Unboxing Pam Susu Medela Freestyle Dari US

Haritu sebenarnya nak nangis bila pergi walmart takda stok medela freestyle. Pergi ke target pulak harga mahal nak mammm weh! Last choice kat babies r'us pulak. Betul-betul sebelah hotel. Tapi bila dah ke situ, stok habis!!!

Set medela freestyle
Bayangkan 3 tempat pergi macam-macam peel. Mana tak nangis sebab Dya memang dah target nak beli medela freestyle kat US ni. Sebab harga murah sikit dari Malaysia.

Last sekali disebabkan kat Babies r'us takda stok, patah baliklah ke kedai target walaupun harga dia mahal gila! Tapi, sekurangnya masih murah sikitla dari Malaysia. Kat Malaysia harga medela freestyle RM2k hingga RM2.9k. 

Ada jugak perasan kat Malaysia jual harga RM1.5k hingga 1.7k cumanya tak taulah barang tu original medela ke tak? Kot barang refurbished atau tiruan ke kan? 

Jadi jalan terbaik, beli terus je kat US ni. Dijamin original sebab kat US ni dengar cerita tak boleh jual barang FAKE langsung! Kalau jual barang fake, akan didenda.

Beli Medela Freestyle USA Harga Sentiasa Berubah

Barang kat USA ni murah masa SALE je. Masa belum sale tu harga melambung jugaklah. Kadang ada jugak harga barang sama macam kat Malaysia. Kadang murah daripada Malaysia. Bergantung jugaklah. Tak dapat nak jangka.

Tapi, satu benda yang pasti, barang berjenama kat USA serius murah berganda dari Malaysia. Banyak gila boleh jimat!

Korang boleh baca kat artikel Barang Baby Kat US Murah Berganda.

Dya beli backpack coach dengan harga yang rendah kat butik Coach USA. Takdalah rendah sangat macam beg FAKE dari China. Tapi, dapat jimat beribu jugaklah walau harga dia masih lagi kategori ratus ke ribu. Haha! Kalau kat Malaysia, satu backpack boleh cecah RM2.5k hingga RM3k ke atas! 

Reason Dya prefer barang branded ORIGINAL berbanding produk FAKE? Dya menghargai usaha penat lelah pereka jenama tu. Kita bayar usaha mereka. 

Unboxing Pam Susu Medela Freestyle Dari US


Sambung bab pam susu nih. Selepas search info kat google review pam susu ibu-ibu ada anak ni, ramai yang sarankan pam ni. Sebab banyak kelebihan dia antaranya:

  • Mobile friendly (senang bawak merata tempat)
  • Rechargeable bateri
  • Saiz kecik & ringan
  • Boleh guna untuk penggunaan heavy duty
  • Boleh pam 2 susu dalam satu masa
  • Bunyi pun smooth & steady
  • Kekuatan sedutan sampai 9 level


Apa je ada dalam set medela freestyle ni? Rujuk gambar bawah:
Unboxing Pam Susu Medela Freestyle Dari US
Medela freestyle USA, berat satu set ni 2.5kg
Dalam kotak medela freestyle, korang akan dapat:

  • Mesin pam yang ada display digital & timer
  • 4 botol susu
  • Tubing 
  • Double pumping kit - ada 4 corong pam saiz 24mm & 27mm 
  • Power cord & battery charger
  • Rechargeable lithium battery
  • Icepack warna biru beserta beg
  • Beg susu
Lengkap semua dalam 1 beg tu. Senang kerja. Haha!

Cara Bawak Balik Medela Freestyle Naik Flight


Ok, kalau nak gi US masa nak balik ni agak tricky sikit. Korang kena tau syarat-syarat airlines ni bila masuk bab barang apa yang dibenarkan bawak kat hand carry & luggage.

Disebabkan medela freestyle ada bateri lithium & icepack yang ada cecair di dalamnya. Haritu Dya keluarkan semua barang dari kotak medela ni.

1. Sebagai langkah jimat space, kotak dibuka dan dilipat untuk jimat ruang beg.

2. Kemudian bateri lithium masukkan ke bahagian hand carry

3. Ice pack pulak masukkan ke bahagian luggage. Sebab ada cecair dalam ice pack. 

Sebab untuk langkah selamatlah, buat cara ni. Nak bawak barang hand carry tak boleh bawak cecair lebih berapa ml entah. Taknak ambik risiko, kita sumbat dalam luggage je.

Ada airline jenis diorang tak benarkan barang yang ada bateri letak kat luggage tau. Kadang Dya sendiri pening bab ni. Sebab ada yang tak bagi letak dalam luggage. ada yang tak bagi letak kat hand carry.

Jadi kat US ni langkah selamat, letak benda ada bateri kat hand carry jer. Haha! 

Tu pun sebenarnya ada limit kalau tak silap. Diorang tak benarkan bateri lithium bersaiz besar diletak samada kat hand carry mahupun luggage. 

Tapi, yang barang medela ni jangan risau sebab bateri lithium dia kecik je pon. 

Ok, tu je lah nak share harini. Nanti lepas dah guna baru Dya bagi review best ke tak guna pam ni sebenarnya. Sampai ramai orang suka sangat dengan pam medela freestyle. Hehe.

Tengok video UNBOXING FULL Medela Freestyle kat bawah:

Unboxing Pam Susu Medela Freestyle Dari US Unboxing Pam Susu Medela Freestyle Dari US Reviewed by Dhia Vivadea on 7:30:00 PM Rating: 5