Header AD

Peserta Ageless International Beauty Pageant (AIBP) 2017 Nampak Muda Tak Dimamah Usia


Ikutkan ni adalah kali kedua saya pergi majlis Beauty Pageant. Tapi yang dulu saya pergi lain sikit konsepnya. Peserta di kalangan usia 25 ke bawah kalau tak silap. Dan dilancarkan di Palace of The Golden Horses.

Kredit gambar Global creative media agency
Gambar di atas merupakan antara 6 pemenang International Beauty Pageant 2016.

Kalini majlis Beauty Pageant peringkat antarabangsa 2017 dilancarkan di Selangor Turf Club dan para peserta merupakan wanita 30an ke atas.

Peserta Ageless International Beauty Pageant (AIBP) 2017 Nampak Muda Tak Dimamah Usia


Agak terkejut bila melihat kecantikan para peserta sebab semuanya nampak muda tak dimamah usia!

Salah seorang peserta, saya sangkakan pasti berusia 25 keatas. Tapi sangkaan saya salah sebab peserta tersebut dah pun berusia 42 tahun. Woww.


Beauty Pageant peringkat antarabangsa ni memilih peserta bukan berdasarkan paras rupa. Tapi merangkumi semua aspek terutamanya kebijakan para peserta. 

Jadi, siapa yang rasa dah berusia lebih dari 30-an tu, korang ada can lagi nak jadi ratu cantik. Hehe.


Untuk pertandingan Beauty Pageant 2017, peserta akan menerima hadiah:

Pemenang pertama = RM30,000
Pemenang kedua = RM26,000
Pemenang Ketiga = RM23,000
Pemenang Keempat = RM21,500
Pemenang Kelima = RM21,000

Pemenang "Classic Ageless International"= RM25,000

Uisy hadiah boleh tahan best jugak & 6 orang berpeluang untuk memenangi pertandingan ni.

Kredit gambar Global creative media agency

Tujuan pertandingan ni diadakan bukan sekadar untuk menampilkan kecantikan luaran. Tapi, aspek wanita moden dalam kekeluargaan, tanggungjawab, kerjaya dan sumbangan pada masyarakat sangat penting dan dipandang tinggi di dalam pertandingan Beauty Pageant 2017.

Majlis tandatangan perjanjian MOU antara Qui Production Group & De Beauty
Apa yang Dya perhatikan, para peserta mempunyai kulit wajah dan badan yang sangat cantik seperti usia masih lagi muda. Bukan senang nak 'maintain' awet muda macam diorang.

Tapi, bila dah macam ni, pertandingan ni bagi Dya semangat untuk lebih menjaga kesihatan luar dan dalaman. Barulah nampak muda. 

Ni tak, ke mana-mana je orang akan panggil Dya dengan gelaran "Akak". Hisy, muka nampak tua sangat ke weh? Haha!



Majlis kemuncak Beauty Pageant akan diadakan pada 21 Disember 2017 di Sunway Resort Hotel , jam 5 petang. Jadi, kalau korang berminat untuk tengok depan-depan wajah peserta yang nampak muda belaka ni, tempah tiket penyertaan di:

H/P 012-350 5577
Peserta Ageless International Beauty Pageant (AIBP) 2017 Nampak Muda Tak Dimamah Usia Peserta Ageless International Beauty Pageant (AIBP) 2017 Nampak Muda Tak Dimamah Usia Reviewed by dhiavivadea on 4:44:00 PM Rating: 5

Sponsored ads