Header AD

Siapa Dhia Vivadea Dan Apa Yang Dia Buat Sebenarnya

Saya jarang sekali nak cerita hal aktiviti seharian saya di blog. Sebab bagi saya blog tempat untuk menyampaikan info. Cuma, baru-baru ni ada lah sikit kesedaran kat kepala. 

Saya perlu cerita apa saja yang berlaku dalam hidup (yang best je.haha) ni dengan tujuan sebagai inspirasi untuk semua pembaca.


Sebab yelah, kadang tu ada orang perlukan hiburan & cerita santai untuk buat mereka tersenyum & happy. Jadi, yaaa here we go.


Apa Yang Berlaku Masa Masih Bergelar Peniaga Tudung


Tahun 2011-2016

Sebenarnya ramai tak tahu sebelum saya aktif semua dunia blogging ni, saya merupakan pereka & penjual inner neck vshape vivadea sejak 2012 hinggalah 2016. 

Tak ramai tau tentang rekaan inner vshape ni, hinggalah tahun 2015 kot, ada dalam 2 brand yang mula keluarkan design awning tudung jenis vshape macam rekaan saya. Hehe.

Awning vshape vivadea
Tak kisahlah kalau design sama sekalipun. Lagipun untuk hasilkan design vshape ni bukan senang oiii. Perlu kepakaran tinggi untuk hasilkan vshape yang "perfect" untuk muka.

Jadi bila pakai muka bulat akan sentiasa nampak runcing. Ni kelebihan awning tudung vshape.

Saya Mula Aktif Blogging Sebab Best


Tahun 2015- sekarang

Ok, tahun 2015 adalah tahun saya mula fokus sepenuhnya pada blog. Bukan sebab saya frust dengan bisnes. Tapi, saya dapat petunjuk untuk aktif dalam dunia blogging.

Dari sini lah saya jana income lebih dari masa berniaga dulu. Haha. Sebenarnya saya dah start blog tahun 2009 tapi tak berapa aktif & tak mahir.

Saya mulakan dengan blog magicalips.com. Tahun 2015 memang fokus untuk buat content sahaja kat blog ni. Tahun ni jugakla memang dah macam superblog sebab viral kaw-kaw.

Masa tu duk kat Sabah. Jadinya saya tak kenal dunia review blogger.

Hinggalah tahun 2016, saya mula masuk dalam circle blogger lain di Semenanjung. Memandangkan saya baru je pindah tahun 2016 ni. Tahun ni jugaklah saya target untuk networking.

Tahun 2016 saya kenal dunia review blogger, kenal ramai blogger, orang-orang besar, media, etc.

Kalau sebelum ni? Masa masih lagi berniaga, nak jumpa artis or berhubung dengan media bapak susah. Haha! Sampai pernah menangis sebab fikir kenapa masih tak dapat pecahkan kod untuk collaborate dengan artis & media untuk bisnes masa tu.

Tapi, sekarang saya rasa saya faham kenapa. Circle saya salah! Saya hanya berada dalam lingkungan circle yang berpusing di situ saja.

Dan keputusan aktif dunia blogging pilihan tepat sebab saya kembangkan lagi circle saya. Yeay!

Tahun 2016 macam-macam yang saya berjaya capai. Dan memang semua tu ada dalam list doa & target saya.

Selesai tahun 2016, buat apa pulak?

Tahun 2016 tahun networking dan masih berterusan. Tahun 2017 adalah masa untuk saya bina lebih banyak content dalam blog sendiri macam tahun 2015.

Tahun 2016 saya kurang fokus pada blog sendiri sepenuhnya especially pada magicalips.com, sebab sibuk networking sana sini.

Tapi 2017 target saya kembali semula untuk jadi superblog. Content & video jadi target saya mulai Jun 2017 - Jun 2018

Sekarang ni gigihla nak asah balik ilmu SEO bagai. Sebab dah setahun tinggal, berkarat dah kepala ni. Haha!

Mungkin saya akan jarang hadirkan diri ke event review yang tidak berbayar atau tidak memberi pulangan setimpal. Sebab? Masa saya sekarang ni priceless. Mungkin ada sesetengah orang akan merasakan saya demand. 

Tapi, demand saya bersebab. Dan saya bukanlah dalam kategori blogger newbie lagi. Pengaruh saya lebih dari sepatutnya, cuma saya jenis relek & sentiasa support ramai orang. (woi ape ayat riak ni. kahkah.)..Naa, jangan la serius sangat. Gurau pun tak boleh ke?

Jika saya ambil job tidak berbayar, masa saya terbuang macamtu saja. Sedangkan masa yang saya ada tu saya boleh buat duit yang lebih & fokus pada kerja lain. 

Takda istilah kerja FREE sebenarnya sebab saya jenis menghargai tenaga & masa orang lain.

Jadi, untuk elakkan tak dapat deliver kerja dengan baik, saya cuba untuk kurangkan aktiviti blog yang kurang memberi pulangan.

Eh, janganlah korang rasa takut atau risau pulak. Sebab ini sebenarnya hak blogger. Yang ramai masih tak kisah. U deserve get payment sebab u tolong marketing untuk keuntungan orang lain. So u dapat apa?

U perlu duit untuk minyak, tol, masa untuk hadir ke event. Dah habis event, kena sengkang mata, korban masa untuk siapkan artikel lagi.

Orang lain boleh dapat untung, takkan la tak da terlintas dalam hati untuk bayar kudrat yang menolong untuk marketing tu? 

Tapi, ada beberapa event yang saya akan hadir sekiranya ia betul-betul memberi manfaat kepada saya. It depends. (tersenyum kejap)

Kenapalah tetiba membebel pulak pasal hak blogger ni. Haha.

Itu antara cerita tentang apa yang saya buat selama ni. Sebenarnya banyak lagi yang saya dah buat antaranya pass job berbayar pada blogger, pasang strategi dalam pemasaran blog, video masakan, editing artwork social media, banyak lagi. 

Semua job ni bukan sikit-sikit punya angka & saya cuba untuk deliver yang terbaik. Saya biasanya akan memberi konsultansi pada pihak client apa sebenarnya strategi yang perlu dibuat. 

Malah saya akan beri konsultansi tentang peranan blogger juga & berapa bayaran sepatutnya mereka terima.

Dah selesai konsultansi barulah pihak client faham peranan blogger & peranan brand awareness yang sebenar.

Dan dari situ barulah kita boleh pasang strategi untuk hasilkan blogger yang berkualiti. Bukan sekadar melepas batuk di tangga. Katanya. Haha. Oklah, nak siap pergi meeting ni. Bai.
Siapa Dhia Vivadea Dan Apa Yang Dia Buat Sebenarnya Siapa Dhia Vivadea Dan Apa Yang Dia Buat Sebenarnya Reviewed by Dhia Vivadea on 12:28:00 PM Rating: 5

Post AD