Header AD

Saharul Ridzwan Duta Rasmi Erya By Suria Resort & Hotel

Saharul Ridzwan Duta Rasmi Erya By Suria Resort & Hotel

Mandi kolam air panas! Ni benda first sis tak sabar nak buat kat Erya by Suria Resort & Hotel. Hotel ni dah ditubuhkan sejak 17 tahun lepas di bawah naungan Yayasan Amal Mutaqin Sdn Bhd.

Masa Dhia masih sememeh berhingus 12 tahun busy mengadap kerja sekolah tunggu periksa hujung tahun. Lol.
17 tahun tu lama & sekarang masih lagi kekal beroperasi dengan 6 resort berlainan lokasi. Peh hebat sebab masih kekal bertahan dan berjaya dalam industri perhotelan & resort. 

Saharul Ridzwan Duta Rasmi Erya By Suria Resort & Hotel

Dulu resort ni dikenali dengan nama Suria Resort kalau tak silap. Tahun ni dah sampai masa untuk penjenamaan semula dengan nama baru, nafas baru, ikon baru! 

Mac 2017 merupakan bulan pelancaran penjenamaan semula nama kepada Erya by Suria Resort & Hotel. Resort ni mengambil inisiatif menampilkan Saharul Ridzwan sebagai duta terbaru mereka.

Wow, SR tinggi gila weh! Sistur nak selfie pun terpaksa angkat ketiak tinggi yang amat. Haha. Nasib baik SR paham peminat dia banyak jenis rendang-rendang ni hah. 

Kat Mana Cawangan Erya by Suria Resort & Hotel yang ada seluruh Malaysia?

Resort ni ada 6 cawangan. 5 kat Malaysia, 1 kat London. Senarai Cawangan Erya by Suria Resort & Hotel:

  1. Suria Hotspring Resort Bentong, Pahang
  2. Suria Cherating Beach Resort
  3. Suria Hill Country House (Janda Baik)
  4. Merang Suria Holiday Camp Merang Suria Resort (Setiu, Terengganu)
  5. Erya Suria Johor Bharu
  6. Erya Suria London
Dhia stay kat Erya Suria Bentong Pahang! Syok weh. Sebab ada kolam air panas luas gila!
Tahniah  Erya by Suria atas penjenamaan semula produk resort hebat mereka. Dan sis nak menambah cerita best tentang Erya by Suria kat Bentong ni. Banyak aktiviti best boleh buat! Boleh refer kat gambar bawah:

Saharul Ridzwan Duta Rasmi Erya By Suria Resort & Hotel


Rujukan tambahan:

Saharul Ridzwan Duta Rasmi Erya By Suria Resort & Hotel Saharul Ridzwan Duta Rasmi Erya By Suria Resort & Hotel Reviewed by Dhia Vivadea on 2:45:00 AM Rating: 5

Post AD