Header AD

Seronok Rehatkan Diri Sekejap Di Cyberview Resort & Spa

Bila dah terlampau stress dengan kerja seharian, menghadap akaun yang berlambak-lambak sebelum sampai hujung tahun, Dya & suami buat keputusan untuk relax sekejap kat Cyberview resort & spa.

Seronok Rehatkan Diri Sekejap Di Cyberview Resort & Spa



Lokasi pun tak terlalu jauh dari rumah kitorang. Dalam sejam je dah sampai kat Cyberjaya.

Luas jugak rupanya resort kat Cyberview ni. Dan kami menginap di tingkat atas berhadapan dengan swimming pool.


Apa yang buat Dya jatuh hati tiap kali masuk ke Cyberview Resort & Spa ni bila melangkah masuk ke lobi mereka.

Bau wangian bunga (rasanya bunga melati kot?), bau agak misteri tapi dalam masa yang sama menyamankan & wangi! Nak duk bersantai kat lobi pun dah rasa relax sangat.


Siap je check-in bilik, staf di sana beri maps untuk pergi ke bilik yang dah ditempah.

Gigihla kami bawa kereta terus depan bilik penginapan kami. Jangan pulak korang berjalan kaki ke bilik dari lobi tu hah. Mau becak tiak masing-masing nanti. Hehe.

Kat sini ada 7 jenis bilik korang boleh pilih. Antaranya:
  1. Bunga raya suite
  2. Mawar suite
  3. Bungalow
  4. Junior suite
  5. Executive deluxe chalet
  6. Deluxe chalet
  7. Superior chalet


Dya pilih bilik Executive deluxe chalet. Bilik ni je pun kira luas gila untuk duduk berdua! Haha! 

Korang tengok sendiri kat gambar-gambar Dya kat artikel ni lah. Hehe.



Antara kemudahan yang tersedia kat sini antaranya:

  1. TV 32 inch
  2. FREE wifi
  3. Meja menulis
  4. Ruang dapur
  5. Pengering rambut
  6. Extra towel
  7. Papan alas gosok baju (ironboard)
  8. Meja makan
  9. Dan lain-lain
Sebab tu Dya cakap bilik ni luas gila untuk dua orang. Kalau bawa keluarga ke sini, rasanya satu bilik tu boleh muat 2 keluarga. 


Dan kemudahan yang paling penting bagi Dya semestinya iron baju.

Sebab selalu sangat kalau pergi mana-mana hotel,  iron lah paling susah nak dapat.

Maksudnya tiap kali nak guna iron kena call operator pastu sampai kesudah tak sampai.

Hanya ada beberapa jenis hotel je yang sediakan kemudahan ni kat bilik masing-masing.


Ruang mandi pun dipisahkan. Sama lah macam hotel lain yang Dya pernah pergi.

Dan tiap kali pergi hotel,  bathtub memang wajib. Sebab Dya suka berangan dalam tu. Haha.



Overall keadaan bilik kat Cyberview Resort & Spa memuaskan hati. Mungkin decor kelihatan agak klasik sikitlah.

Tapi sesuai untuk santai dengan keluarga sambil makan kat verandah.

Korang pergi masa puasa okay? Sebab menu berbuka kat Verandah sedap gila weh!

Berapa Harga Untuk Semalam?


Harga untuk bilik Executive deluxe chalet ni rasanya dalam lebih kurang RM390 ke atas.


Kat Mana Nak Tempah Bilik? 


Kalau korang nak walk in terus pun boleh ataupun untuk dapat harga promosi,  rajin-rajinlah survey website cyberview resort & spa

Seronok Rehatkan Diri Sekejap Di Cyberview Resort & Spa Seronok Rehatkan Diri Sekejap Di Cyberview Resort & Spa Reviewed by dhiavivadea on 8:55:00 PM Rating: 5

Sponsored ads