Aku Harap Rawatan Kesuburan Berjaya Buat Aku Hamil

Sebelum baca artikel ni baca dahulu artikel di bawah:

1. Cara Buat Temujanji Di Klinik Dr Hamid Arshat

Kemudian sambung baca artikel ke-2

2. Aku Mengandung Selepas Berurut

Kalau dah baca dua artikel di atas, baru baca yang ni okay?

3/7/17 temujanji untuk cek saiz telur. Harini hari ke 14 selepas period. Alhamdulillah rahim belah kiri ada dua telur matang, belah kanan ada satu telur sedang membesar.

Aku Harap Rawatan Kesuburan Berjaya Buat Aku Hamil 1

Happy bila tengok telur membesar. Tapi buat keputusan untuk mengandung cara normal berbanding IUI. Laki sendiri suruh camtu. So sis ikut je la. So, now kita bergantung pada kebolehan sperm pulak. Harapnya terus kuat & menjadi baby sihat sempurna.
Temujanji harini ada injection di punggung untuk pecahkan telur. Katanya akan ambil masa selama 36 jam untuk pecah. Mungkin lebih awal lagi. Dan kami kena bersama selang dua hari dah memadai.

Kos untuk harini RM240

RM90 = Clomid 5biji/day selama 5 hari
RM90 = Suntikan
RM60 = Consultation fee

Clomid ni di bagi awal sebab kalau period, doktor suruh terus makan clomid & buat appointment untuk IUI pulak. Kalau tak period, maknanya mengandung & ubat boleh pulangkan balik! Haha.

Dan dalam tempoh 2 minggu penting ni lah wajib untuk fokus buat anak.haha.
Kata doktor, lepas suntik untuk pecah telur, kita akan rasa bloated kat perut. Tu signal dalam proses lah. Bila sebut bloated, teringat masa buat ujian cek tiub fallopio. Peh dia punya tak senang duduk tu jangan cakapla. Serius tak best & sakit.

Sebenarnya keesokan harinya memang rasa macam sakit pinggang sikit & macam sakit nak period tapi mild saja. Hormon pun tiba-tiba menurun mendadak. Takda nafsu dah masa ni. Opps.

Duk baca kat blog, orang kata memang akan jadi camtu bila berlaku proses ovulasi tu. Eh? Betul ke? Saya tak pakar sangat nak cerita benda-benda macamni.

So, kita tunggu lagi 2 minggu.  Harap usaha kalini membuahkan hasil. Hehe.

Dah habis baca artikel ni? Ok, sambung perjalanan rawatan kesuburan seterusnya kat artikel ni tarikh 4/8 rawatan IUI

Turutan artikel tentang kehamilan aku:

  1. 6 Tahun Kahwin, Aku Pregnant Lepas berurut
  2. Rawatan Susulan Klinik Dr Hamid Arshat
  3. Aku Harap Rawatan Kesuburan Berjaya Buat Aku Mudah Hamil
  4. Cara Kesan Waktu Subur Dengan Tepat Selepas Telur Matang

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *