Aku Upgrade Teknik Makeup Kat Kelas Mampu Mai MUA Bellaz

Lebih sebulan jugaklah siap booking awal semata nak masuk kelas mekap mampu mai by MUA Bellaz nih. Sebab masa kelas kat Seremban haritu Dya terlepas join! Ruginyaaa..Sebab kat kelas tu ada praktikal mekap sekali.

Aku Upgrade Teknik Makeup Kat Kelas Mampu Mai MUA Bellaz

Kat kelas yang Dya join Disember 2017 ni bukan kelas demo & praktikal. Tapi lebih kepada demo & peluang jumpa Bellaz. Dya ni bukanlah fanatik dengan MUA Bellaz. Tapi Dya kagum dengan aura yang ada pada dia sekarang ni.

Semuanya disebabkan celoteh dia yang mampu hiburkan hati netizen. Jadi, tujuan Dya pergi kelas ni sebenarnya lebih kepada nak tengok aura Bellaz jer. Haha!

Aku Upgrade Teknik Makeup Kat Kelas Mampu Mai MUA Bellaz


Kat kelas ada 2 jenis mekap yang Bella tunjukkan:

  1. half cut crease
  2. Makeup letak glitter kat tengah mata - tak ingat teknik apa tah ni
Dalam kelas sebenarnya macam masuk tak masuk je sebab duk khusyuk tengok Bella & dengar perkongsian dia tentang hidup dia masa sebelum dia terkenal macam sekarang ni. Heheh..

Antaranya minum air kosong, makan pun ikat perut, macam-macam lagilah. 

Dalam kelas pulak memasing kemainnn makeup cecantik! Dya je lah selebet sebab malas mekap. Cukup letak lipstik & bedak baby, masuk kereta terus ke kelas.

Dan kat kelas jugak rupanya ramai peminat Bellaz. Rasanya fanatik jugaklah kot? Semangat betul memasing nak jumpa Bella.

Pakat pakai baju sama tema, makeup cecantik, selfie dengan Bella. Sampai ada yang sanggup tunggu sampai lewat petang semata nak selfie dengan Bella.

Fuhh, kalaulah aku ada peminat cenggitu, bestnyaaa! Hahah.

Habis je kelas, Dya tak larat nak selfie dengan Bella sebab kebulor dah petang tu. Yelah, sekarang ni memang kerja Dya memang kuat makan.

Laju je aku nak balik..

Harga kelas mampu mai by MUA Bellaz ni, Dya ambil seat Primadona. Seat paling depan sekali. Ada dua jenis seat. Primadona & Diva. Diva murah RM100 camtu.

Dya pilih Primadona sebab rabun weii. Serius sejak dua menjak ni rasa macam makin rabun pulak. Kalau tak pakai spek memang muka korang Dya tak nampak depan mata ni ha. Hehe. 

So setel jumpa Bella depan-depan. Lepasni sisturr target nak ke kelas Alhaalfa, nuex rosli, asmawatie, yna sakinah, eh cam ramai pulak rasanya. Hahah.





Aku Upgrade Teknik Makeup Kat Kelas Mampu Mai MUA Bellaz Aku Upgrade Teknik Makeup Kat Kelas Mampu Mai MUA Bellaz Reviewed by Dhia Vivadea on 6:26:00 PM Rating: 5