DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600

Dah lama sebenarnya Dya mencari meja mekap jenis berkaca/transparent kat atasnya. Adala jumpa, kat IKEA. Tapi harga RM690 woi. Tu pun takda laci macam kat bawah ni.

DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600 1
Gambar hiasan

Tau tak gambar kat atas tu berapa harga satu set meja & lampu? Satu set berharga RM2500+. Dan memang takda jumpa kat Malaysia, jual kat luar negara ajer.

Kalau korang nak sekali meja + cermin berlampu (vanity mirror ) macam kat atas tu, harga dia:

RM490 +RM800 = RM1290
Tapi tu kalau korang nak cermin sebesar meja tu lah. Kalau nak cermin saiz medium & small harga adalah rendah berbanding cermin saiz besar.

Dya jual meja kaca jenis tebal (full kaca atasnya). Korang boleh custom nak kaki atau tanpa kaki meja & cermin vanity tu pulak boleh custom ikut saiz (S, M, L, XL, XXL)


List harga terus PM dhia ya (01116026692). Kalau ada orang lain PM korang,  dhia takkan bertanggungjawab kalau jadi apa2 pada order tu. Sebab urusan kena direct dengan Dhia (trusted seller)  sahaja.

Untuk jimat, Dya guna meja berkaca (table top see thru) ni tanpa kaki meja. Lepastu DIY dengan benda lain. Haha!

Dan kalau korang dah pernah baca artikel Dya Hias Almari Baju Dengan Budget, RM500 Jer,  so korang taulah betapa DIY nya sistur & memang jenis kreatif demi cut cost (jimat) harga barang. Haha!

Jadi, bila dah mengidam sangat cari meja berkaca ni, Dya gigih buat. Itupun tanpa kaki meja. Sebab Boleh jimat banyak jugak. Jap lagi Dya ajar korang cara untuk jimat kos beli perabot mahal.

DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600

Harga meja berkaca siap kaki sebenarnya RM550 sebijik. Tapi, kalau korang nak lagi jimat, order meja tanpa kaki, sebab harga akan jadi RM490 sahaja. Beza harga RM60. Masih lagi bawah budget RM600 kan? 
Kalau kat tempat lain Dya rasa harga mesti RM690 ke atas. Fuhh.

Jual Meja & Cermin Vanity Ke?

Ye wak, sekarang sistur jual cermin berlampu (vanity mirror) & meja berkaca ni.
Meja kaca korang boleh custom:
  • Warna
  • Tanpa kaki meja
  • Dengan Kaki meja
Cermin vanity korang boleh custom saiz:
  • S
  • M
  • L
  • XL
  • XXL
Cermin vanity boleh request jenis mentol:
  • mentol LED warm light
  • mentol crystal clear


Cara Pasang Meja Berkaca Tanpa Kaki?


Ada beberapa cara sebenarnya:
1. Tampal/drill ke dinding

Kalau beli meja tanpa kaki, korang tinggal tampal kat dinding dengan besi macam gambar kat bawah ni:

DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600 2
Beli besi jenis camni sebab kukuh

Beli kat DIY je, sebiji baru RM9.90. Beli 2 biji dah mencukupi. Kemudian, drill ke dinding & letak meja makeup berkaca kat atasnya.


Total kos = RM490 + RM19.80 = RM509.80

Bila dah tertampal cantik kat dinding, nanti meja korang jadi cam ni lah:
DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600 3
Meja berkaca ni Kemas & jimat ruang

Dan kelebihan lain,  korang boleh adjust nak meja tu berapa tinggi. Kadang ada orang ada anak kecik kat rumah, so meja kena pastikan tinggi supaya tak mudah diorang capai.
DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600 4
Senang nak sapu lantai bila lekatkan meja berkaca ni kat dinding

BERITA BEST!  Bracket tu kita bagi FREE je kat korang!

So, tak payahla korang tambah duit beli bracket sendiri dah. Hehe.

2. Letak meja lain kat bawah meja berkaca


Kalau rasa sayang nak tebuk dinding rumah, contohla kat rumah korang dah ada meja terpakai kat rumah, jadi daripada membazir tak pakai, ada baiknya korang guna sebagai kaki untuk meja mekap berkaca ni. Be creative.

3. Beli batang meja kat IKEA

Kalau rasa nak cantik sikit rupa meja korang, beli je batang meja kat IKEA. IKEA kan semua bahagian perabot kita boleh DIY. Tu yang bestnya. Sebatang kaki ikea jenama ADILS harga baru RM10.

DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600 5
Sebatang RM10 jer

Korang beli 4 dah cukup. Nanti meja berkaca korang akan jadi cam gambar kat bawah ni:

DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600 6
Rupa meja lepas isi dengan barang2 mekap bersepah sebelum ni
DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600 7
Berus & compartment acrylic tu beli kat Ezbuy

DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600 8
Beli skru lain kat DIY

Guna Kaki IKEA Kena Tukar Skru

Tapi, ada skru lain yang korang kena tambah. Skru batang meja ADILS dari IKEA ni agak panjang. Jadi bila korang nak skru ke meja berkaca tu, skru tembus ke dalam pulak.

