Header AD

Berbaloi Ke Beli Extension Cable Microphone Untuk Canon EOS M10

Kamera Canon EOS M10 ni sebenarnya dapat hadiah cabutan bertuah masa majlis makan malam dengan Hexa Corporation tahun ni. Macihh, lynk.my! Hehe.


Kamera EOS M10 ni antara yang Dya tengah usyar dekat youtube. Berdasarkan review youtubers ThinkMedia, kamera apa yang sesuai untuk vlogging & tak berat seperti DSLR?

Selain Canon EOS M10, Thinkmedia suggest kamera G7X untuk vlogging sebab tak berat macam DSLR.

Sejak dari tu memang Dya tengok video review dari youtubers lain pasal kamera yang kecik & mudah dibawa untuk buat vlogging ni.

Untung masa dinner malam tu, dapat hadiah cabutan bertuah. Tapi bukan Dya lah. But my husband. Haha! Well, barang dia barang Dya jugak. 

So, jimat lah budget nak beli kamera kecik untuk vlogging lepastu. Hehe. Bijak kan? Plan asalnya Dya hampir nak beli kamera G7X sebenarnya. Hehe.

Guna Kamera Untuk Vlogging


Lepas beberapa kali guna Canon EOS M10 ni untuk vlogging, Dya perasan ada sesuatu yang kurang pada kamera ni.

Korang boleh baca kat Kekurangan Kamera Canon EOS M10

Dah baca artikel atas tu baru sambung baca cerita kat sini ok?


Disebabkan ada kekurangan, bukan bermakna Dya nak tukar beli kamera lain. (Walaupun sebenarnya dah target Canon 70D) haha!

Benda boleh buat. Kita adjust dia lah. 

Jadi, gigihla Dya buat research kat Lazada tentang microphone murah tapi sound best untuk kamera & phone. Cam biasa rujuk balik la kat think media.

Dan dia suggest banyak mikrofon sebenarnya. Well, janganla beli yang mahal dulu.

Kita beli yang murah je, tapi kualiti terbaik. Jadi, Dya decide nak beli Mikrofon jenis klip kat baju, jenama Boya.

Kelebihan Lain Mikrofon BOYA Lavalier By-M1?

Mic ni bagus untuk rekod video LIVE Facebook jugak. Suara clear gila!

Kat Mana Nak Beli Mikrofon Lavalier BOYA By-M1 untuk Canon EOS M10?


Kalau korang gi bukak kat Lazada ada banyak seller jual produk Boya ni. Tapi, yang mana satu seller yang ok?



Disebabkan Dya dah beli & puas hati dengan kualiti produk, korang beli je kat seller yang Dya dah order ni:

Beli mikrofon best kat link ni Mikrofon Lavalier BOYA By-M1


So, takdala susah lepasni. Kualiti memang dijamin bagus sebab Dya dah test. Barang pun sampai cepat je.

Cumanya, kalau korang baca kat artikel Antara Kekurangan Canon EOS M10 kat link artikel atas tadi, korang akan tau kondisi kamera ni.

Built in Mic kamera ni tak sesuai untuk vlogging di luar. Lepastu, nak pasang mic lain pada kamera takda lubang nak cucuk untuk mikrofon pulak.

Sebab tu, Dya beli Mikrofon BOYA By-M1 ni.

Jadi macamana nak pasang extra mikrofon BOYA pada Kamera EOS M10?

Korang kena beli cable hdmi yang boleh sambung dengan microphone BOYA ni. Rujuk gambar bawah:

Extension cable HDMI untuk Lavalier Microphone

Beli kabel HDMI untuk sambung mikrofon BOYA kat Extension HDMI Cable for BOYA


Sambungkan wayar HDMI ke kamera. Kemudian baru sambungkan dengan wayar Mikrofon BOYA By-M1. Rujuk gambar bawah:

Ruang lubang untuk cucuk HDMI Cable
Setel!


Cara Nak Rekod Suara Guna Mikrofon BOYA By-M1?

Kalau korang perhati kat mikrofon boya ni ada dua button. Satu untuk kamera, satu lagi untuk smartphone. 

Set Mikorof jenis klip, jenama BOYA by-M1


Tapi, untuk rekod suara kat kamera Canon EOS M10, guna je button untuk smartphone. Sebab button untuk kamera cam takda effect macam button pada Smartphone.

Dan mikrofon ni guna bateri kecik kat dalam tu. Kalau habis bateri cari je extra bateri kat kedai jam. Hehe.

Berbaloi Ke Beli Extension Cable Microphone Untuk Canon EOS M10


Bagi orang yang baru nak berjinak dunia vlogging, Dya rasa berbaloi beli kabel tambahan HDMI + mikrofon lavalier BOYA By-M1 sebab jimat, suara pun jelas & kurang bunyi luar.

Baca Juga Kelebihan Kamera Vlogging Canon EOS M10

Tapi, nanti Dya akan buat artikel untuk kurangkan bunyi angin pada kamera Canon EOS M10 ni.

Berbaloi Ke Beli Extension Cable Microphone Untuk Canon EOS M10 Berbaloi Ke Beli Extension Cable Microphone Untuk Canon EOS M10 Reviewed by dhiavivadea on 11:41:00 AM Rating: 5

Sponsored ads