Jumpa Jugak 5 Cara Berkesan Naikkan Hb Dengan Cepat

Bila sebut pasal HB ni kan. Hemm..hemm.. Sebenarnya Dya kena pergi klinik 2 minggu sekali untuk cek FBC (full blood count) sebab nak cek kepekatan darah tu hah.

Yelah weh, tiap kali cek je, Hb asyik turun je. Dah makan macam-macam pun turun jugak. 

Masa first cek dulu HB ok. Jadi, Dya hanya makan asid folik, vitamin c & iron tablet yang klinik dah beri secara percuma. 

tips naikkan hb dengan cepat dan berkesan

Salah Cara Pengambilan Iron Tablet

2 minggu lepas tu. HB Low. Sebab salah cara makan! Haha. Masa tu Dya tak tau kalau nak makan iron tablet ni, kita kena selang 2 jam sebelum atau selepas makan baru boleh ambil iron tablet. Dan tak boleh sulam dengan air teh/kopi/milo/susu.

Jumpa Jugak 5 Cara Berkesan Naikkan Hb Dengan Cepat
Jangan makan bersulamkan minuman kat gambar ni
Tapi, silapnya masa tu Dya makan iron tablet minum dengan minuman yang kat atas tu hah. Haha!

Result dah tentu lah jadi makin low kan? Sebab minuman kat atas ni serap vitamin iron tablet tu.

Makan macam-macam Tapi HB Tetap Low

Jadi, lepas je tau Hb low, dya makan iron tablet tu dengan air kosong je. Dan kalini ambik double. Biasanya dos yang nurse suruh sebelum ni makan 2 biji je. 

Ni dah sampai kena makan 4 biji sehari. Tapi, tetap tak berkesan! Hb tetap low. Start dari situ, Dya  cuba makan macam-macam. Antaranya jambu batu, kurma, seafood, pati delima gulsan, hati ayam, bayam, Vco tanamera.

Malah nurse sendiri sarankan tukar iron tablet tu dengan iberet. Makan sehari sekali. 

Iberet beli kat farmasi luar. RM26. Bila dah start makan iberet, Dya tak habiskan makan baki ubat dari klinik haritu sebab dalam iberet ada semua vitamin yang diperlukan. 

Tapi semua tu tetap tak berkesan jugak. Haih. Sampai tak tau dah nak makan apa masa ni.

Cuba Lagi Cara Lain

Bila HB makin low, Dya cuba cara lain. Tips ni kawan suami yang sarankan. Dia suruh makan peria katak campur epal hijau. Minum setiap hari.

jus peria katak epal naikkan hb
Rupa jus epal campur peria katak lepas diblend
Bila dengar nama peria je, kepala dah pusing tekak dah kembang. Pahitt weh! Dya tak suka gila peria katak dari kecik lagi. Haha.

Tapi demi baby, paksa diri makan peria katak.

Dan ada jugak bagi tips minum susu kurma dairy farm fresh. Nurse pulak sarankan iberet ambil dua kali ganda. 

Jadi, semua ni Dya makan:

1. Peria katak + 2 biji epal (blend jadi jus, ambil airnya je. Cara minum kena tahan nafas. Haha)
2. Susu kurma farm fresh ( 2 kali sehari, sebotol RM7. Pehh.)
3. Iberet + air kosong (2 x sehari) 

Semua menu kat atas ni Dya akan ambil 2 jam sebelum atau selepas makan. Siap buat jadual lagi. Haha. Supaya tak bertembung antara satu sama lain.


Cek HB Naik Sikit Jerr. Haih


2 minggu lepastu, cam biasa kena pergi klinik. HB naik sikitttt jer. Dan masih di bawah point 10 jugak. Adehh. 

Siap nak kena masuk wad lagi haritu sebab HB tak melebihi 10. Tapi, nasib baik doktor kat hospital cakap tak perlu masuk wad. 

Sebab kandungan ferritin masih paras bagus lagi katanya. Kalau tak, berkampung kat wad la weh, kena cucuk iron dalam badan kalau tak silap. Haha.

Jadi, Dya tukar lagi taktik untuk naikkan HB.


Jumpa Jugak 5 Cara Berkesan Naikkan Hb Dengan Cepat 


1. Makan iberet + kurma & delima


Kalini Dya tergerak hati nak makan iberet bersulamkan pati delima & kurma. Sebab ada ternampak kat FB, orang cakap kalau nak HB naik kena ada 3 bahan iaitu delima, kurma & brokoli.

