Gigih Beli Fabric Starch Semata Nak Tudung Nampak Kemas

Dya dah tau lama pasal fabric starch ni bagus untuk keraskan tudung. Tu pun lepas kawan bagitau beberapa tahun lepas. Haha! Tapi, sampai kesudah tak beli benda alah ni sebab malas.


Sampailah Neelofa duk promote tips cara dia keraskan awning tudung guna fabric starch.

Kalau korang perasan tudung yang Neelofa gayakan sentiasa terbentuk cantik je kan? Jadi, lagi lah Dya terpengaruh nak cari fabric starch harini semata nak nampak kemas pada penampilan. Gituhh.

Kalau tak, serious talk, aku selebet je tiap kali keluar rumah. Shawl yang aku pakai komot sana sini. Tudung bawal pulak selalu gelembung. 

Walaupun owner brand tudung bawal kata bawal dia senang dibentuk, trust me. Mengarut je kalau guna material bawal weh. Sebab tudung korang akan jadi gelembung jugak. Antara solution aku? Dya pakai inner neck vshape Vivadea, baru pakai tudung bawal. 

Sebab nak bagi tudung tu stay tak gerak ke depan. Kalau tak pakai inner kat dalam, gerenti tudung korang akan melorot ke depan. Terutamanya masa tengah kunyah makanan. Tensen je weh. Haha.

Gigih Beli Fabric Starch Semata Nak Tudung Nampak Kemas


Dya beli terus kat kedai runcit bahagian yang ada benda-benda spray ni. Then buat experimen kat dua jenis tudung:


  • Shawl
  • Bawal
Fabric starch membantu kemaskan lagi kedudukan tudung. Kadang tu teringin jugak nak cecantik cam vivy yusof, neelofa, etc.

Now baru Dya faham kenapa orang yang pentingkan penampilan dia akan rasa kusut kalau tudung terkonyok sikit. Hahah.

Semuanya sebab nak kekemasan!

Eh malas nak taip banyak, korang tengok je lah, vlog pasal fabric starch kat bawah ni:

Gigih Beli Fabric Starch Semata Nak Tudung Nampak Kemas Gigih Beli Fabric Starch Semata Nak Tudung Nampak Kemas Reviewed by Dhia Vivadea on 8:36:00 PM Rating: 5