Nak susun atur barang keperluan baby newborn masa kat hospital nanti bukan mudah. Lagi-lagi untuk first baby macam Dya ni. Haha!

Yela, kita manala tau nak bawak apa ke hospital masa dah bersalin nanti kan?

Jadi, gigihla buat kajian kat google terutamanya blog peribadi.

Sebab kalau baca kat blog peribadi lebih best berbanding blog portal.

Sebabnya blog personal lebih kepada perkongsian “real experience” penulis.

Dya start susun barang persediaan bayi untuk kat hospital ni seawal 33 minggu usia kandungan.

Senang sikit.

Takdala kelam kabut nak kemas last minit.

Rasanya barang Dya sikit je berbanding mommy lain yang share barang persediaan diorang. Haha.

Sebab..Tak taulah. Rasa macam.. Cukuplah kuantiti yang Dya dah susun ni. Hihi.

Checklist Barang Persediaan Bayi Newborn Di Hospital 1
Barang baby nak bawak ke hospital nanti. Botol susu ngan pam tak bawak. Cancel last minit sebab tak perlu.

CHECKLIST BARANG PERSEDIAAN BAYI SELEPAS LAHIR DI HOSPITAL

Antara barang yang diperlukan baby kat hospital nanti:

1. SET LABOUR ROOM

Untuk kat labour room nanti, Dya asingkan dengan baju lain sebab senang nak cari nanti.Dalam set Labour Room ni ada:

  • 1 x Baju lengan panjang
  • 1 x Seluar panjang sekali penutup kaki (so tak payahla bawak extra booties/sarung kaki baby dah. Hehe)
  • 1 x sarung tangan baby
  • 1 x topi bayi
  • 1 pampers ( Dya letak dryperpantz yang dapat Free sample dari drypers tu ha. Hehe)
  • 1 x bedung (jenis kain muslin)

2. PAKAIAN BAYI

  • 3 pasang baju lengan panjang (ingat nak bawak jumpsuit je tapi saiz macam terlebih besar pulak. Haha)
  • 2 pasang mittens & booties
  • 2 barut
  • 1 topi bayi

3. PAMPERS

  • 10 x pampers jenama genki pants saiz S

4. TUALA DAN BEDUNG

Dya tak beli tuala bayi sebenarnya. Lebih prefer guna kain muslin sebab saiz dia besar gila & multifungsi. Boleh buat bedung , boleh buat tuala.Kain jenis ni serap air & cepat kering berbanding tuala.Jadi, Dya bawak:

  • 2 x kain muslin ( 1 untuk bedung, 1 untuk tuala)
  • 1 x kain cotton flannel (untuk bedung)
  • 1 x lampin cotton biasa (untuk EXTRA jer)

5. PAM SUSU (TAK PERLU)

Untuk pam susu ni, tak bawak! Hehe. Sebab tak perlu pun. Lepas bersalin, susukan baby secara DF pumpam pum pam, balik rumahlah. Buat berat beg je kalau bawak nanti. Hehe.

6. WET TISSUE

Dya bawak satu wet tissue untuk lap montot baby & satu wet tissue khas untuk lap tangan/mulut baby.

In case kalau perlu guna lah. 

7. Mandian & Minyak Telon

Untuk bawak ke hospital bukan semua Dya angkut.

Hanya bawak mandian, bedak & minyak telon. Tu pun rasanya tak pakai kot. Sebab baby baru lahir tak sesuai pakai semua ni awal-awal.
Bawak ni pun untuk extra saje.

Kalau korang taknak bawak pun takpe.

Minyak telon Dya ambik dari set jamu selapan tu je.

Sebab bila beli set jamu selapan air mancur, korang dapat 2 botol minyak telon.Jadi, guna lah barang yang ada tu hah.

Dya ada cerita kat Keperluan Barangan Masa Berpantang

Mandian pulak, Dya pilih Asmak Baby Care.

Sebab tu je jenama yang barang baby takda bahan terlarang dalam tu. Harga satu set kalau ikutkan agak mahal jugakla.

Asmak baby care review

KENAPA JENAMA ASMAK?

Ikut hati nak je beli syampoo, mandian, minyak rambut kat berlambak kat pasaran.

Sebab harga lebih murah & boleh jimat banyak.

Tapi, bila cek bahan dalam tu ada triclosan, dea, mea, phenoxyethanol, etc.

Tak jadi nak beli.

Bahan-bahan ni sebenarnya ada side effect jangka masa panjang.

Kenapala kurang pengeluar produk bayi yang jual barang berkualiti ni eh?Dya hanya tau jenama Asmak & tanamera je yang ok.

Yang lain tak jumpa lagi.Jadi, tu je lah barang baby yang nak kena bawak kat hospital nanti. Haha! Sikit je kan?

Barang untuk bonda baby boleh dah tengok kat Checklist Barang Ibu Untuk Ke Hospital

Cerita selepas bersalin/ Ini Je Yang Perlu Bawa Ke Hospital Sebenarnya:
Sebenarnya tak perlu bawak barang banyak sangat ke hospital! Haha. 

Macam Dya lepas cek jalan da buka 3cm, malam masuk ward,  esoknya bersalin dan kena stay malam kat ward.

Kiranya stay hospital 2 malam.

Masa lepas bersalin tu, nurse hanya mintak kain bedung 2 helai dan baju baby sehelai tanpa seluar, pampers.  Tu je.

Then esoknya masa sebelum keluar ward, nurse akan mandikan baby lagi sekali. Jadi perlu sediakan tuala baby, kain bedung, pampers dan baju tanpa seluar. 

Rumusannya bawak:

  • 2 set baju baby
  • 1 helai tuala
  • 2 kain bedung
  • Topi
  • 10 pampers
  • 2 set mitten booties 
  • wet tissue
  • Bantal bentuk c (untuk senang susukan baby & utk sandar kat katil) 

Dya kumpulkan semua pengalaman sepanjang sebelum Dya mengandung kat eBook Akhirnya Aku Hamil.

7 Comments

  1. Yup betul sgt, suka awak sharing bnda ni semua sbb kebanyakan pos yg saya baca ada yg bawak thermos air panas, Cawan , mangkuk semua. Kn setiap katil da ada. Ada yg bawak baju mommy sampai 2@3 helai ,nk stay pon 2 mlm pon pakai baju hospital. X Payah nk bawak brg byk sgt pon.

    • hehe aah..tak perlu bawak baju banyak sebab pakai baju hospital..cuma bawak baju nak keluar hospital je..

  2. Sy dulu bersalin anak first , kne warded 5 hri sbb kontak rapat covid. Alhamdulillah sy n baby sihat2, masa tu covid baru lagi. Barang2 lain tu just kne packing sesiap je. Just in case kne thn ward mcm sy ni. 🥲 Tpi dlu sy bwa botol ssu n pam susu nurse x bg guna sbb nnti doc marah klo nmpk. 😂 . Mmg sia2 je bawa tu. 😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *