Header AD

Cara Terbaik Urus Kewangan Atasi Kos Sara Hidup Tinggi

Dah berminggu duk lalu lalang status dari beberapa kawan di FB, yang komplen tentang harga minyak yang makin meningkat. 

Dan setahu Dya bukanlah harga minyak yang dirisaukan sebenarnya. Tapi kadar peningkatan harga barang di pasaran. 

Boleh je kalau nak berjimat
Sebab bila harga minyak naik, kebanyakan peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan juga harga barangan dengan alasan minyak naik.

Selalu dengar kan? Bila pergi kedai beli barang, tanya "kenapa makin mahal?", si peniaga akan jawab "susah, kos minyak makin naik, orang tak ramai, blablabla".

Tapi, bila turn minyak turun, peniaga takkan turunkan harga barang mereka. Hehe.

Ok, sebenarnya  Dya nak ulas tentang cara penyelesaian. Bukan sibuk duk fikir masalah kos makin meningkat. 

Kita kena fikir macamana kita nak kawal kewangan dengan bijak dalam situasi kos sara hidup yang makin meningkat.

Ada banyak cara sebenarnya.

Cara Terbaik Urus Kewangan Atasi Kos Sara Hidup Yang Kian Meningkat


1. Guna pengangkutan awam

Macam Dya sendiri, untuk jimat, Dya takkan guna kenderaan untuk ke hulu kehilir. Tapi Dya buat keputusan untuk guna pengangkutan awam seperti MRT, LRT, KTM, UBER.

Sebab untuk urusan yang banyak nak kena keluar ke sana sini, Dya da siap-siap buat kira-kira mana satu yang lebih menguntungkan. Bila naik pengangkutan awam, jimat sikitla sebab:

  • Kos minyak berkurangan
  • Bebas dari tekanan setiap kali jalan jammed
  • Dapat rehatkan badan (siap tidur)
Tu untuk dari segi pengangkutanlah. Benda yang setiap hari kita akan hadap untuk buat kerja hakiki. Korang boleh dah mula buat kira-kira.

Pilih mana yang menguntungkan.

Macamana pulak untuk keperluan asas seperti makanan, rumah, bil pelbagai, pakaian, dsb?


2. Buat perbezaan harga barangan yang dijual

Untuk part ni biasalah kaum perempuan memang jenis teliti sikit. Beli barang akan dibelek harga. Lepastu buat perbandingan dengan kedai lain.

Sistur suka shopping kat NSK sebab barang murah. Haha
Tak kira lah samada pakaian, makanan, pakej percutian, etc.

Kita kena bijak memilih. Dan kadang ada satu masalah yang kita boleh kesan di sesetengah kedai. Iaitu barang dijual dengan harga yang melampau.

Untuk kes ni, kat sinilah letaknya peranan KPDNKK

KPDNKK berperanan untuk memastikan harga barangan di pasaran berada di bawah kawalan. 

Usaha yang memang diwujudkan untuk membela hak pengguna dalam masa yang sama meningkatkan lagi perkembangan urusan jual beli dalam negeri sendiri.

Niat asal beli minyak je, sampai sini terbeli banyak benda pulak. Duh
Jadi, kalau korang rasa ada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga melampau, terus report melalui Friends of KPDNKK. Nanti Dya terangkan macamana.

3. Kawal penggunaan barangan elektrik di rumah

Topik ni khas untuk sentuh bab bil api, bil air kat rumah tu. Setiap hari memang kita akan guna elektrik 24 jam.

Sudahnya, hujung bulan bil sampai terkejut sebab melambung tinggi. 

Jadi, jangan banyak komplen tapi cari cara atasi. Kita boleh jimat elektrik dengan kawal penggunaan barangan elektrik. Ye, saya tau ramai yang tau. Tapi, ramai jugak yang malas nak buat tips ni. Hehe.

  • Pastikan plag dicabut kalau tak guna barang elektrik kat rumah tu. 
  • Kurangkan penggunaan air-cond di rumah.
  • Tutup semua lampu bila tiba waktu untuk tidur
Ada banyak lagi cara korang boleh buat untuk berjimat & optimumkan cara penggunaan duit setiap bulan. Tinggal pada diri sendiri, rajin atau tidak? Hehe.

Ada Apa Dengan Friends if KPDNKK?


Owh kat atas tadi, Dya ada cakap pasal Friends of KPDNKK kan?



Sebenarnya FOK, nama singkatan Friends of KPDNKK ni tujuan untuk memudahkan lagi urusan pantauan kawalan harga.

Yelah, sebab kadang tu terlampau ramai peniaga kat luar sana untuk dipantau. Jadi, FOK ni diwujudkan supaya kita sendiri report kat FOK setiap kali nampak berlaku kenaikan harga melampau.

Kira macam SPY ke macamana ni? Hehe.

Jadi, kerja akan jadi lebih mudah dan senang dikawal. Lagi-lagi bila kita sama-sama bekerjasama untuk memantau harga barang di pasaran.

Kita hanya perlu report je, setiap kali beli barang kat mana-mana tempat. Nampak je cam harga tak munasabah. REPORT FOK.

Senang kan?


Cara Nak Report Kat Friends Of KPDNKK?


Daftar jadi ahli FOK kat link bawah nanti. Selain kita dapat bantu memantau harga barang di pasaran, korang akan dapat banyak manfaat lain sebenarnya:


  • Boleh join kursus training of trainers (untuk ajar ahli2 lain tentang KPDNKK)
  • Akan dapat kad khas FOK yang mana kita boleh dapat diskaun 20% kat mana-mana kedai yang ada kolaborasi dengan KPDNKK (Bayaran untuk kad ni RM2)
  • Dapat join seminar/bengkel anjuran KPDNKK
  • Dan ada anugerah peringkat negeri/kebangsaan untuk ahli yang banyak membantu KPDNKK
Daftar Sini Friends of KPDNKK 

Jadi, lepasni harapnya takdalah lagi komplen yang keluar dari mulut masyarakat. Sebab banyak kemudahan yang dah disediakan kerajaan, tinggal pada kita untuk memilih.

Pilih dengan bijak.

Cara Terbaik Urus Kewangan Atasi Kos Sara Hidup Tinggi Cara Terbaik Urus Kewangan Atasi Kos Sara Hidup Tinggi Reviewed by Dhia Vivadea on 1:09:00 PM Rating: 5

Sponsored ads