Header AD

Apa Nak Buat Bila Rasa Bosan Gila Babeng?

Haih, tak pernah sebenarnya buat blogpost tentang apa yang aku suka buat, apa yang aku tak suka buat. Cumanya harini, saje gatai tangan la weh nak membebel. Kahkah.

Nak bebel yang kadang ada masa kita akan rasa happy, ada masa kita rasa bersemangat, ada masa kita akan rasa bosan & down.

Benda ni normal. Lepastu bergantung pada diri lah camana nak atasi.

Banyak benda yang aku dah tempuh dari dulu hinggalah sekarang. Kadang tu sampai bawak ke mimpi. Haha! Bad dream katanya. Fobia apetah lagi. 

Sebenarnya tu hanya mainan subconcious mind kita. Yang kita dah fikir secara tak sedar mahupun sedar.

Pastu mula lah terbawak sampai kat dalam mimpi.

Dulu sebelum aku belajar ilmu energi & aura, aku hadap benda paling teruk aku rasa dalam hidup aku. Yang buat aku rasa down gila babeng masa tu.

Dan masa tu jugak aku bukanlah orang yang positif. Sentiasa nak meroyan entah apa-apa kalau tengah marah atau sedih.



Tapi, tahun 2014 lepas aku jumpa cikgu yang mengajar ilmu energi, hidup aku berubah 100% weh. Serius, tak tipu!

Aku jadi orang baru, dan makin lama makin bertambah baik. Tapi, kadang tu ada la jugak waktu aku down & bosan. 


So apa aku buat bila dah bosan gila?

Aku tengok movie! Ya kerja aku hari-hari wajib tengok movie online. Haha! Tapi, bila bosan tengok movie barulah aku buat kerja balik.

Haisy takkan tengok movie je kot?

Ok, kalau rajin aku akan window shopping. Sebenarnya aku cuba nak amalkan cara keluar dari rumah, pergi mana-mana shopping complex & lepak kat mana-mana kedai. Jumpa orang baru.

Sebab aku rasa cara ni bantu kembangkan energi & circle aku. 

Bercakap dengan stranger.

Tapi bila ntah nak buat. Haha. Selain tu antara benda aku nak buat :

  • horse riding
  • swimming
  • Gym & dancing
Tapi, serius aku jenis malas nak keluar. Ya auloh kenapa pemalas sangat ni wehh.

Bantuin aku supaya jadi rajin. Haha!

Tapi, benda yang paling best bila aku balik pagoh. Sebab aku rasa tenang, tak sesak..Rumah kat kampung rasa macam udara lebih nyaman berbanding kat Seremban ni.

Keliling penuh pokok hijau. Serius aku rasa aman & happy. Cuma yang tak happykan aku sebab TM taknak pasang unifi kat tempat aku tu! 

Benci gilehh sebab kalau ada je line Unifi memang aku akan angkut imac terus stay Pagoh. Haha.


So plan lepasni?


Plan nak tunaikan semua keinginan aku yang dah disebutkan kat atas tu hah. Semoga kerajinan tu datanglah cepat.
Apa Nak Buat Bila Rasa Bosan Gila Babeng? Apa Nak Buat Bila Rasa Bosan Gila Babeng? Reviewed by dhiavivadea on 11:31:00 PM Rating: 5

Sponsored ads