Aku Suka Mekap, Tapi Kandungan Dalam Kosmetik Meragukanlah

Dya memang jenis suka mekap. Cuma beberapa bulan kebelakangan ni, tak suka mekap malah berhenti pakai pencuci muka simply siti. Sebab bila tengok kandungan dalam tu rasa was-was. 


Untuk penjagaan muka, Dya memang akan amalkan jenis homemade saja. Takda tambah bahan kimia itu ini. Tapi, barang mekap ni. Cemana cerita dia?

Aku Suka Mekap, Tapi Kandungan Dalam Kosmetik Meragukanlah


Semalam baru je beli 4 jenis barang untuk mekap kat muka ni. Masa nak pilih serius lama sebab Dya akan baca satu persatu. Tapi bila baca kat kedai, mestila tak faham bahasa yan tulis kat bekas barang yang nak dibeli kan?

So sebab nak cepat, dalam 25 minit la Dya duk dalam watsons pilih barang, then cepat-cepat keluar.

Tu pun laki dah bising sebab lambat sangat pilih barang. Mmm.
Balik je rumah, esoknya bukak pc terus cek satu persatu kandungan dalam produk. Terus jadi was-was balik weh.

Ada kandungan bahan kimia yang agak meragukan. Dan bahan mekap ni selalu digunakan ramai orang jugaklah. 

Masa ke kelas mekap pun memang bahan ni yang digunakan. So, hasilnya pada muka memang best. Muka nampak lembut dan flawless.

Tapi lepas beli, Dya cek balik bahan. Ada beberapa kandungan yang meragukan. Hmm. Cemana lah aku nak cantikkan muka sendiri ni eh?

Antara bahan meragukan butylene glycol, phenoxyethanol, glyoxal, etc.

Dya beli kosmetik brand maybelline, pink (kosmetik korea), Sendayu Tinggi. Rasanya barang Sendayu Tinggi so far takda bahan meragukan.


Dya ni bukanla pakar bab bahan chemicals. Tapi duk google satu persatu rasa was-was dah nak guna. Especially brand dari korea tuh. Haih.

Ada banyak lagi kandungan meragukan. Korang pepandailah cek barang mekap sendiri.

Dah beli burn RM100+ cemana ni weh? Haha! 





Aku Suka Mekap, Tapi Kandungan Dalam Kosmetik Meragukanlah Aku Suka Mekap, Tapi Kandungan Dalam Kosmetik Meragukanlah Reviewed by Dhia Vivadea on 12:27:00 PM Rating: 5