Tangan Ni Ringan Je Nak Beli Barang Dari Mogujie & JD kat Ezbuy

Ingat tak artikel sebelum ni Dya ada beli produk mekap online dari EZBuy? Yang mana Dya pilih shopping kat EzBuy sebab kos pos lagi murah berbanding tempat lain.

borong china online ezbuy

Ni pun sebenarnya tengah duk usyar barang baby kat EzBuy. Berbulan jugaklah ambil masa sebab bila dah mula shopping kat EzBuy, Dya akan beli macam-macam barang banyak gila-gila! Serius.

Sebab dah alang-alang nak beli barang dari China yang sangat murah & berkualiti ni, baik beli banyak sekaligus kan?

Tangan Ni Ringan Je Nak Beli Barang Dari Mogujie & JD kat Ezbuy


Barang baby belum habis shopping lagi, tetiba dapat tau kat Ezbuy ada listkan 2 lagi jenama baru  (Jd.com & Mogujie) dalam website mereka. Pehh!

Terus bergegas bukak website Ezbuy, dah rasa macam tak tentu arah dah. Sebab nampak bertambah banyak lagi barang best dalam tu weh!!

Tangan Ni Ringan Je Nak Beli Barang Dari Mogujie & JD kat Ezbuy
Baru kategori pakaian wanita dah ada tersenarai ratusan ribu item dalam tu

Produk Yang Dijual Oleh Jenama Dari Jingdong (Jd.com)

Kalau dari Jingdong Global Sales, ada 11 kategori item yang dijual antaranya:

  1. Barang perkakas rumah
  2. Barang gadget
  3. Digital video
  4. Barangan pejabat
  5. Baju wanita & lelaki
  6. Kasut wanita & lelaki
  7. Barangan sukan
  8. Aksesori kereta
  9. Barangan bayi
  10. Barangan hadiah
  11. Buku

Produk Yang Dijual Dari Mogujie

Untuk produk dari Mogujie pulak lebih kepada fesyen/pakaian wanita. Stail macam ala-ala korean. Ok, yang ni serius Dya boleh duk menghadap komputer seharian memilih macam-macam jenis baju cantik.

Antara barang lain yang dijual oleh Mogujie:
  • Barang mekap
  • Perkakas elektrik
  • Pakaian wanita/lelaki
  • Beg
  • Barangan bayi
  • Aksesori
  • Makanan
Cara nak tau produk yang korang pilih tu dari seller Mogujie atau Jingdong, tengok je logo kat bawah gambar:

JD seller dari Jingdong, Logo mushroom tu seller dari mogujie
So, apalagi? Dya nak usyar jap stok fesyen baju wanita yang ada kat Ezbuy. Korang tak perlu susah payah beli dari website berlainan. Semuanya dah siap tersenarai dalam Ezbuy. Tinggal pilih je nak corak macamana.

Kat EzBuy tersenarai berpuluh ribu item untuk dipilih. Memang rambang mata & pening nak pilih. Sebab, biasalah perempuan ni perfectionist. Banyak sangat yang nak dibeli kat sini. Hehe.

Kategori Item Yang Dijual Kat Ezbuy?

Bayangkan satu kategori item ada berpuluh pecahan kategori, yang mana dalam setiap kategori ada berpuluh ribu item yang tersenarai! Pheww. Dulu masa beli barang mekap Dya ambik masa sebulan untuk pilih dari page awal sampai akhir tau. Haha.

Ni nak beli barang baby pulak belum habis scroll sampai page last lagi sebab banyak sangatt!! 

Kategori item yang dijual kat EzBuy:
  1. Home & garden
  2. Women's clothing
  3. Men's Clothing
  4. Sports & outdoor
  5. Toys, mother & kids
  6. Shoes, Bag & Accessories
  7. Beauty & Health
  8. Office & stationery
  9. Mobile & tablets
  10. Automotives
Tu baru barang baby. Barang baju wanita belum pilih lagi nih. Haih. 


Macamana Nak Beli Barang Kat Ezbuy?

Yang ni senang je caranya. Korang boleh baca artikel Dya yang sebelum ni. Dya ada highlight kat perenggan atas sekali. 

Cara jimat kos pos, kena jadi Prime member. Baru dapat kos pos murah. Lepastu boronglah banyak-banyak kat Ezbuy. 

Flat rate kos pos untuk member Prime RM8.80 jer

Caranya korang boleh rujuk kat Cara Jadi Member Prime
Bila dah jadi Prime member kos pos untuk keseluruhan barang RM8.80 je. Tapi nak jadi member kalau tak silap kena bayar RM188 baru lah layak untuk kos pos RM8.80 untuk pembelian seterusnya lain kali.

Kualiti Barang Buatan China Dari Seller Di Ezbuy

Untuk kualiti bagi Dya terbaik berdasarkan pengalaman beli barang mekap kat Ezbuy haritu. Korang kena pandai pilih baranglah & baca penerangan tentang produk tu betul-betul.

Kena tahu material apa yang digunakan, saiz produk. Kalau nak lagi meyakinkan baca produk review dari pelanggan yang pernah membeli dari seller yang tersenarai kat Ezbuy ni. 

Tu antara 3 cara Dya membeli kat Ezbuy. Selain kena pastikan kita membeli barang menggunakan akaun Prime member. 

Sekarang ni, Dya tengah sibuk memilih barang bayi dahulu kat Ezbuy. Dah setel sampai halaman terakhir website, baru lah Dya godek bahagian pakaian wanita pulak. 

Memang ambil masa sikit nak shopping. Sebab Ezbuy jadi platform untuk peniaga seluruh dunia terutamanya dari USA, Taiwan, China untuk menjual barang mereka.

Ezbuy memang memudahkan Dya beli & borong online. Website ni sangat dipercayai, servis cepat, pos pun pantas. Dya malas dah nak keluar ke shopping mall habiskan masa berjam-jam pilih barang. Kos minyak, tol, tenaga lagi. 

Pilihan terbaik zaman sekarang shopping online sajer. Hehe.

Kalau nak beli kat Ezbuy, korang daftar je kat website link kat bawah ni okay?


Tangan Ni Ringan Je Nak Beli Barang Dari Mogujie & JD kat Ezbuy Tangan Ni Ringan Je Nak Beli Barang Dari Mogujie & JD kat Ezbuy Reviewed by Dhia Vivadea on 1:58:00 PM Rating: 5