Rawatan Susulan Klinik Dr Hamid Arshat

Baca Artikel Yang pertama tentang Rawatan 1st Saya Yang Perlu Dibuat Di Klinik Dr Hamid Arshat

Kalau dah baca artikel tu, baru baca artikel ni. Sebab yang ni rawatan susulan.

Rawatan Susulan Klinik Dr Hamid Arshat


5/6/17

Ok tiba-tiba pagi ni rasa benci tengok muka sendiri. Gemok! Bencinya weh. Harini treatment ke2 kat klinik Dr Hamit Arshat. Bangun pagi je sedar-sedar dah pukul 7. Kelam kabut mandi siap nak gi klinik. Dalam 7.15am baru gerak. Aa, kenapa lambat! Dhia plan gerak pukul 6.30 jadinya takdala lambat turn kita nak check-up. Tu la padan muka sendiri sebab tidur lepas sahur. Mengantuk yang amat.

Masuk saja dalam kereta, pandang diri sendiri kat cermin. Dalam hati cakap "bencinya, gemok!". Dan benda paling merisaukan bila pregnant nanti macamana nak kawal kegemukan tu?

Jam kat maps menunjukkan kitorang akan sampai klinik pukul 8.17am. Aduh! Terasa lambat. Nanti nama akan dipanggil kul 10 pagi agaknya.

Treatment harini lebih kepada cek ultrasound kat perut. Doktor tak buat tvs sebab ye lah, puasa. So, doktor akan cek samada dah mengandung ataupun tak. Haha. If belum, kena follow rawatan selanjutnya. Ommo.

8.20 am sampai klinik. Terus menonong jalan ke bilik pendaftaran macam biasa & letak kad appointment. Jam 9 am dipanggil masuk untuk cek berat & tekanan darah. Tiba-tiba sistur rasa omg! Kenapa berat naik ni?! Padanlah pagi ni rasa benci tengok muka sendiri. Debab betul. Aah benci. Serius benci tengok muka sendiri harini. Haha.

Lepas habis checkup berat & tekanan darah, Dhia tunggu turn untuk doktor panggil nanti.

Dalam 9.35 - 9.45 nama dipanggil. Doktor cek kejap je dalam 5 minit setel untuk buat pembayaran.haha. Total masa dalam 15 minit lepas ambik ubat & buat pembayaran. Pukul 10 da boleh balik. Yeay!

Doktor bagi 3 jenis ubat kalini. Tapi, bukan semua tu kena makan sekaligus. Bergantung pada keadaan.

Masa cek tadi, ada telur tengah nak membesar dalam rahim. So, doktor bagi masa, lepas 3 minggu kalau tak period, makan ubat nokulut untuk turun darah.

Tapi, kalau period pulak kena makan clomid & dexa. Ubat untuk matangkan telur.

Harapnya telur yang nampak tadi tu membesar dengan jayanya lahh. Haha. Kalau membesar perfectly, ketiga-tiga ubat tadi tak perlu makan woii. Kos untuk 3 ubat? Peh. Total RM202.

Kos rawatan kesuburan dr hamid arshat, berapa kena bayar untuk hamil kt klinik dr hamud arshat
Kos rawatan susulan
Dah habis baca? Hehe. Kalau dah, sambung balik baca kat artikel tarikh 5/6 Aku mengandung Lepas Berurut

Turutan artikel tentang kehamilan aku:
  1. 6 Tahun Kahwin, Aku Pregnant Lepas berurut
  2. Rawatan Susulan Klinik Dr Hamid Arshat
  3. Aku Harap Rawatan Kesuburan Berjaya Buat Aku Mudah Hamil
  4. Cara Kesan Waktu Subur Dengan Tepat Selepas Telur Matang

Rawatan Susulan Klinik Dr Hamid Arshat Rawatan Susulan Klinik Dr Hamid Arshat Reviewed by dhiavivadea on 9:10:00 AM Rating: 5