Header AD

Akhirnya MAC Cosmetics Boleh Dah Beli Kat Lazada!


Akhirnya MAC Cosmetics Boleh Dah Beli Kat Lazada


Lepas sekian kalinya akhirnya MAC Cosmetics akan dijual kat Lazada! Sistur excited sebab selama ni memang shopping kat Lazada. 

Kalau korang perasan, Dya memang selalu buat review produk daripada MAC. 


Akhirnya MAC Cosmetics Boleh Dah Beli Kat Lazada!

Dan masa baru first time beli kosmetik kat Lazada, Dya ingat MAC Cosmetics betul-betul dijual kat Lazada. Sekali dapat produk rupanya seller jual barang FAKE!

Masa tu Dya bengang gila babeng punya. Tertipu sebab masa beli tu memang Dya tengok nama seller. Tapi seller kat situ tulis M.A.C bukan dari nama kedai dia yang sebenar. 

Sekali dapat barang, HAH! Ambikk.. Tengok kat invois ada nama kedai lain. Bukan nama MAC Cosmetics. Manala Dya tak mengamuk masa tu.

Wei, korang seller ni please jangan jual produk FAKE. 
Sebab barang FAKE ni kita tak tau ingredient dia apa. Mungkin boleh memudaratkan bibir & kulit. Sebab tu bila nak beli kosmetik Dya memang jenis memilih sikit.

Lagi-lagi ada lambakan produk tempatan keluar macam pisang goreng sekarang ni.

Ada sesetengah produk tempatan memang betul-betul berkualiti. Tapi, ada sesetengah jugak jual produk main semberono je. Asal dapat jual & jadi pemilik bisnes kosmetik.

Dya banyak jugak jumpa produk keluaran tempatan yang kualiti TIP TOP. Antaranya EVE Foundation (serius best foundation dia). 

Produk lain buat masa ni belum cuba lagi sebab Dya ni cerewet. Sebelum beli akan cium bau produk dulu. Lepastu tengok ingredient (kalau ada) kemudian test kat tangan sebelum beli.

Selain jenama MAC, Mary Kay jugak antara brand yang best. Dya jatuh hati dengan lipstik semi gel matte ke apa tah nama dia. Nanti Dya akan buat review jugak.

Produk lain yang Dya akan cuba nanti, produk FENTY by Rihanna. Peh, best gila sebab foundation FENTY ada sampai 40 shades! Sistur tak sabar nak cuba & vlogging mekap.

Sekarang ni fokus nak vlogging bahagian beauty yang dah lamaaa Dya tinggalkan sebab komitmen lain. Haha!

Belajar mekap mahal-mahal lepastu stop praktis mekap. Sokay, nanti kat vlog adala muka iols ni. Hehe.


Akhirnya MAC Cosmetics Boleh Dah Beli Kat Lazada! Akhirnya MAC Cosmetics Boleh Dah Beli Kat Lazada! Reviewed by dhiavivadea on 6:04:00 PM Rating: 5

Sponsored ads