Header AD

Kenal Potensi Diri Dengan Test Warna Aura Hijrah Diri Di Shah Alam

Semua benda di sekeliling tak kiralah batu ke, badan ke, kereta ke, masing-masing ada warna aura tersendiri.

Dya belajar tentang ilmu aura & energi masa tahun 2014 dengan seorang grandmaster energi.

Masa tu lah, Dya faham segalanya tentang kehidupan. Tapi, kadang ada jugakla lupa diri. Haha! Sebab biasalah manusia ni berbolak balik hatinya. Kadang sedar diri, kadang tak sedar diri. Lol.

kredit gambar otomentaro
Sepanjang belajar, Dya tak pernah cek warna aura guna mesin lagi. Cuma grandmaster akan detect warna aura hanya menggunakan mata ketiga beliau.

Sistur tak tipu. Benda aura ni kita tak boleh tengok dengan mata kasar melainkan kita dahpun dibuka hijab untuk melihat. Ni bukan sama macam tengok hantu segala tu eh. 

Hantu setan semua di level paling rendah & malas nak cerita kat sini sebab panjang sangat bebel nanti. Haha!


Kenal Potensi Diri  Dengan Test Warna Aura Hijrah Diri Di Shah Alam


Tahun ni,barulah berkesempatan nak cek warna aura kat I Quest Training & Consultancy.  Kat sini Dr Mir Hazil Azran Ramli akan terangkan kat korang lebih lanjut tentang aura & potensi diri.

Disebabkan mata kasar tak dapat lihat warna aura, maka ada satu mesin khas dicipta untuk tengok. 

Warna aura sebenarnya berubah2 ikut keadaan. 

Dan dari warna aura ni kita boleh detect apa yang jadi kat badan fizikal & kehidupan kita juga. Bila kita dah detect, kita boleh perbetulkan dengan pelbagai cara. 

Antaranya solat, berpuasa, menjaga emosi & mata, berfikiran positif , berzikir, dan banyak lagi.

Korang pernah dengar tak, waktu solat tu sendiri bukan sesaja dibuat pada waktu tertentu? Sebab setiap waktu ada warna aura tersendiri. Bila solat, kita sebaiknya ikut waktu sebab untuk menyerap aura bagus pada waktu yang ditetapkan tu.

Dya tak pandai nak explain sangat. Ilham belum turun sangat sekarang ni.

Cuma apa yang Dya nak bagitau, aura itu perlu dijaga. Kalau aura bocor, macam-macam masalah akan datang pada kesihatan fizikal & mental. Malah pada kehidupan sekeliling juga.

Dya sendiri ada buat satu status di FB macam kat bawah ni:



Semua yang berlaku pada hidup kita, baik atau buruk bukan salah orang lain, tapi silap dari diri sendiri. Ada berlaku kebocoran aura pada diri masing-masing.

Sebab tu Dya ada bagitau kat atas, cara untuk jaga aura dengan berzikir, fikir positif, solat,etc. Sebab getaran energi dari semua tu boleh mengubah getaran pada diri masing-masing.

Contohla getaran energi korang tengah marah sekarang ni, bila solat dan mengaji, getaran dari perbuatan tu akan mengubah getaran energi kemarahan tu tadi. Akan terlerai dan korang akan rasa lembut hati tak jadi marah.


Jadi Apa Yang Boleh Dikesan Bila Cek Aura Guna Mesin Khas?

Macam Dya punya aura, dipenuhi dengan warna biru. Dya tak berapa pandai nak baca sangat potensi diri. Tapi warna biru ni mewakili chakra kerongkong. 

Dalam badan manusia ada 7 point utama (chakra). Dan setiap chakra berlainan peranan. 

Untuk chakra kerongkong, letaknya di kerongkong masing-masing. Korang boleh baca kat gambar bawah:



Gambar di atas adalah kesimpulan tentang potensi diri melalui warna aura.

Dya tak berapa mahir untuk baca apa yang tengah berlaku pada aura diri sendiri. Siap tanya grandmaster Umar apa maksud bacaan kat atas:


Itu penjelasan dari segi kehidupan dan emosi lah. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang potensi diri sendiri, korang boleh jugak tanya kat Dr Mir Hazil Azran Ramli. 

Sebab beliau juga hebat dalam bidang aura scanning ni. Dan khusus dalam menjelaskan apa potensi2 hebat dan tersembunyi dalam diri yang ramai tak tahu. Hehe.

Macamana & Kat Mana Nak Scan Aura Sendiri?


Untuk maklumat lanjut tentang scan potensi diri melalui aura scanning, korang boleh hubungi link di  bawah:


Alamat: Pusat Hijrah Diri, 24C, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, K 9/K Seksyen 9, 40100 Shah Alam

Waktu temujanji: 

10am- 1 pm
2.30pm-6pm
8pm-10pm

Harga Pakej :

  1. Aura Scanning - RM150 untuk 30minit (5 minit scan, 25minit penerangan)
  2. Aura scanning + konsultansi - RM350 untuk 2 jam (1 keping gambar aura, Ringkasan report aura diri, Konsultansi penuh, 
  3. Terapi - RM150 untuk 30 minit, Pakej RM500 untuk 4 x sesi terapi
Kenal Potensi Diri Dengan Test Warna Aura Hijrah Diri Di Shah Alam  Kenal Potensi Diri  Dengan Test Warna Aura Hijrah Diri Di Shah Alam Reviewed by dhiavivadea on 5:28:00 PM Rating: 5

Sponsored ads