireh & Minyak Asmak:

– Aali kerap muntah sebanyaknya
– gumo/muntah susu berlendir
– najis berlendir
4 hari buat cara ni, memang puas hati bila muntah tu keluar lendir banyak. Tapi bunyi kahak tu masih ada lagi. Mungkin ambil masa sikit untuk keluar habis. 
27/8 bunyi kahak Aali masih ada lagi..cuma mungkin dah kurang tapi tak sepenuhnya. So, dya terdetik hati nak buat sedikit lagi research cara hilangkan kahak bayi ni.

Dan ada yg kata minyak asmak tak sesuai untuk bayi sebab ada bahan camphor oil. So, terus aku stop guna minyak asmak & decide nak buat sonotron terus.

Next aku akan cerita ok atau tak lepas buat sonotron. 

28 Comments

  1. Anak sy pon same gumoh berlendir sampai nak masuk 4 bulan.. ape jadi pd baby awak.. bpe bulan die hilang lendir tu.. boleh share ke..

  2. anak sy pun sme lendir dye ade,smpai kadang2 susah nk tidur n susu.. bg tips leh x mne nk hilangkan lendir tu.. baby sy dah 2bulan

    • saya letak daun sireh dah layur, sapu minyak telon atas daun sireh..kemudian tepek kat depan dan belakang dada baby..dan buat jugak tepuk percussion utk keluarkan kahak.

      • anak awak lame x lendir tu nk hilang?.. anak sy dah 2bulan, dye susah nk tdo,menagis je,mungkin xselesa dgn lendir tu..sy pg klinik swasta dan kej senua kate ok xde pape.. dan lagi satu,, rawatan sonotron tu bahaya x? dan berkesan x?

        • tak ingat..tapi memang sebelum 6 bulan dah takda dah lendir atau bunyi mcm kahak. Sonotron masa saya buat tu, nanti kat najis keluar lendir, ngan masa dia muntah susu pun keluar lendir. Ada baca kat blog katanya sonotron ok. So far masa try pun ok je. Selebihnya saya guna daun sireh atau daun mengkudu je letak kat dada Baby. nanti lendir akan keluar kat muntah susu dia jugak. Kalau atas 6 bulan masih ada lendir atau bunyi, kena jumpa paed.

  3. Saye pon buat cara nie…dr anak sulung smpai la anak dh 3😆😆…tp saya layur kan pkai api dapo…letak dekat dada depan belakang..pastu kat perut satu😆😆klu letak kat perutkan…terbaik👍👍klu dia kembung onthespot kentut x berhenti😂😂puas hati dgr😅klu selsema 2 hari dh baik..

  4. Baby sy baru sbln lbh…tp nafas bunyi kahak…pg jupe doc kat kk..tp doc ckp ok jer..doc suggest beli ubat titik hidung kat farmasi jer..tp lps 2 minggu xde progress guna ubt titik tu..ssah ati sy..dgr baby bernafas…ada cadangan utk sy x?..10q in advance..

    • takpe..biasanya normal baby bawah 6 bulan nafas bunyi kahak. kalau atas 6 bulan masih berbunyi kena rujuk pakar paediatrik. Kalau risau, tepekkan daun sireh layur letak minyak telur depan dan belakang dada baby.. Untuk keluarkan kahak. Nanti kahak keluar ikut najis atau masa dia muntah susu.

  5. baby sya bru sebulan lebih , batuk dan berkahakk , risauu sngat dah ke klinik swasta kata ok xda apa2 sbb baby x demam just batuk dan bkahak , dr bg ubat titik kat hidung tuu , tp kahak x ok lagii , benda ni normal ke ? risauu sngat pngalaman pun x daa anak first …

    • normal puan..jangan risau.. baby masih kecil memang doc takkan bagi ubat atau scan ke apa..Tapi untuk keluarkan kahak tu puan boleh cuba cara alami..guna daun sireh layur dan minyak telon..ataupun buat sonotron pun ok.. nanti kahak keluar ikut muntah susu dan najis anak..ataupun puan sedut kat hidung anak guna alat sedut hingus tu..

  6. Salam nak tanya ada org cakap baby boleh ada kahak sebab dari pemakanan ibu. Gandum putih, soya putih, sumber susu haiwan (dairy) telur rebus, kekacang. Betul ke sis? Sis jaga makan tak? Saya pun pening baby kahak dh 2bulan lebih. Mcm2 cuba.. Kahak mmng klur dri najis and muntah. Tp sampai bila kahak akan ada dlm badan baby? Kesian dekat anak mcm terseksa.

  7. Anak saya dari lahir sampai sekarang nk masuk 4 bulan x hilang2 kahak 😭😭😭😭 pegi klinik pakar kanak2 pon x lega jgk dah mcm2 cara buat.. masuk ada jgk…😩😩

  8. Yaa betul. Anak saya pon baru ad kahak. Nk tido susah hmm seksa saya tgok. Nak minum susu pon smpai nangis2. Xtw nk buat apa. Ada jugak bca letak daun sireh nih. Xcuba buat lg laa hmm

  9. Assalamualaikum..baby sya bru berusia 2 buln 28 hari..n sehingga hari ni still lg berkahak..normal ke ye ? Adakah disebabkan susu formula ?sbb sya susukan ank sya campur ngan susu formula..sbb masa usia dia sebulan,berkahak then ok..pastu msk 2 bulan ni berkahak balik..susu formula blh menyebabkan ank sya berkahak ke?

  10. Baby Sy batuk and bunyi kahak,dah bawak p klinik tp doc kta mgkin sbb cuaca..paru² dye XD kahak…tp stiap Ari 3 4x batuk mcm gatal tekak..ape yg perlu Sy buat ek..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *