Checklist Barang Persediaan Ibu Sebelum Bersalin Di Hospital

Sebenarnya persediaan barang sendiri masa ke hospital nanti, Dya rujuk kat mereka yang selalu bagi tips kat blog & fb.

Jadi, takdala barang tertinggal ke apa kan?

Tapi, bila Dya kemas ikut keperluan sebenar..

Dan lepas gi kelas rakan suami kat hpsf muar haritu, sebenarnya tak perlu bawak banyak barang macam orang ada bagi tips kat fb & google tu.

Checklist Barang Persediaan Ibu Sebelum Bersalin Di Hospital


Checklist Barang Persediaan Ibu Sebelum Bersalin Di Hospital

Barang persediaan ibu sebelum bersalin/bawa ke hospital:


1. Maternity bra & pants (Dya bawak 2-3 helai)

2. Panties disposable (Untuk panties jenis pakai buang Dya beli 2 paket. Kot kena pakai lebih ke apa)

3. Pad librese night with wings (Untuk pad Dya setia dengan brand librese sebab senang nak basuh & guna. Dya beli yang jenis ada wing & saiz paling panjang. Kalau tak silap 32cm kot? )

4. Towel (takda dalam gambar) 

5. Toiletries (berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, pencuci muka, shampoo, sikat)

6.Stokin tebal (Bawak selai je cukup. Hehe)

7. Sweater (sehelai saja, kalau rasa sejuk sangat kat spital, sweater jadi penyelamat)

8.Palazo/Skirt & blaus (1 helai skirt & blaus untuk pakai masa keluar hospital nanti)

9. Selipar (pakai masa masuk jamban lah)

10. Baju longdress, T-Shirt, palazo & kain batik (bawa sehelai untuk basahan)

11. Inner tudung & shawl (2 helai satu guna basahan,  satu untuk masa keluar hospital) 

12. Bakul makanan (Dya bawak vco d aura, thermos, air mineral, kurma, sneakers, kit kat, cawan, pinggan, sudu garfu) 

14. Nipple Cream (bepanthen) 

15. Minyak panas nona roguy

16. Nursing covers

17. Handphone, charger, powerbank

18. Getah rambut

19. Laundry bag

21. I/C sendiri, buku pink, salinan (ic suami/kad nikah/sijil nikah/GL)

Untuk salinan (ic suami, kad nikah, sijil nikah) yang ni nurse akan ambik masa korang daftar kat wad bersalin nanti.

Dya kepilkan siap2 kat buku pink dari haritu sebenarnya.

Kebetulan 27 May haritu pergi kelas rakan suami. Jadi habis kelas terus checkup kat wad bersalin tu sebab baby asyik mengeras dua tiga hari ni.

Jadi, nurse masa tu mintak i/c & buku pink saja untuk daftar masuk.

Bila setel semua & balik rumah cek, semua salinan dalam buku pink tu dah takda dan yang tinggal hanyalah salinan GL. Hihi.

Jadinya, korang kepilkan lah awal2 semua salinan tu kat buku pink masing2. Takdala kelam kabut nanti. Hehe.

Sebut pasal kelas rakan suami ni, kalau korang bersalin kat Hospital Muar, wajib hadir kelas ni kalau nak suami masuk tengok korang bersalin nanti.

Dya ada cerita kat Kelas Rakan Suami HPSF Muar

Kesimpulannya,  tak perlu bawak beg banyak sangat nak ke hospital. Cukup 1 beg ada barang ibu & baby.  Kemudian bakul makanan. Tu saja. Hehe.

Dah susun barang baby untuk ke hosputal nanti? Kalau belum, baca Checklist Barang Persediaan Bayi Newborn Di Hospital
Checklist Barang Persediaan Ibu Sebelum Bersalin Di Hospital Checklist Barang Persediaan Ibu Sebelum Bersalin Di Hospital Reviewed by dhiavivadea on 11:21:00 AM Rating: 5