Header AD

Koleksi Raya 2017 Meraki Atelier Berani & Klasik


Lembut, berstruktur, ringkas. Itu antara persepsi Dhia masa ke pertunjukan Fesyen Meraki Atelier di Sunway Nexis, Damansara.


Fashion show bermula lebih kurang 8 p.m & antara yang hadir, media semestinya. Kami sebagai wakil blogger & ada la beberapa orang artis macam Elfira Loy, Marsha , Sufian Suhaimi. Ehem, dengar cerita tengah hot gosip pasal Elfira & Sufian.

Tapi, biasalah Dhia mana layan gosip weh. Haha! (Tapi nampak la kemesraan diorang macam kawan-kawan yang gila-gila. Rasanya kelompok kawan aku lagi menggila kot. Cuma bezanya kami bukan artis. Kalau artis mesti macam-macam gosip keluar. Hah. Angan-angan lebih. Lol.
Eh, berbalik pada cerita. Nama butik ni sendiri sangat unik. Meraki. Bermaksud sesuatu yang dibuat ada jiwa, kreatif dan penuh kasih sayang. Sesuailah dengan nama Meraki, tiga beradik wanita ni cukup soft spoken di mata saya.

Siapa Pengasas Meraki Atelier?


Ketiga pereka dan pengasas Meraki ini (Pn Norazlin, Pn Norliza, Pn Norazni) mempunyai karakter dan minat fesyen yang berbeza. Tapi kelainan itulah yang digabungkan untuk menghasilkan karya fesyen yang lengkap dan sempurna.

9 March 2017 sebenarnya pelancaran butik Meraki di Sunway Nexis, Damansara. Kawasan ni agak sunyi dan privasi. Tapi bagus sekiranya anda jenis inginkan privasi & ketenangan masa nak tempah baju kat butik Meraki.

Koleksi Raya 2017 Meraki Atelier Berani & Klasik

Untuk koleksi Raya 2017, Meraki tampilkan 20 idea Anggun & Feminin dalam rekaan mereka. Ada beberapa koleksi menarik minat Dhia. Dan yang bestnya, butik Meraki menjual koleksi RTW Raya yang boleh ditempah mengikut saiz badan kita. 

Pengasas Meraki sendiri cuba menampilkan kelainan pada butik mereka. Lebih mementingkan keselesaan walaupun produk yang dijual adalah koleksi sedia dipakai. 


Biasanya kalau kita nak beli baju yang jenis RTW, baju memang dah siap sedia dengan saiz standard kan? Tapi Meraki ni agak berbeza sedikit. Koleksi jenis RTW, tapi boleh diperbetulkan sampailah ianya selesa disarung pada badan pelanggan.

Lokasi Butik Meraki Atelier? Kat Mana Nak Ukur Badan?

Ok, apa yang korang perlu buat? 1st sekali pilih rekaan mana yang korang suka melalui instagram rasmi Meraki Atelier. Setel je pilih baju raya memasing, boleh la hubungi pihak Meraki untuk ukur badan korang. Semua no untuk dihubung Dhia akan letak di perenggan bawah artikel.

Rujukan:

Instagram: Merakiatelier.my
Website: Meraki.my
No Phone: 019 - 209 2833
Alamat : D-1-8 Sunway Nexis, No 1 Jalan PJU 5/1, Kota Damansara











Koleksi Raya 2017 Meraki Atelier Berani & Klasik Koleksi Raya 2017 Meraki Atelier Berani & Klasik Reviewed by Dhia Vivadea on 10:21:00 PM Rating: 5

Sponsored ads