Saiz Dan Berat Beg Yang Dibenarkan Kat Emirates Airlines

Bawak balik car seat graco platinum dari US, kena cas extra sebab terlebih sikiiit je saiz beg luggage tuh. Pehh. Nasib baik shuben ada duit extra masa tu.

Saiz Dan Berat Beg Yang Dibenarkan Kat Emirates Airlines

Berapa Kapasiti Luggage Emirates Yang Dibenarkan?

Ok shuben ada kapasiti 46kg luggage emirates. Dengar 46 kg cam lega sikitlah. Kira okla kan, boleh sumbat banyak barang baby. Tapi problemnya adalah, syarat hanya dibenarkan bawa balik 2 luggage yang beratnya 23kg setiap satu beg (tak termasuk handcarry).

Peh bila tau je pasal ni, Dya rasa macam.. Whatt???

Disebabkan bagasi kena berasingan macamtu, Dya kena bijak atur berat barang yang nak dibeli. Bukan senang okay. 

Lagi satu syarat pulak, tak boleh gabung kotak walaupun berat kurang 23kg. Maksudnya contoh ko beli car seat berat 11kg, nuna leaf 11kg. Pastu nak gabungkan dengan wrapping & salotep.

Jawapan mereka TAK DIBENARKAN! Dya rasa sebab rules size terlebih limit kot bila gabung 2 kotak tu. Menyirap je rasa bila tau benda ni. Pandai diorang carik duit eh?

Sebenarnya ada limit saiz untuk check in baggage kat airport Amerika ni.

Syaratnya:

1. Untuk penumpang kelas ekonomi, hanya dibenarkan 2 beg sahaja untuk check in (setiap satu 23kg)
2. Saiz limit untuk satu bag tak boleh lebih 150cm - 300cm. Kalau lebih 150 cm kena bayar fee USD175. Kalau saiz terlebih 300cm pulak, beg korang tu tak boleh check in kat bahagian biasa. Kena masuk kargo. 


Berapa Kena Bayar Kalau Terlebih Saiz Luggage?


Korang kena add on harga USD175 jurr. Kalau convert ke duit Malaysia memang maunya RM600+ jugak weh. Tapi dah terbeli takkan kita nak tinggal barang kat US kan? Haha.

Tak payahla susah-susah nak punggah bukak balik kalau dah dah beli car seat graco ni. Sebab packaging dia memang saiz ngam-ngam tak lebih tak kurang. 

Redho je lah kalau dah kena bayar extra tu. Tapi, sekurangnya bila dah tahu macamni, lepasni memang kena berhati-hati lah supaya tak terlebih lagi saiz beg memasing. Hihi.

Rules selebihnya ada baiknya korang pergi baca siap-siap rules Emirates Airline ni. Kalau tak nanti nak check in menggelabah kena keluar extra duit, susah karang.
Saiz Dan Berat Beg Yang Dibenarkan Kat Emirates Airlines Saiz Dan Berat Beg Yang Dibenarkan Kat Emirates Airlines Reviewed by Dhia Vivadea on 4:52:00 PM Rating: 5