Header AD

Naik Tren ETS ke Kuala Kangsar Perak Laju & Selesa

Seawal 7 pagi tren ETS bergerak. Perjalanan bermula dari kl sentral menuju terus ke Kuala Kangsar. Dhia stay kat coach F paling hujung sekali. Pening jugakla bila kedudukan kerusi melawan arus. Hemm, ni first time naik ETS. 

Tren ets ke kuala kangsar, kemudahan ets

Naik Tren ETS ke Kuala Kangsar Perak Laju & Selesa


Memang dah lama nak tau apa yang disediakan ETS. So,Kemudahan yang ada kat ETS:

1. Kerusi beserta meja makan kecil
2. Plug Cas Bateri (tengah2 kerusi)
3. Ruang simpan bagasi kat atas
4. Tandas
5. Cafe 
6. Surau

Tren ets ke kuala kangsar, kemudahan ets, kerusi ets selesa

Seat kat ETS bagi Dhia agak selesa untuk perjalanan jauh. Bolehla kalau ko rasa nak baring terlentang ke, kaki ke atas ke, ikut koranglah. Cumanya nanti nampak tak sopan bebenor perangai tu hah. Haha.

Tren ets ke kuala kangsar, kemudahan ets, tengok tv kat ets

Rasanya perjalanan ETS Kl Sentral ke Kuala Kangsar ambik masa dalam lebih kurang 3 jam.. Jadi sesambil tu, layan je lah movie kat dalam train. Tapi confirm korang tak layan TV, paling best layan phone, baca blog, tengok FB. Kan? Sama perangai dengan Dhia la tu gamaknya. Haha.

Tren ets ke kuala kangsar, kemudahan ets, makan kat ets, cafe ets, harga makanan ets

Owh lagi satu, kalau rasa kebulor tak tahan lapar macam Dhia ni, korang boleh je terus ke gerabak C. Order makanan kat sana. Menu bertukar setiap bulan kalau tak silap. Trip yang Dhia pergi kalini ada menu:

  • Nasi Lemak
  • Nasi Beriani
  • Nasi tomato
  • Popia
  • Meehun
  • Mee goreng

Tren ets ke kuala kangsar, kemudahan ets, menu makanan ets

Harga? Hemm, sama lah macam kalau korang naik flight tu, harga mencekik namanya. Haha. Menu untuk makanan berharga RM7 - RM8. Kalau ambik pakej kombo dengan air total jadi RM9 jer. Produk makanan ni pembekal dia dari Brahim's jugak weh. Asyukk pakcik Brahim's ni kan? Flight pun dia supply, ets pun sama. Tapau habis nih.

Surau ets selesa, kemudahan ets, bloggertalkperak

Untuk solat pulak boleh terus solat kat ruang khas. Cumanya kalau ramai orang, pandai-pandaila urus masa supaya tak beratur lama menunggu nak solat. 

Surau ets selesa, kemudahan ets, bloggertalkperak, tandas ets selesa

Tandas kat dalam tren ETS ni boleh tahan luas jugak. Luasla daripada kata atas awan tu. Yang atas awan terkepit-kepit ko nak memerut. Tapi, kat ETS mewah sikit. Ruang luas nak membuang bagai. So, takdala korang terkepit sepit lagi kat dalam tandas. Lol.

Hemm so far Dhia puas hati dengan kemudahan yang sedia ada kat tren ETS. Memang senang lah kan lepasni nak ke Perak.

Bloggertalkperak, bloggertalk, visitperak2017, ets ke kuala kangsar perak
Nyempat membawang ngan si poji weii.haha
Plus sekarang ni, Dhia malas nak drive walau ke KL sekalipun. Inikan pulak ke Perak? Peh, jauh weh. Satu kos minyak & tol. Then, tenaga korang tu hah. Penat bawak kereta je nanti.

So, pilihan terbaik lebih mudah naik public transport seperti ETS. Boleh ngorok (tidur), boleh siapkan kerja, masa tak terbuang sia2, jimat wang & masa.

Sistur suka ETS! Haha!

Bloggertalkperak, bloggertalk, visitperak2017, ets ke kuala kangsar perak, minum kat ets
Rasanya kat kedai cam takda jual nescafe latte coconut nih.

Naik Tren ETS ke Kuala Kangsar Perak Laju & Selesa Naik Tren ETS ke Kuala Kangsar Perak Laju & Selesa Reviewed by Dhia Vivadea on 10:04:00 AM Rating: 5

Post AD