Puas Hati Shopping Barang Baby Kat EZBuy

Ni dah masuk tiga artikel Dya ulas pasal EzBuy sajer. Haha. Sebelum ni, Dya excited sebab ada brand baru tersenarai kat ezbuy. Lagipun kebetulan memang Dya tengah survey barang baby yang murah kat website ni.

Puas Hati Shopping Barang Baby Kat EZBuy
Antara yang aku beli kat ezbuy. Puas hati!


Puas Hati Shopping Barang Baby Kat EZBuy


Rasa berbaloi sangat sebab harga pos sama. Maksudnya, ko beli lah banyak mana pun, Ezbuy akan caj harga pos dengan satu harga je, iaitu RM8.80 (Shipping fee). Harga ni untuk COD barang je. Kalau nak hantar sampai depan rumah ada caj tambahan RM8 (delivery fee). Total dalam RM16.80 sajerr.

At least tak semahal kat online shopping lagi satu. Tak silap aku kat SGShop kot. Serius mahal weh kat situ. Sebab dah pernah try beli barang kat sana tahun lepas.

Hasil tangkapan kat shopee haritu. Ada 2 seller jual barang murah, kualiti tiptop. Tapi lagi 3 seller jual harga mahal kualiti low. Kena baca rating dulu, tiap kali nak beli barang kat sini
Dari segi kualiti, Dya lebih puas hati beli barang kat ezbuy sebab kualiti memang tip top.

Barang yang dipesan pun cepat je sampai. Takda sampai sebulan pun dah sampai depan rumah. Hehe.


Apa Hasil Tangkapan Kalini?

Borong barang baby! Haha. Kat online shop Malaysia ada je jual barang macam kat ezbuy ni. Cumanya harga berganda mahal. Kualiti pun kadang ada yang tak ok. Sebab Dya dah pernah cuba beli barang kat online shop Malaysia & duk usyar jugak yang seller kat IG.

Kontranya pada harga & kualiti.

Dari segi harga, Ezbuy lebih murah dua kali ganda. Kalau online shop Malaysia, harga untuk kain muslin dan kain bedung baby, RM39 - RM49.

Tapi kat ezbuy Dya beli dengan harga belasan ringgit je weh! Berbaloi gila & jimat!


Perbandingan Kualiti pulak?


Bab kualiti kat Ezbuy memang terbaik. Kat Online shop malaysia pulak ada yang jual dengan kualiti rendah tapi harga mahal. Ada jugak jual dengan kualiti tip top. Tapi kekurangannya harga mahal lah.

Tu je bezanya. Ada pro dan kontra. Tinggal pada kita je lah nak jadi pembeli yang bijak. 

Ezbuy VS Shopee

Ikutkan harga barang kat Ezbuy dah banyak yang mahal sikit berbanding kat shopee. Tapi bila ko totalkan semua masa nak checkout, harga dia lebih kurang je macam beli barang kat shopee. Sebab?

Sebab Shopee jual harga murah tapi caj pos untuk setiap satu item berlainan. Ezbuy jual harga mahal sikit, tapi kos pos dikira keseluruhan pembelian. Bila campurkan kesemuanya, kos jadi sama je antara dua online shop ni.

Jadi, Dya prefer untuk utamakan kualiti dahulu. Kualiti kat Ezbuy so far paling terbaik berbanding Shopee.

Korang kena pandai pilih seller kat Shopee. Tengok rating ok ke tak.

Tapi pembelian baru-baru ni, dah tengok rating dah. Semua ok. Tapi, barang yang sampai kualiti teruk. Siap bagi blanket yang ada kesan kotor lagi. Ada jugakla beberapa seller yang jual barang bagus kat Shopee.

Jadi, lepasni kena hati-hati pilih seller mana yang ok kat Shopee. Kadang rating je macam ok. Tapi sebenarnya tak.

Kat Ezbuy tak banyak tulis rating kalau tak silap. tapi rata-rata barang yang Dya beli kat EZBuy semuanya high quality.

Korang boleh baca jugak review masa Dya beli Barang Mekap Kat EZBuy tahun lepas. Nah, belanja review kat video youtube:


Puas Hati Shopping Barang Baby Kat EZBuy Puas Hati Shopping Barang Baby Kat EZBuy Reviewed by Dhia Vivadea on 2:41:00 PM Rating: 5