Ya ALLAH Sedapnya Ketam Masak Lemak Cili Api Mama!

Hujung minggu bila husband cuti, barulah Dya berkesempatan nak balik kampung kat Pagoh. Kalau husband tak cuti, sistor duk mereputla kat rumah ni. Haha!

Reason sebab Dya taknak drive sekarang ni. Dya akan ada masalah mengantuk lepas setengah jam bawak kereta. Serius weh. Mengantuk tahap apa entah.

So laki i lah jadi mangsa. Haha!


Ya ALLAH Sedapnya Ketam Masak Lemak Cili Api Mama! 


Sebelum sampai kampung tu dah pesan siap-siap kat mama dah. Nak mama masakkan ketam masak lemak cili api sedap-sedap. 


Sebab teringin sangat. Mama masak sentiasa sedap. Tak pernah tak sedap. Rindu air tangan mama.

Walaupun pergi balik hari. Dya sanggup sebab dah mengidam sangat nak makan yang mama masak. Orang lain masak memang Dya reject! Haha.

Owh untuk yang belum tahu, mak Dya memang ada kedai makan kat Pagoh. Nama kedai Selera Kampung Kak Mai. Kalau datang pagoh singgahla weii.

Kot terasa nak makan Lontong pepagi, pun ada jual kat sini jugak. 

Sampai Kedai Terus Menjajau Cari Ketam

Sampai je kat kedai makan, siap salam mama semua. Terus tanya. Ma nak ketammm! 

Rupanya dah siap tu hah kat atas meja satu tray besar. Hah makanla ko sampai puas.

ketam masak lemak cili api
Tapi takdalah habiskan semua. Haha. Sebab tau orang lain pun teringin nak rasa gak la tu. Dya makan seketul je cukup dah. Asalkan lepas rasa kempunan tu. Sedapnya!

Sampai sekarang teringat lagi rasa dia. Tq mama sebab susah-susah masakkan ketam cili api haritu. Love u infinity.
Ya ALLAH Sedapnya Ketam Masak Lemak Cili Api Mama! Ya ALLAH Sedapnya Ketam Masak Lemak Cili Api Mama! Reviewed by dhiavivadea on 12:00:00 PM Rating: 5