Pergi kedai D.I.Y dan cari skru saiz separuh dari skru batang meja IKEA (adils) ni. Harga RM1.80 je sepaket kat D.I.Y.


Total kos = RM490 + RM40 (ADILS) + RM1.80 (skru) = RM531.80

Jadi Mana Satu Yang Best Ni?

Terpulang kat korang nak pilih cara yang mana. Ada orang suka nampak kemas, ada orang suka jimat ruang & senang sapu lantai, ada orang jenis betul-betul berjimat dengan guna barang sedia ada kat rumah.

Macam Dya sendiri, Dya pilih pakai batang meja IKEA tu. Korang kena gi beli sendirilah batang meja IKEA.

Kalau nak beli meja berkaca ni pulak (Table top see thru), beli kat Dya je. Sama je kat mana-mana pun. Tapi order direct melalui Dhia.. Orang lain,  Dhia tak tahu diorang trusted seller atau tak. Dhia taknak tanggung apa2 risiko kalau korang order kat orang lain ya.

Boleh Bagi Contoh Design?

Ok, sistur jual vanity mirror custom macam gambar kat bawah ni (ada banyak lagi, korang whatsapp je lah terus kat 01116026692 okayh? Takpun DM kat FB dhiavivadea:
DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600 9
Cermin vanity boleh custom saiz yang korang nak

DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600 10
Cermin jenis frameless, mentol LED warm light
DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600 11
Cermin vanity, mentol LED warm light 

DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600 12
Cermin jenis frameless, mentol LED warm light

DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600 13
Meja ada kaki (tapi kaki jenis camni korang kena beli sendiri kat IKEA) 
DIY Meja Makeup Berkaca & Vanity Mirror Murah, Budget Bawah RM600 14
Meja tanpa kaki ( Dya bagi FREE bracket sekali untuk drill terus ke dinding)


Nak Letak Apa Kat Meja Mekap Berkaca ni?

Ikut korangla nak letak apa pun. Macam Dya, Dya suka letak barang mekap kat meja berkaca ni sebab senang nak tengok lipstik apa nak pakai, kat mana eyeshadow, berus, etc. Sebab boleh nampak direct terus ke dalam. Tu yang best. 
Sebab sebelum ni Dya letak barang mekap kat dalam box putih je. Tu pun beli kat Tesco masa SALE.  Harga RM10. Time tu lah.
Sudahnya, masa nak guna barang susah nak mencari, kena korek barang dalam box sebab banyak sangat disumbat dalam tu. Haha!

Meja Mekap Berkaca Diperbuat Daripada Apa?

Meja mekap berkaca ni material dia tak sama macam IKEA tau. Macam kat IKEA, material jenis ringan. Dya pun tak berapa pandai nak explain. Tapi, meja mekap berkaca yang Dya order ni serius berat weh.
Sebab meja berkaca ni guna material premium & high kualiti, iaitu papan block tebal. Sebab tu berat agaknya. Hehe.
Jadi, cam kalau korang beli nanti & jenis nak tampal kat dinding, cari besi penampung bawah meja berkaca yang kukuh. Sebab meja ni berat. Jangan salah pilih.

Kat Mana Nak Beli Meja Makeup Kaca Berlampu (vanity mirror & table) Yang Murah?

Korang boleh terus whatsapp nombor  Dya +601116026692 untuk tempah. Senang. Whatsapp je. 

Cara Penghantaran Meja Kaca Berlampu Murah Malaysia?

Ok, disebabkan meja ni jenis berkaca, jadi produk ni hanya boleh COD saja. Jadi antara tempat yang boleh COD, Seremban & Senawang. Kalau nak COD kat tempat korang selain dari Senawang & Seremban pun boleh je. Tapi kena tambah kos penghantaran lah. 
Macamana kalau yang tinggal kat Sabah Sarawak. Sebenarnya produk boleh jugak di pos ke luar dari Semenanjung. Tapi, kos pos memang mahal gila sebab berat weh meja makeup berkaca ni.
Tapi kalau korang yang duk semenanjung ni, ada baiknya COD saja. Sebab macam yang Dya cakap, Dya jenis nak cut cost. Jadi, lebih baik COD sebab kos tak semahal pos. Haha. Kita kena bijak jimat kos sekarang ni.
Tujuan sebenar Dya gila meja makeup berkaca ni sebab cantik dan murah. Haha! Demi meja mekap yang cantik & elegan tapi jimat, sistur sanggup DIY! 
Jadi harapnya impian korang tercapai lah lepasni. Sistur hanya berkongsi rasa excited kemainn lepas buat meja makeup berkaca high kualiti macamni. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *