Header AD

Homestay Imago Luas, Mudah Nak Shopping Sekitar Kota Kinabalu

penginapan selesa kota kinabalu, Homestay Imago Luas, Mudah Nak Jalan Sakan Kat Kota Kinabalu

Dah lama Dhia tak balik Kota Kinabalu, Sabah. Dulu masa masih lagi menetap kat sana, lokasi kegemaran untuk lepak? Imago! Sebab, kat Imago decor cantik & mall besar sikit berbanding One Borneo Mall. Jadi, gigih jugakla duk lepak memanjang kat Imago.

Homestay Imago Luas, Mudah Nak Jalan Sakan Kat Kota Kinabalu


Dan sekali sekala balik, Dhia buat keputusan untuk cuba homestay baru kat Imago Mall. Betul-betul atas bangunan mall tuh. Heaven weh! Sampai je dari airport, Dhia & team bloggertalk terus melantak kejap kat Grace Court. 

Ok. kat sini kadang-kadang Dhia suka lepak waktu malam. Sebab korang akan nampak kapal terbang nak landing lalu atas kepala. Takda la dekat sangat kapal tu. Tapi cukup dekat untuk korang enjoy rasa best tu. Hehe.
pisang cheese sabah, pisang cheese sedap, pisang cheese rangup, resepi pisang cheese
Kat grace court je jual pisang cheese yangrangup goreng dengan brown sugar. Tempat lain tak pernah jumpa lagi
Makanan pilihan Grace Court? Pisang Cheese wajib rasa woi. Sebab kat sini pisang cheese dia rangup & digorang dengan brown sugar jugak. Tu yang buat sedap. Owh, lupa nak tulis. Kat sini jugak Dhia untuk pertama kalinya merasa bambangan. Masam ngat ngat! Hihi.

bambangan sabah, kedai jual bambangan
Bambangan sabah. Buah bambangan ni rasa masam & warna macam mangga sikit. Korang patut try sepinggan & makan dengan nasi putih

Selesai makan tengahari, kami terus ke penginapan di Homestay Imago Mall milik Puan Effa Farhana

Penginapan Pilihan Yang Selesa, Mudah Akses Bandar Kota Kinabalu

Kenapa Pilih Homestay Imago Mall?

1. Riuh sekampung

Haa, ni nak bagitau. Sebab pilih homestay ni? Ada beza antara duduk hotel & rumah homestay. Kalau hotel bilik kita berasingan. Tak boleh nak bising-bising ramai-ramai. 

Homestay lagi best sebab biasanya bila kita datang dalam kumpulan atau bersama keluarga, mestilah nak suasana berbual ramai-ramai, memasak sama-sama & gelak sakan sampai lewat malam. Kan?

Ruang tamu kat homestay Imago ni serius luas weh. Boleh tengok kat gambar bawah:

ruang tamu homestay sabah luas dan selesa
Ada TV, sofa & boleh tengok sunset kat ruang balkoni luar rumah
ruang dapur homestay imago mall
Ruang dapur kat sini ada meja & kerusi bar. Dya guna untuk siapkan kerja blogging kat sini. Haha. Kat belah kiri tu bilik ke 2 untuk rumah ni

2. Boleh berenang kat kolam renang Infiniti

Ni antara aktiviti yang memang semua orang tunggu. Wui, jangan cakapla kalau Dhia dah jumpa kolam renang, habis orang kiri kanan kena libas percikan air kuak lentang Dhia. Lol.



Sedap duk lepak sini. Pool ni takda bau klorin. Kedalaman paras leher Dhia je. Tapi nak mandi sini kena pakai baju renang kalau tak nanti pak gad halau. Lol
3. Senang nak shopping kat Imago Mall

Ok, gais. Ni antara port Dhia paling suka gila dulu. Nak shopping Sephora, barang branded, duk lepak kat nando's, kedai hipster, kenny rogers, eh semuanya ada kat sini. Malas nak taip semua nama.

So, memang untungla kan korang bila menginap kat homestay Imago ni. Sebabnya, boleh terus naik lif, turun bawah & shopping! Haha.

4. Pasar Filipin dekat gila

Ya, ya. Tempat ni memang glemer untuk semua orang kan? Kat sini lah tempat korang nak beli mutiara murah, ikan masin murah, beli barang basah murah, makan seafood, etc. Tak jauh pun dari Homestay Imago ni. Naik kereta dalam 2 minit dah sampai. Alah, kalau jalan kaki rasanya dalam 5 minit sampailah. Tak la jauh mana pun.

5. Ada kelengkapan masak

Kadang tu kalau dah trip sampai 7 hari, masak jugakla kalau nak makan kat luar memanjang. Boleh lari budget melancong weh. Kalau duk hotel tak boleh masak. Tapi kat homestay Imago ni korang bolehla main masak-masak. Jimat sikit kan? Hehe.

Semua kelengkapan memasak cukup kat rumah ni. Periuk nasi, pemanas air, kuali, periuk belanga, pinggan mangkuk, peti ais, microwave, semua ada. Senang hidup.

