Header AD

Makan Malam Istimewa Di Restoran Cyberview Resort & Spa

Selama ni Dya ingatkan ada satu je resoran kat Cyberview resort & spa. Rupanya ada lagi restoran konsep macam ala-ala Europe sikit.



Dan restoran ni dibuka pada waktu malam. Sesuailah  kot kalau korang rasa teringin nak candle light dinner dengan pasangan ke kan? Hehe.


First impression bila masuk restoran ni? Dya rasa dekorasi restoran kemas & sedap mata memandang!

Ada beberapa menu best korang boleh pilih ikut jenis:

  1. Candle light dinner
  2. Ala carte
  3. Set menu
Menu candle light dinner

Untuk menu candle light dinner,  korang akan dihidangkan dengan set appetizer, soup,  main course dan last sekali dessert.


Tapi malam tu dya tak pilih menu candle light dinner. Dya lebih suka menu ala carte sebab ada banyak pilihan makanan.

Korang boleh rujuk kat menu bawah ni:



Ada jugak jenis menu yang dah siap set tetap.. Kalau korang rasa nak pilih makanan yang dah ada setnya pun boleh. 


Disebabkan Dya suka menu ala carte,  menu paling Dya suka mushroom soup dan pizza. Serius boleh habis sorang weh! Haha.

Paling best mushroom soup dia lah. Peh! Pekat dia sesuai dengan selera tekak Dya ni. Dya pulak jenis cerewet bab makanan.

Sup cendawan paling sedap Dya pernah rasa masa kat Restoran Lucy's Kitchen Sabah dulu.

Biasanya sup cendawan kat restoran fast food jujur cakap kita hanya akan dihidangkan sup cendawan kosong dan bila tak panas akan jadi cair.

Tapi sup cendawan kat restoran ni habis satu mangkuk Dya hirup. Haha!


Ok, dah takkan makan sup je kan? Ada beberapa menu lain yang Dya makan malam tu sebenarnya. Antaranya:








Perut memang kenyang tapi puas lah dapat makan. Sedap!

Jadi,  kalau korang duk bercuti Cyberview Resort & Spa ni,  jangan lupa rasa masakan kat restoran ni jugak okay? 
Makan Malam Istimewa Di Restoran Cyberview Resort & Spa Makan Malam Istimewa Di Restoran Cyberview Resort & Spa Reviewed by dhiavivadea on 12:18:00 PM Rating: 5

Sponsored ads