Header AD

Larian Marathon IJM Land 2017 Meriah Gila, Hadiah Pun Mewah

Tahun lepas Dya tak join pun larian Marathon yang dibuat kat Seremban 2 ni hah. Tahun ni pun tak berkesempatan nak join.

Larian Marathon IJM Land 2017 Meriah Gila, Hadiah Pun Mewah

Larian Marathon IJM Land 2017 Meriah Gila, Hadiah Pun Mewah


Hadiah tiap tahun best gila. Terutamanya hadiah cabutan bertuah. Memang tiap tahun wajib ada TV 50 inci & IPhone Keluaran terbaru. Gilehh, tahun ni dapat IPhone 7 Plus weh!

Rezeki abam ni dapat iphone 7 plus weh! 
Kalau tak silap tahun ni tahun ke-6 larian marathon dianjurkan pihak IJM Land.  Tahun depan serius weh, sistur nak join marathon. Sebab hadiah dia best sangat lah. Hemm.

Tahun 2016 rekod penyertaan seramai 6,000 orang. Tahun ni meningkat seramai 7,500 orang. Fuhh. Memasing nak hadiah iphone ke tu? Haha.

Sistur mengharapkan keajaiban tahun depan tag sistur ada dalam tu. ahaha
Peserta yang join pun bukan dari kalangan warga Seremban je. Ada yang datang dari Jepun, Korea, New Zealand, United Kingdom & Filipin.

Tagline tahun ni "Run Together, Bond Stronger" lebih kurang sama dengan tagline tahun-tahun sebelum. Tujuan utama IJM Land anjurkan acara macamni untuk merapatkan silaturrahim sesama rakyat.

Piala Larian marathon 2017 oleh IJM Land
Acara larian marathon ni, Dya perhatikan ramai kaum cina yang join. Kaum melayu & India tak seramai mereka. Haisy mana yang lain ni? Rugi lah weh. Sebab larian marathon ni bagus untuk kardiovaskular dan stamina badan.

Sedangkan atok umur 83 tahun pun boleh lari 10km, takkan kita yang muda ni tak boleh kan? Huish, rasa tercabar weh!

Tengok otot atok tu memang tau atok ni jenis beruskan. Otot kaki pun lain. Umur 83 tu weh. Bayangkan betapa kuatnya stamina atok ni.

Atok umur 83 tahun jadi selebriti terus masa ni. Hehe
Acara larian marathon IJM Land ni dibuat dengan 3 kategori:

  • 21km untuk 18 tahun ke atas
  • 10km untuk 18 tahun ke atas
  • 10km untuk 12 tahun ke atas
Lelaki dan wanita terpantas akan dapat piala khas macam biasalah. Tapi, yang penting hadiah cabutan bertuah tu sangat mewah. Hehe. Peserta yang join acara larian marathon ni bukannya balik dengan tangan kosong pun.

Peserta akan dapat "goodie bag" yang mengandungi hadiah sponsor daripada platinum, yakult, medal, sijil penyertaan.

Muka happy habiskan larian 10km 
Dan untuk makluman tiap tahun jugak, korang boleh makan burger FREE! Peserta akan dibekalkan dengan makanan daripada McDonald. 

Pengunjung pula boleh nikmati makanan percuma yang lain seperti cotton candy, air milo, 100 plus, Nestle oat, aiskrim, dll.

Hah! Dah excited nak join tahun depan ke? Korang sentiasalah alert dengan pengumuman dari IJM Land. Boleh terus tengok di:

Website:
www.ijmlandrun.com
Larian Marathon IJM Land 2017 Meriah Gila, Hadiah Pun Mewah Larian Marathon IJM Land 2017 Meriah Gila, Hadiah Pun Mewah Reviewed by dhiavivadea on 11:30:00 PM Rating: 5

Sponsored ads