Header AD

Neffos X1 Smartphone Alternatif Untuk Saya Buat Kerja Harian

Dya memang kurang arif bab phone ni. Apa yang Dya tahu cuma nak kamera yang snap gambar dan videonya cantik, paparan skrin yang warnanya timbul, bateri yang tahan lama dan design cantik.

Jadi untuk artikel kali ini, Dya nak cuba review satu phone ni Neffos X1. Harga terkini kalau tak silap Dya dalam RM750 kat Lazada untuk yang versi 32gb Internal storage dan 3gb RAM. 

Kira harga ni lebih kurang sama dengan jenama-jenama lain macam OPPO dan VIVO.


Kebolehan Kamera Untuk Video dan Gambar

Antara kelebihan yang Dya paling suka adalah, kameranya. Hasil dari rakaman video (part ni Dya paling suka) memang cantik. 

Warnanya menyerlah dan suara yang terakam agak jelas. Tapi kalau rakam kat outdoor memang terakam la semua hingar bingar yang ada tu.


Neffos X1 ni boleh rekod video sehingga 1080p. Memadai dah untuk Dya guna rekod video tiap kali gi event. Haha!

Selain tu kalau ambil gambar, kualitinya kira not bad. Warnanya jugak naik. Tak pucat. Boleh la buat ambil gambar kalau Dya terlupa bawak camera Canon M10 Dya tu. 

Kalau tak silap Dya, kamera ni boleh amik gambar sehingga 13 megapixel untuk kamera belakang dan 8 Megapixel untuk kamera selfie (kamera hadapan).

Skrin dan Paparannya

Oh ye! Dya perasan yang paparan skrin Neffos X1 ni boleh tahan terang. Warnanya naik macam guna skrin Super Amoled. 

Tapi Dya dah cek kat GSMArena, Neffos X1 ni guna skrin TFT LCD macam kebanyakan phone lain jugak. Tak tau camna skrinnya terang dan warnanya menyerlah camtu. Bab yang ni misteri sikit. Haha.

Neffos X1 Smartphone Alternatif Untuk Saya Buat Kerja Harian

Ketahanan Bateri

Selain tu ketahanan baterinya. Dya dah cuba seharian guna Neffos X1 ni. Antara aktiviti yang Dya buat seharian dengan phone ni contohnya merekod video, ambil gambar, guna untuk facebook, Instagram dan Whatsapp. 

Seriously sampai ke malam bateri masih ada lagi. Kira boleh tahan 2 hari la jugak sebelum Dya perlu caj balik. 

Tapi Dya tak main game kat phone ni, kalau Dya main game mungkin satu hari je kot pastu nak kena caj balik.

Pro dan Kontra

So far Dya suka la phone Neffos X1 ni untuk kegunaan harian. Dengan rekabentuknya pun kemas dan low profile. 

Paparan skrin yang jelas dengan perlindungan Gorila Glass 3, cantik tu. Lepas tu baterinya tahan walaupun kapasitinya tak sampai 3000maH.

Cuma yang bab slot kad tu, memang Dya rasa ralat sikit lah, sebab cuma boleh slot in 2 kad dalam satu masa. 

Maksudnya kalau Dya nak masukkan 2 sim, Dya tak boleh lah nak masukkan memori kad. Hybrid slot card namanya.

Apapun, Neffos X1 ni memang menarik digunakan. Dengan harga bawah RM800 mungkin Neffos X1 ni boleh masuk senarai pilihan korang jugak.
Neffos X1 Smartphone Alternatif Untuk Saya Buat Kerja Harian Neffos X1 Smartphone Alternatif Untuk Saya Buat Kerja Harian Reviewed by dhiavivadea on 8:19:00 PM Rating: 5

Sponsored ads