Cara Berkesan Naikkan Hb Dengan Cepat


Tu yang tergerak hati, why not makan iberet campur dengan kurma & delima? Memandangkan Dya tak boleh telan kurma biasa, Dya beli pati kurma macam kat gambar atas. 

Pati delima pulak Dya tukar jenama al baraka. Sebab jenama gulsan macam takda efek sangat. Jenama kat bawah ni yang bestnya kandungan gula kosong. 

Brokoli pulak? Dya makan kadang-kadang je masak jadi lauk. 

Tapi menu wajib tiap hari Dya telan iberet, dan kena makan sekali dengan pati delima & kurma.

2. Susu kurma farm fresh


Minum macam biasa. Sehari dua kali. Selepas breakfast & sebelum tidur. Ada orang kata kandungan gula dia tinggi. Tapi, bila Dya cek takda kandungan gula pun dalam susu ni. 

Sebab kurma dia pure kurma. Takda perasa tambahan. Bila minum pun rasa dia manis kurma je.

minum susu kurma farm fresh naikkan HB


3. Jus Peria Katak Dan Epal Hijau

Jus ni blend 1 biji peria katak campur 2 biji epal hijau. Letak air sikit je. Agak-agak cukup untuk pusingkan mesin blender tu. Lepas tu tapis hampas, minum jusnya.

jus epal peria katak naikkan hb

Dya minum tahan nafas. Lepastu, cepat-cepat teguk air masak. Haha!

Pahit dia rasa macam ko makan daun rumput yang tengah segar tu hah. Pahit sikit. Minum sekali je sehari.

4. VCO D' Aura

Atas saranan kawan, Dya tukar Vco Tanamera dengan VCO D' Aura. Katanya bagus untuk naikkan HB. 

minyak kelapa dara vco daura naikkan hb

Jadi, telanlah vco d'aura yang bentuk kapsul tu sehari dua kali. Telan setiap kali selepas makan lunch atau breakfast atau dinner. Ikutlah keseseuaian. Hehe.

Semua yang Dya makan ni, Dya akan make sure selang masa dua jam daripada apa-apa pun pengambilan. Set siap-siap kat henpon waktu bila nak makan.


5. Makan Bendi Cicah Budu

Bendi ni Dya makan masa nak dekat-dekat tarikh check-up klinik. Haha. Makan buat lauk sehari dua cukup lah kan.

Sedap gila budu perah limau + cili potong. Cicah pulak dengan bendi rebus. Pehh!

Ada orang bagi tips, nak mudahkan bersalin nanti, banyakkan makan bendi masa dah nak dekat-dekat bersalin tu. Ada jugak yang bagi tips minum telur mentah + madu masa dah contraction kalau tak silap. 

Lepas cuba makan macam-macam akhirnya 5 makanan yang Dya amalkan ni berjaya jugak naikkan HB. Nak cakap mana satu yang berkesan pun Dya tak tau. Tapi, Dya telan semua barulah HB boleh naik banyak.

Lega bila checkup kat klinik hb dan naik ke 10. Kalau tak, memang bawah 10 je. 

Ni, nak naikkan sampai ke paras 11. Jadi semua makanan ni Dya akan makan sampai dah nak bersalin nanti.

Kot korang pun hadap masalah sama macam Dya, makan macam-macam pun HB asyik turun je. Korang try lah cara ni. Mana tau boleh membantu kan?

Make sure setiap makanan ni korang kena selangkan masa 2 jam berbeza. Sebab Dya TAK CAMPUR MAKAN semua sekaligus dalam satu masa.


Kesan HB Low Semasa Mengandung

Sebab bila HB low, akan ada masalah pada ibu mengandung ni. Macam Dya, antara yang Dya hadap bila HB Low:

  • Sesak nafas
  • Celah kaki sakit (Berjalan beli barang dapur pun sakit kat celah bahagian urat dalam)
  • Susah nak bergerak (nak bangun dari katil susah)
Bila Hb dah makin ok, masalah tu berkurangan dan walaupun dahpun cecah 9 bulan, Dya larat berjalan ke hulu hilir macam biasa je. Hehe.
Jumpa Jugak 5 Cara Berkesan Naikkan Hb Dengan Cepat Jumpa Jugak 5 Cara Berkesan Naikkan Hb Dengan Cepat Reviewed by Dhia Vivadea on 9:28:00 AM Rating: 5