Macam kita duk rumah sendiri lah kan. Lengkap ada segala macam benda. Cumanya kalau dah duk menyewa rumah orang tu kenalah pandai jaga harta benda orang. Ye dak?

kelengkapan dapur masak homestay imago mall
Rice cooker, peti ais, microwave, pemanas air, kuali, etc semua ada kat sini
6. Bilik besar & ada aircond

Ada 2 bilik untuk rumah homestay Imago ni. 1 master bedroom dan 1 bilik biasa. Kedua bilik ni ada katil saiz Queen. Tapi, korang mesti bawak ramai orang kan? Tak payah nak risau gelabah sebab tuan rumah ada sediakan tilam extra jugak. Boleh tahan banyak jugak tilam extra yang Dhia kira haritu. Hihi.

Dan ada dua bilik air jugak. Satu kat dalam master bedroom. Satu lagi kat perkarangan rumah. Bilik air lengkap dengan air panas. 

Semua bilik ada aircond ye semua. Kipas pun ada dan semuanya jenis kipas automatik.

bilik di homestay kota kinabalu sabah
Bilik ke 2 rumah homestay Imago Mall
bilik di homestay kota kinabalu sabah
Master bedroom besar woi. Bilik air dalam bilik
bilik di homestay kota kinabalu sabah, peralatan sembahyang & iron
Iron, telekung, semua cukup. So senang lah tak susah-susah dah nak angkut iron & telekung dari rumah

7. Boleh nampak sunset dari tepi balkoni homestay

Peh. Yang ni memang champion. Tak tau macamana nak cakap dia punya cantik tu. Selalunya nak tengok sunset, kami akan ke pantai atau daki bukit. Tapi yang ni? Dari balkoni rumah pun boleh nampak cantiknya pemandangan sunset kat Kota Kinabalu.

tengok sunset cantik sabah, sunset dari imago mall homestay
Subhanallah memang cantik, Apa yang korang nampak, ni lah warna yang kami nampak dari balkoni rumah imago mall
Cantik. Serius cantik sangat. Tak tau nak jelaskan. Korang enjoy je lah gambar yang Dhia duk tepek kat blog nih.

sunset kota kinabalu,Homestay Imago Luas, Mudah Nak Jalan Sakan Kat Kota Kinabalu
Waktu senja & boleh nampak laut dari sini jugak

Berapa orang kapasiti untuk satu rumah?

Kat homestay ni boleh muat sampai 8 orang dalam satu rumah. Walaupun rumah ni ada 2 bilik je, tapi tuan rumah ada sediakan jugak tilam tambahan sekali. Tu yang syiok weh. Kat ruang tamu punya lah luas. Korang boleh duk berguling dari depan sampai belakang kalau nak. 

Berapa harga untuk satu malam kat Imago Homestay?

Untuk semalam kadar harga lebih kurang RM450 (weekdays), RM550 (weekend) semalam untuk satu rumah. Lepastu bahagi lah dengan 8 orang. Sorang kena bayar berapa je? Untuk hari biasa, dalam lebih kurang RM56/seorang untuk satu malam. 

Tapi bagi Dhia berbaloi lah. Sebab banyak benda boleh buat kat sini. Boleh memasak, berbual beramai-ramai, tengok sunset, berenang kat pool, semua peralatan lengkap tersedia.

kolem renang bersih imago mall homestay sabah
Tengok budak dua orang ni. Kemainn kalau jumpa kolam renang. Haha
Kalau korang stay lebih dari satu malam, ada harga special untuk korang. Kalau korang mention baca dari blog Dhia, lagi lah dapat diskaun lebih sikit berbanding biasa. So, jangan lupa pulak nak cakap cam yang Dhia ajar ni okayh? Haha.

Kat mana nak tempah & hubungi tuan rumah?

Nak tanya tentang harga & kekosongan bilik, korang terus je hubungi Puan Effa Farhana kat talian 013.856.8828. 

Ehem, kalau rasa nak dapat diskaun lebih, korang boleh je mention nama Dhia kat Puan Effa. InshaAllah harga boleh runding lagi. Alah, harga yang sekarang pun Dhia dah rasa berbaloi sangat weh. Sebab servis tiptop, rumah tahap 5 stars.

kolam renang infiniti kota kinabalu sabah

Dhia dan team bloggertalk menetap kat sini sampai 2 hari. Selesa & puas hati dengan perkhidmatan & kelengkapan yang ada. Tempat ni memang Dhia sarankan untuk korang cuba sebab lokasi memang kat tengah bandar Kota Kinabalu. Mudah nak akses ke mana-mana saja.

Kalau rasa macam tak puas baca info kat artikel Dhia, korang boleh jugak baca tentang trip team #bloggertalksabah kat artikel TouchDown in Paradise By Aqalili. Kat situ team bloggertalksabah bercerita dari sudut berbeza & pengalaman unik masing-masing.
Homestay Imago Luas, Mudah Nak Shopping Sekitar Kota Kinabalu Homestay Imago Luas, Mudah Nak Shopping Sekitar Kota Kinabalu Reviewed by Dhia Vivadea on 3:40:00 AM Rating: 5

Post AD