Header AD

Berbasikal Untuk Kesihatan Badan Anjuran Columbia Asia Fun Ride Seremban 2


Selalunya kat Seremban 2 setiap tahun akan ada acara larian anjuran IJM Land. Kini, tahun ni pihak Hospital Columbia Asia memulakan langkah dengan menganjurkan acara berbasikal di Seremban 2 untuk memberi kesedaran pada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan dengan bersukan.


Berbasikal Untuk Kesihatan Badan Anjuran Columbia Asia Fun Ride Seremban 2


Sukan kalini agak berbeza sedikit sebab menggunakan basikal dalam acara Fun Ride ni. Korang jangan risau kalau takda basikal atau takda kenderaan untuk bawa basikal milik sendiri.

Sebab masa acara Fun Ride diadakan, basikal boleh disewa di sana nanti.

Berapa harga Sewa Basikal?

  • Untuk dewasa (RM50 termasuk helmet)
  • Untuk kanak-kanak (RM40 termasuk helmet)
  • Sewa helmet sahaja (RM3)

Kenapa Penting Untuk Anda Join Aktiviti Berbasikal Ni?

Sebab utama dah tentulah untuk kesihatan. Tapi, tujuan sebenar Fun Ride Seremban 2 ni dianjurkan supaya masyarakat tau tentang risiko penyakit berkaitan kardiovaskular. 

Penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular ni penyebabnya adalah daripada tabiat merokok, tidak menjaga pemakanan dan tidak aktif bersukan. 

Jadi, sebab tu Fun Ride dibuat untuk pertama kalinya kat Seremban 2 supaya masyarakat ambil serius tentang pentingnya menjaga kesihatan kardiovaskular masing-masing.

Acara Ini Juga Untuk Memberi Sumbangan Pada Pesakit


Untuk makluman, wang penyertaan anda akan terus disalurkan ke tabung khas untuk pesakit-pesakit di hospital yang memerlukan. 

Tau tak sebenarnya wujud satu perkhidmatan sukarelawan daripada Hospice khas untuk merawat pesakit yang tidak boleh sembuh lagi? Seperti kanser, kegagalan paru-paru & hati, etc.

Biasanya alternatif terakhir dari mana-mana hospital akan menghantar pesakit merujuk terus ke hospice ni untuk rawatan susulan di rumah.

Para doktor & jururawat menjadi sukarelawan, hadir ke rumah pesakit dan memantau perkembangan kesihatan pesakit.

Dr Anthony Gilbert, 55 tahun, Presiden pertubuhan hospice negeri sembilan berkata dalam satu masa saja seramai 150-200 pesakit yang mereka perlu pantau dalam sebulan. 

Hospice wujud sejak tahun 1998 dan sekarang hospice ada di klang, cheras, petaling jaya, negeri sembilan dan terengganu.

Dr Anthony Gilbert

Masa Dr Gilbert beritahu maklumat ni. Saya terkejut sebab tak pernah tahu perihal wujudnya tempat yang sukarela merawat pesakit selama hayat pesakit masih ada. Dan ianya adalah percuma!

Ubat, konsultansi, kos pengangkutan semuanya ditanggung oleh pihak Hospice.

Jadi, penglibatan anda penting dalam aktiviti sukan berbasikal ini. Sebab kita membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung pesakit dengan menyumbangkan wang penyertaan pada pihak hospice.

Bila Aktiviti Berbasikal Akan Dibuat? Apa Ganjaran Yang Menanti?

  • Waktu acara berlangsung : 1 Oktober 2017 (Ahad)
  • Masa : 7AM- 11AM
  • Lokasi: Dataran sentrio, Seremban 2
  • Peralatan basikal : boleh disewa di sana nanti
  • Jarak perjalanan: 12km
  • Yuran penyertaan: RM20 sahaja (untuk perseorangan) & RM50 (untuk 4 orang dalam satu keluarga)
Antara sponsor yang terlibat adalah, 100 PLUS, KAO, Milo, AIA Vitality, Yakult. Semasa acara berlangsung, korang boleh nikmati minuman dari sponsors yang terlibat.

Ganjaran yang menanti peserta? Rasa sihat tubuh badanlah hadiahnya. Hehe. Korang akan dapat t-shirt, goodie bag dan sijil penyertaan.


Kat Mana Nak Daftar Penyertaan Fun Ride Seremban 2 ?

Terus daftar pada maklumat di bawah:


Website event: cyclingevents.my
Phone: 06-6033988 (Hospital customer care)



Berbasikal Untuk Kesihatan Badan Anjuran Columbia Asia Fun Ride Seremban 2 Berbasikal Untuk Kesihatan Badan Anjuran Columbia Asia Fun Ride Seremban 2 Reviewed by dhiavivadea on 9:37:00 PM Rating: 5

Sponsored ads