Genap 9 Bulan Usia Kandungan, Perut Mula Kerap Mengeras

Alhamdulillah.. Pejam celik. Pejam celik. Genap sudah 9 bulan usia kandungan Dya.

Genap 9 Bulan Usia Kandungan, Perut Mula Kerap Mengeras

Ringkasan artikel

GENAP 9 BULAN USIA KANDUNGAN, PERUT MULA KERAP MENGERAS

Perasaan masa ni? Sebenarnya dari awal kandungan Dya rasa biasa. Tak terlampau excited, tak terlampau mengharap. Mungkin sebab pengalaman miscariage sebelum ni kot? Jadi, kehamilan kedua ni Dya taknak terlalu excited sampailah Dya nampak sendiri anak depan mata dilahirkan sihat dan sempurna. Hehe. Sebelum masuk 36 minggu, Dya buat checkup kat klinik Rasah,  Seremban. 

DOKTOR PEREMPUAN YANG BUAT CHECKUP

Alhamdulillah, sepanjang berurusan kat sini semua berjalan lancar. Nurse sangat mesra & peramah. Doktor pun lemah lembut je bercakap. Hehe.

Hanya doktor perempuan buat scan & check ibu mengandung kat klinik Rasah,  Seremban

Selepas checkup minggu ke 34, Dya cakap dengan nurse nak berpantang kat Johor. Lupa nak tulis.  Disebabkan HB Dya low,  setiap dua minggu kena follow-up checkup kat klinik Rasah ni. Jumpa doktor hanya sebulan sekali jer. Kalau korang takda masalah apa2, korang checkup klinik sebulan sekali je. Buku pun nipis je. Tak macam buku pink Dya ni ha..Tebal yamat. Haha. 

TRANSFER OUT/TUKAR KLINIK SELEPAS 34 MINGGU

Ok sambung cerita. Dya bagitau nurse nak berpantang kat Johor. Jadi,  nurse akan catat kat buku pink untuk transfer out. Nurse akan tanya kat klinik mana untuk buat next checkup. Dya pilih berpantang kat Pagoh je. Dan klinik terdekat Klinik Kesihatan Pagoh.  Hehe. Dan minggu ke 36 adalah minggu sepatutnya jumpa doktor. Jadi Dya transfer out masa minggu ke 34 tu awal2. Kiranya last jumpa nurse rasah,  Seremban masa minggu ke34 tu.

DAFTAR PINDAH MASUK KLINIK PAGOH AWAL

Kemudian kat pagoh pulak,  Dya ke klinik Pagoh untuk daftar beberapa hari awal dari tarikh checkup.

Genap 9 Bulan Usia Kandungan, Perut Mula Kerap Mengeras

Jangan masa tarikh checkup baru nak daftar pulak. 

Ada sorang patient kat kk seremban haritu kena bebel dengan nurse. Sebab datang  untuk daftar tukar klinik tepat pada masa hari dia sepatutnya checkup. Dan dia lambat datang. Hadir dalam pukul 10am camtu. Patient pulak ramai masa tu. Urusan jadi lambat. 

Sebab lain klinik lain waktu diorang buat checkup ibu mengandung. Jadi,  korang sebaiknya daftar awal. Setel daftar kat Pagoh, nurse bagi choice untuk checkup pukul berapa dan tarikh apa. Memula nurse cadang untuk extend masa memandangkan tarikh checkup Dya ramai orang. Tapi,  Dya fikir lambat sangat kalau extend masa. Lagipun 1-2 hari ni perut asyik mengeras je. Jadi,  Dya request untuk teruskan juga tarikh yang asal untuk cek,  28 May 2018. Hihi. 

Sebenarnya bonda baby rindu nak jumpa baby.

KE KELAS RAKAN SUAMI SEBELUM HARI CHECKUP

Sehari sebelum check klinik,  Dya ada appointment kelas rakan suami/antenatal class kat HPSF,  Muar. Dya ada cerita kat artikel Pengalaman Ke Kelas Rakan SuamiUntuk makluman korang, kalau nak suami teman bersalin kat dalam bilik bersalin, wajib hadir kelas ni. Kalau tak, tak dibenarkan masuk. Hehe. Kelas start dalam pukul 9.30am – 12pm. Setel kelas terus checkup kat wad bersalin tu. Sebab baby asyik mengeras dua tiga hari ni. Proses checkup ambik masa lama gilaa.  Dari pukul 12 sampai lah 5.30pm. Perut dah berbunyi mintak makan.  (bulan puasa Dya skip puasa sebab HB low)

Kadang ada orang faham sesetengah ibu hamil ni tak boleh berpuasa demi baby dalam perut. Tapi ada juga orang yang kurang faham. 

