Header AD

Lepas Puluhan Tahun Aku Terpaksa Akur Pakai Cermin Mata

Sebenarnya dari usia darjah 6 kot, Dya dah kena pakai cermin mata. Adalah beli cermin mata tapi pakainya jarang. At last, Dya tak pakai langsung. Sebab Dya rasa tak best & menyemak.


Mungkin waktu mula pakai rasa best sebab macam aksesori tambahan. Biasala budak-budak kan. Haha!

Kenapa Aku Taknak Terus Pakai Cermin Mata?


Dah lama-lama, muak nak pakai. Lagi satu, Dya risau kalau berterusan pakai cermin mata, mata makin sepet (tak cantikla nanti!). Dan Dya risau power makin bertambah.

So, tak pakai cermin mata sampailah dah umur 29 tahun. Tapi bila dah besar ni, Dya perasan ada kelemahan pada pemandangan Dya. Dan jadi masalah bila tengah bawak kereta & nak tengok signboard jalan.


Dya hanya dapat baca bila dah berdekatan dengan signboard. Dah lama Dya perasan tapi buat dek lagi.

Dan bila nak buat kerja blog pulak, ikutkan imac ni dah saiz paling besar. Tapi, Dya masih lagi besarkan paparan tulisan setiap kali nak buat artikel kat blog. Sebab rasa tak berapa nampak. Nampakla jugak, tapi macam tak selesa.

Itu ok lagi, takda masalah. Dya pun masih buat dek je.

Tiba kelmarin masa pergi bank, paling worst, Dya tak nampak no giliran kat kaunter bank. What??! Serius blur weii. Aduh.

Lepas Puluhan Tahun Aku Terpaksa Akur Pakai Cermin Mata


Esoknya dah alang-alang berjalan kat IOI City Mall, Dya terus usyar kedai cermin mata. Kedai paling murah kat bawah sekali. Area parking tu.



Harga Cemin Mata Blue Ray?


Dya belek-belek cermin mata, pilih bingkai pastu pilih lens. Harga?:

RM75 (frame) + RM160 (lens blue ray) with power = RM235

Dya ni tak tau market cermin mata murah cemana gaya. Tapi dalam banyak-banyak kedai kat IOI ni, kat sini je paling murah. So rembat je lah.

Pilih jenis lens blue ray sebab nak protect mata masa tengok komputer. Sebab bila buat kerja blogging ni, kita memang akan sentiasa tengok gadget & komputer.



Siap je cermin mata, Dya pakai dan pandangan pada tulisan jelas gila! Tetiba rasa happy sebab pandangan dah clear & sharp.

Rasa Sedih Sikit Sebab Kena Pakai Cermin Mata


Tapi dalam masa yang sama sedih sebab rasa macam nikmat mata ditarik sikit.

Dya jenis kagum dengan kehebatan mata manusia. Lens paling hebat di dunia & takda kamera yang boleh tandingi lens mata.

Tu yang sedih sikit kot? Mmm. Takpelah, lepasni minum air carrot biar mata makin pulih.





Lepas Puluhan Tahun Aku Terpaksa Akur Pakai Cermin Mata Lepas Puluhan Tahun Aku Terpaksa Akur Pakai Cermin Mata Reviewed by Dhia Vivadea on 8:54:00 AM Rating: 5

Sponsored ads