Header AD

Majlis Makan Malam 2017 Bersama Blogger Anjuran Hexa & Lynk.My

Baru harini sempat nak menaip tentang majlis makan malam tempoh hari. Dhia mula-mula kenal lynk.my & Hexa corporation ni dari group BBN (Best Blogger Network) yang mana Abang Kamil sebagai pengerusi BBN.

Antara hadiah yang Dhia dapat masa majlis
Dari sini jugakla Dhia kenal dengan ramai orang hebat-hebat. Masa awal-awal dulu, tak silap tahun lepas kot. Lynk.my & Hexa Corporation ada anjurkan majlis bermain bowling dengan blogger. 

Masa tu memang nampak la Hexa & Lynk ni betul-betul menghargai blogger sebenarnya. Ramai belum tahu lagi.

Otai blogger Abg Hasrul Hassan berucap. Uisy best dengar masa ni. Hehe

Majlis Makan Malam 2017 Bersama Blogger Anjuran Hexa & Lynk.My


Tahun ni, mereka anjurkan pula majlis makan malam bersama blogger. Yang mana memang tujuannya untuk meraikan dan menghargai blogger yang ada. 

Hadiah cabutan bertuah kemain banyak disediakan. Rasanya semua blogger yang hadir dapat hadiah. Sama jugak masa tahun sebelum. Hadiah dia masyaAllah banyak betul.

Semua orang kat meja ni dapat hadiah. Faizdickievp siap dapat ipad lagi. Amboii
Korang boleh rujuk artikel Bowling Tournament Anjuran Lynk.My & Hexa

Ni lah satu-satunya pihak yang bagi Dhia betul-betul menghargai blogger. Banyak plan antara Lynk.my dan Blogger BBN awal-awal dulu, cuma ye lah. Mungkin belum masa yang sesuai lagi.

Terima kasih kepada pihak Lynk.my & Hexa sebab sudi untuk menghargai blogger di saat orang luar pandang enteng kerjaya seorang blogger ni.

Dhia yakin kerjasama antara lynk.my & BBN akan buka mata ramai orang satu hari nanti. Cuma tunggu masa saja. Hehe.

Nah, sis belanja gambar sekitar majlis the blogger dinner 2017 anjuran hexa & lynk.my. Maafla gambar gegar. Haha

Tak payah diperkenalkan. Diorang ni dah femes kayh. Haha

Abg kamil & bro Khir Khalid

Kak akma, kak hanny, zara

Blogger, aqalili azizan

CEO Hexa, fakhrul, otai blogger abg hasrul hassan & abg kamil

Bloggers & publisher lynk.my

Syafiera, Sally, Momi, Yazid, Iena, emm lagi sorang sapa ea. Lupa la. ampuun. DM nama boleh?

Artis hensem & blogger jugak, zakri rozaini

Banyak cakap tau kakak ni. Sis suka!

Bos misiviral, Norman Danish (bukan nama sebenar) haha

Majlis Makan Malam 2017 Bersama Blogger Anjuran Hexa & Lynk.My Majlis Makan Malam 2017 Bersama Blogger Anjuran Hexa & Lynk.My Reviewed by dhiavivadea on 1:47:00 PM Rating: 5

Sponsored ads