So,  Dya tahan je lapar tu sampailah setel semua. Nak makan tapi segan.  Sebab yelah, bulan puasa kan? Hahah. 

BERBUAL DENGAN PESAKIT LAIN 

Dalam masa nak tunggu turn diperiksa, Dya ringankan mulut bercakap dengan mommy lain kat situ. Masing2 dah tunggu masa nak bersalin. Hehe. 

KENA SELUK CEK BUKAAN

Ada sorang akak ni cerita. Dia cakap keadaan dia sama macam dya haritu. Perut asyik mengeras & macam air ketuban keluar sikit2. Jadi,  akak tu terus cek kat hospital bukaan baru 2cm.Antara pengalaman lain,  akak tu kata masa kena seluk sampai dua kali seluk.  Sakit & menyesal katanya. Sebab cek awal. Haha. Akak tu kena seluk dengan dua doktor berlainan. Sorang perempuan(tak dapat detect bukaan).  Sorang lagi lelaki (detect bukaan 2cm).Pastu dia wish me luck. Patutnya takyah datang hospital dulu sebab nanti kena seluk. Hahaha. 

PENGALAMAN SETIAP ORANG BERBEZA

Mula2 cuak jugak.  Tapi, dalam masa yang sama Dya fikir pengalaman akak tu & Dya adalah berbeza. Tak boleh samakan. Alhamdulillah, masa checkup, Dya diperika doktor perempuan. Lemah lembut je bercakap. Dalam bilik periksa tu,  doktor cek jantung baby dalam 20 minit kemudian seluk bawah untuk cek bukaan, dan step last scan perut tengok berat/saiz baby & air ketuban. Masa kena seluk tu, rupanya Dya punya bukaan dah 1cm. Haha. Dalam hati cakap,  aku taknak duk wad sebab awal lagi. Bosan kot duk wad. Sebaiknya masa dah sakit nak bersalin tu baru datang sini.  Hehe. 

KENA SELUK TAK SAKIT MACAM D&C DAN IUI

Dan sebenarnya Dya rasa seluk tu tak sakit. Rasa dia sama macam kita buat ujian pap smear.Yang paling sakit bila buat ujian hsg kat lab (masukkan air dalam tiub kot), IUI dengan masa buat d&c miscariage dulu. Tiga keadaan ni baru rasa sakit. Sakit hsg macam senggugut,  d&c pulak tak tau nak explain macamana sebab dibius tapi tetap rasa sakit. IUI pulak rasa ngilu sikit sekejap je lah.Jadi, korang jangan risau bila dengar pengalaman orang lain. Sebab ketahanan setiap orang berbeza. Dan jalan cerita berbeza. Banyakkan berdoa dipermudahkan semuanya. 

TANDA-TANDA BERSALIN

Disebabkan bukaan Dya dah 1cm di usia kandungan 36 minggu 2 hari,  Doktor bagi pilihan nak stay kat wad atau balik rumah. Dya pilih balik rumah. Haha. Yang paling penting bila buat keputusan balik rumah,  buatnya tetiba nak bersalin,  kena pastikan ada orang kat rumah yang boleh hantar ke hospital. Kat hospital doktor bagi tips untuk detect tanda2 bersalin yang sebenar antaranya:

  • Keluar lendir campur darah
  • Keluar air ketuban (air jernih tanpa bau yang berterusan keluar sampai basah kain) 
  • Perut mengeras kerap selang 10 minit.  Dan setiap kali mengeras tu tempohnya lama

Memandangkan Dya baru pertama kali mommy to be, banyak tips Dya tanya dari doktor & mommies yang lain. Alhamdulillah, Dya boleh bayang sikit macamana keadaan masa nak bersalin nanti. Haha! Malah, kat rumah dah siap2 satu beg kecik berisi barang baby & bonda untuk ke hospital nanti. Korang boleh baca kat Checklist Keperluan Ibu Perlu Dibawa Ke Hospital

Sambung cerita perut mengeras bukaan dah 3cm kat artikel Takda Tanda Bersalin Tapi Perut Mengeras Rupanya Dah Buka 3 Cm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *