Aura by Noraniza Idris Guna Nama Klasik Untuk Koleksi Terbaru

majlis pelancaran permata saadah noraniza idris

Dari dulu sampai sekarang, Dhia minat dengan Noraniza Idris. Ingat lagi masa kecik dulu, berebut nak nyanyi lagu hati kama dengan kawan semata nak ambik part Noraniza Idris. Haha. 

Dah berpuluh tahun berlalu, Noraniza Idris masih maintain cantik & suara masih sama macam dulu. Tak berubah langsung! Dan benda yang paling Dhia suka, setiap kali buat persembahan nyanyian, Kak Ani akan diiringi penari yang ramai & seni tari yang best.
aura by noraniza idris, baju raya noraniza idris
Dulu kenal Noraniza Idris dengan lagu sahaja. Tapi sekarang ni makin banyak bisnes yang Kak Ani buat. Jadi duta produk kecantikan, perkhidmatan katering, dan yang terbaru produk pakaian yang digelar dengan nama Aura By Noraniza Idris.
Aura by Noraniza Idris Guna Nama Klasik Untuk Koleksi Terbaru 1
Sempat lagi wefie dengan Fee Haiqal, anak kepada Noraniza Idris. Seorang model, pengacara, pencipta lagu, penyanyi berbakat besar yang bakal keluar dengan lagu single album terbaru bertajuk “Aku Mencari”
Majlis pelancaran Single Terbaru Noraniza Idris berjudul Permata Saadah selasa lepas memang meriah. Sampai je kat majlis, Dhia enjoy dengan persembahan lagu terbaru Album Permata Saadah dari Kak Ani.

Dah lama rasanya tak dengar musik pop tradisional kat Malaysia ni. Dan Kak Ani satu-satunya penyanyi yang berusaha memartabatkan seni musik tradisional kat Malaysia. Lenggok bahasa, seni musik tradisional memang ada maksud tersirat yang tersendiri.
Aura by Noraniza Idris Guna Nama Klasik Untuk Koleksi Terbaru 2
Sesi temuramah bersama pihak media
Dalam majlis pelancaran Single terbaru, berlangsung juga pelancaran koleksi produk pakaian & tudung Aura by NoranizaIdris.

Aura by Noraniza Idris Guna Nama Klasik Untuk Koleksi Terbaru

Uniknya pada koleksi keluaran Noraniza Idris ni, nama produk sangat klasik sesuai dengan imej Noraniza Idris yang memartabatkan irama Malaysia dari dulu sampai sekarang. Dari koleksi tudung, pakaian wanita hinggalah pakaian lelaki juga. 
Koleksi tudung Aura By Noraniza Idris diberi nama:
Aura by Noraniza Idris Guna Nama Klasik Untuk Koleksi Terbaru 2
Sesi temuramah bersama pihak media

Aura by Noraniza Idris Guna Nama Klasik Untuk Koleksi Terbaru 4

Manakala produk pakaian wanita digelar dengan nama Aura Sari, pakaian lelaki pula digelar dengan nama Aura Iman. 
aura by noraniza idris, baju raya noraniza idris
Model menggayakan koleksi aura by Noraniza Idris

Sebenarnya perniagaan pakaian ni dah lama ada di pasaran. Tapi seiring dengan perkembangan trend online, Aura By Noraniza Idris memasarkan produk menggunakan medium atas talian maya jugak.

Apa yang Dhia perhatikan, baju pakaian lelaki nampak terletak cantik & kemas pada si pemakai. Baju wanita pula nampak lebih kasual dan reka bentuk longgar dan fleksibel. 
Rekaan yang ringkas dan koleksi Aura by Noraniza Idris boleh digayakan untuk apa saja majlis, di mana saja. Sebab rekaan berbentuk kasual & mudah digayakan.
Aura by Noraniza Idris Guna Nama Klasik Untuk Koleksi Terbaru 5
Produk Aura By noraniza Idris dah boleh beli secara online menerusi website & instagram. So, korang boleh terjah terus kat url yang Dhia sediakan kat bawah ni. Psst… Dengar cerita siapa pakai koleksi pakaian Aura By Noraniza Idris ni, korang akan nampak lain masa beraya nanti. 
Kot tetiba melekat Aura dari Noraniza Idris. Siapa yang tak nak kan? Hehe.
Sumber rujukan:
Website: http://www.aurabynoranizaidris.com/
Whatsapp : 018.907.9820

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *