Header AD

Graduan Universiti Harus Sertai VEST2017 Anjuran KPDNKK & PNS

Graduan universiti usahawan vest 2017

Program VEST 2017 dah dirasmikan 28 April lepas di Universiti Sains Islam Malaysia dan disempurnakan oleh YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri KPDNKK.


VEST 2017 adalah singkatan nama bagi Varsity Entrepreneurship Skills & Talents 2017. Program VEST ni sebenarnya mendedahkan tentang bidang keusahawanan pada golongan belia terutamanya graduan Universiti.

Vest usim


Graduan Universiti Harus Sertai VEST2017 Anjuran KPDNKK & PNS


Tahun 2009 Dulu Dhia pernah pergi training PUNB. Semuanya percuma selama 6 bulan. Dari segi ilmu, elaun, pengalaman akan diraih dalam tempoh 6 bulan. 


A post shared by Dhia VIVADEA (@dhiavivadea) on

Kalau nak tau, Dhia juga pernah cuba mendapatkan pembiayaan dari PUNB berjumlah RM25,000 dan proposal masa tu memang berjaya & Dhia dah pun langsaikan pembiayaan dari PUNB secara lump sum.

Apa yang best, pembiayaan kewangan takda interest langsung! Cuma ada kos untuk servis tahunan sahaja kalau tak silap.

Jadi, program VEST ni bagi Dhia serupa macam masa zaman Dhia dengan PUNB dulu. Konsep untuk ilmu keusahawanan tu je sama cuma bezanya Program VEST ni dibuat dalam bentuk pertandingan dan dipromosikan secara komersial dengan kerjasama KPDNKK & Perbadanan Nasional Berhad (PNS). 

Zaman Dhia dulu kat Universiti takda peluang macamni. Dhia jumpa pun bila duk belek suratkhabar. Dan survive hidup sendiri sebab semangat nak buat bisnes.


Vest 2017, kpdnkk pns

Apa Sebenarnya Program VEST 2017?

VEST merupakan program keusahawanan yang berbentuk pertandingan & latihan yang melibatkan 1,000 mahasiswa dari 20 IPT seluruh Malaysia. Budak IPT (18 tahun hingga 25 tahun) akan bertanding untuk mendapatkan hadiah bernilai RM50,000!

Apa Kena Buat Jika Sertai Program VEST 2017?

Ok, peserta graduan Universiti perlu beri cadangan perniagaan yang nak dikembangkan. Kemudian, peserta akan diberi ilmu dan latihan selama 6 bulan iaitu:

  1. Teknik terkini jualan/pemasaran/penjenamaan
  2. Cara komunikasi berkesan
  3. Bina rangkaian francais 
  4. Merancang kewangan perniagaan
Semua ilmu ni perlu ada sebagai asas sebelum peserta bergelar usahawan sebenar di luar nanti. Dan dari semua latihan & cadangan perniagaan yang nak dikembangkan, peserta graduan Universiti akan bertanding untuk memenangi hadiah bernilai RM50,000.

Program VEST 2017 adalah hasil ilham YB Dato' Seri Hamzah Zainudin dengan harapan, program VEST dapat melahirkan golongan usahawan muda yang ada ilmu mencukupi & sistematik dalam membina kerjaya sebagai usahawan.

KPDNKK PNS

Manfaat Sertai VEST 2017?

Ilmu keusahawanan, kemudahan infrastruktur, kemudahan pembiayaan semuanya disediakan pihak PNS & KPDNKK. Jadi, korang hanya perlu ada semangat, minat & serius untuk buat bisnes. Manfaatnya? Semuanya percuma!

Selain tu ada beberapa lagi kelebihan lain. Antaranya peserta berpeluang:

  • Daftar perniagaan di SSM secara PERCUMA melalui Skim 1 Pelajar 1 Pendaftaran Perniagaan
  • Buka akaun syarikat perniagaan dengan Bank Rakyat (tanpa pencadang/introducer)
  • Daftar hakcipta/ logo perniagaaan di MYiPO
  • Daftar koperasi melalui SKM
  • Dapat pembiayaan perniagaan/business loan melalui PNS

Nak bagitau ni, nak daftar akaun semasa syarikat kat bank bukan mudah. Banyak syarat kena ada. Nak kena ada introducer, bayar duit deposit minima RM1000-RM2000, kena ada cop niaga, banyak lagi. Tapi, bila korang join VEST2017, sebenarnya semua yang Dhia cakap tu tak perlu fikir dah.



Macam Dhia dulu dengan PUNB, bukan akaun semasa syarikat di bank hanya perlu bagi surat dari PUNB je. Setel. Tak banyak songeh.
Graduan universiti usahawan vest 2017

Bab hakcipta pulak. Peh. Untung zaman korang. Dapat peluang macamni. nak buat trademark/patent kat MYiPO nak buat FREE je. Rugi lah kalau korang lepaskan peluang ni. MyIpo ni penting jika nak jaga hak rekabentuk/rekacipta produk korang tu. 

Semua nya disediakan tinggal pada diri masing-masing NAK ATAU TIDAK?


Macamana Nak Sertai Program VEST 2017?

Tarikh penyertaan dibuka mulai 21 April hingga 10 Mei 2017. Sekiranya berminat, sila daftar terus melalui unit keusahawanan universiti masing-masing ataupun klik laman web PNS VEST ONLINE REGISTRATION untuk mendaftar.
















Graduan Universiti Harus Sertai VEST2017 Anjuran KPDNKK & PNS Graduan Universiti Harus Sertai VEST2017 Anjuran KPDNKK & PNS Reviewed by Dhia Vivadea on 11:46:00 PM Rating: 5

Sponsored ads